“Terima kasih kepada penyokong yang datang ke Bangkok, kami takkan lupa jasa-jasa mereka yang habiskan duit, 'tinggalkan' keluarga dan anak bini."
Itu luahan penyerang skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid berkenaan para penyokong skuad negara ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Menerusi perbualan sama, Safawi yang nyata teruja dengan sokongan tidak berbelah bahagi rakyat Malaysia turut menyeru supaya sokongan tanpa henti terus diberikan kepada mereka.
“Saya harap selepas ini apa-apa yang terjadi kepada pasukan kebangsaan, kita kalah sama-sama, menang sama-sama," ujarnya.
Malaysia berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki selepas mengikat Thailand 2-2 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Rabu malam.
Malaysia dijangka akan bertemu sama ada Filipina atau Vietnam menerusi aksi penentuan yang berlangsung pada Khamis malam di Hanoi.
Sementara itu, Safawi menambah mereka tidak kisah bertemu baik Vietnam atau Filipina di perlawanan peringkat akhir yang dijadual berlangsung pada 11 Disember dan 15 Disember depan.
Ini kerana skuad negara sudah bersedia untuk mengekalkan momentum terbaik untuk memberikan aksi yang cemerlang pada perlawanan akhir itu nanti.
BACA: "Terima kasih, Ya Allah, mudahkanlah kami ke final..."
BACA: #WeBelangTogether: Malaysia mara ke final Piala AFF Suzuki
Syafik Shukri Jalil
Thu Dec 06 2018
SAFAWI: Kita kalah sama-sama, menang sama-sama.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
#WeBelangTogether: Terima kasih pada yang 'tinggalkan' keluarga, anak, bini - Safawi Rasid
Safawi teruja dengan sokongan tidak berbelah bahagi rakyat Malaysia turut menyeru supaya sokongan tanpa henti terus diberikan.
Piala AFF Suzuki: Harimau Malaya megah ke separuh akhir
Satu jaringan Mat Yo dan dua jaringan Mohd Zaquan Adha pastikan kemaraan Malaysia ke separuh akhir.
Kemenangan ke atas Laos lonjak semangat Harimau Malaya bertemu Vietnam
Cheng Hoe berkata kejayaan pemainnya mengutip tiga mata penuh pada aksi malam tadi begitu berharga dan menjadi tonik terbaik bagi menghadapi perlawanan seterusnya.