PETALING JAYA: Malaysia mempunyai kelebihan untuk layak ke pusingan ketiga lebih awal selepas bermula dengan sempurna dalam saingan Kumpulan D kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Dua kemenangan direkodkan Harimau Malaya pada pusingan kedua kelayakan itu masing-masing ke atas Kyrgyzstan 4-3 dan Taiwan (1-0) tahun lepas, menyaksikan skuad kendalian ketua jurulatih Kim Pan Gon mengungguli kumpulan D dengan perbezaan tiga mata di hadapan Oman yang akan bersaing dengan pasukan kebangsaan bulan ini.
Pemain tengah Stuart Wilkin optimis skuad kebangsaan dapat mengekalkan momentum positif apabila berdepan pasukan di ranking ke-80 di Muscat pada 21 Mac dan aksi di tempat sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac.
"Mudah-mudahan kami terus mencipta keputusan baik seperti yang sudah dimiliki dan semoga keputusan sebelumnya memberikan keyakinan kepada kami untuk mengharungi perlawanan kali ini.
"Oman adalah pasukan kuat dan perlawanan ini akan menjadi sangat sukar buat kami. Ini adalah perlawanan penting dan diharapkan kami boleh membawa keputusan positif untuk terus mengharungi perlawanan berikutnya," katanya kepada pemberita sebelum sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM hari ini.
Sementara itu, seorang lagi pemain tengah Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi berkata pasukan negara berada di landasan terbaik untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia buat julung kali.
Namun, pemain Selangor FC berusia 23 tahun itu berkata komitmen setiap pemain amat penting dalam merealisasikan impian semua pihak itu.
"Saya rasa ini peluang terbaik sebab kita dah menang dua perlawanan...kita perlu beri kerjasama kepada jurulatih (Pan Gon), beri 100 peratus dalam latihan dan fokus kepada perlawanan," katanya.
Pasukan negara akan menentang Nepal dalam aksi pemanas badan dijadual berlangsung secara tertutup di sini pada 15 Mac ini sebelum berlepas ke Muscat pada 17 Mac.
Selepas beraksi dua perlawanan menentang Oman, Malaysia dijadual bertemu Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun depan sebelum menamatkan saingan Kumpulan D menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.
Kyrgyzstan kini berkongsi mata dengan Oman di kedudukan ketiga sementara Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.
Dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke pusingan ketiga dan mengesahkan tempat ke saingan Piala Asia 2027 sementara dua pasukan tercorot akan beraksi dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2024
Stuart Wilkin optimis skuad kebangsaan dapat mengekalkan momentum positif apabila berdepan pasukan di ranking ke-80 di Muscat pada 21 Mac dan aksi di tempat sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac. - Facebook Stuart Wilkin
PRK Sungai Bakap: Jalan sekitar Dewan Serbaguna Jawi ditutup bermula hari ini hingga Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Jumaat hingga 3 petang Ahad ini.
Penyanyi rap Sean Diddy berdepan tuduhan jenayah seksual baharu
Aduan yang difailkan di New York oleh bekas bintang filem lucah, Adria English, merupakan kes terbaharu daripada beberapa dakwaan.
PRK Sungai Bakap: Latar belakang Cikgu Joohari mampu tambat hati golongan muda - Adam Adli
Cikgu Joohari itu tidak perlu berlakon untuk menjadi orang muda, sebaliknya tahu bagaimana mendekati golongan itu.
AUG 2024: Taekwondo dan silat jelma satu emas
Emas dari taekwondo hadir dalam acara poomsae berpasukan wanita dibarisi Nur Humaira Abdul Karim, Seah Jing Ying dan Wong Zin.
Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ
Rumah pasukan Selangor itu kini sedang dalam proses untuk dirobohkan selepas lebih empat tahun tidak digunakan.
Peniaga besi buruk terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan semakan V Raja.
Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan
Ramanan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan dan Anwar yang prihatin memberi peruntukan besar kepada masyarakat India di Malaysia.
Beberapa jalan ditutup bermula Sabtu hingga petang Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Sabtu hingga jam 3 petang Ahad sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya SPS.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya SPS.
Fadhlina rayu undi calon PH
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek merayu pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap memberi peluang kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK), Dr Joohari Ariffin untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat pada pengundian Sabtu ini.
Faisal Halim sudah mula jalani sesi latihan sejak Rabu
Pemain berusia 26 tahun itu difahamkan sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan media.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.