WHATSAPP dilihat sedang mengikut jejak langkah Telegram dengan membangunkan sokongan untuk balasan dalam bentuk bebenang (Threaded Message Replies).

Ciri ini membolehkan balasan kepada mesej asal kekal teratur dan disusun dalam satu perbualan.

Lantas memudahkan pengguna untuk mengikuti perbualan, dan memastikan semua balasan berkaitan disimpan dalam satu tempat yang sama.

Ini bermakna, apabila pengguna ingin membalas mesej tertentu, mereka hanya perlu mengetik pada mesej tersebut dan pilih untuk membalas.

Balasan itu kemudiannya akan bersambung dan diletakkan dalam bentuk bebenang di bawah mesej asal yang diterima.

Dengan ini, mereka tidak perlu lagi menatal melalui perbualan yang panjang semata untuk balasan mesej tertentu.

Malah, setiap mesej dan balasan berkaitan akan disimpan bersama untuk memudahkan komunikasi.

Buat masa ini, ia masih dalam fasa pembangunan yang belum diketahui bila pelancaran rasmi.