TOKYO: Selepas berdepan pelbagai cabaran dan rintangan sejak 18 bulan lepas, Jepun akhirnya berjaya mendepani pandemik COVID-19, bagi mempersembahkan pertunjukan cukup hebat berteknologi tinggi, untuk majlis pembukaan temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, malam ini.
Ia berlangsung dalam stadium yang hampir kosong, apabila kurang daripada 1,000 orang kenamaan menghadiri majlis di Stadium Olimpik di sini yang mampu memuatkan 68,000 penonton - senario yang jelas berbeza sama sekali dengan kehadiran puluhan ribu peminat menceriakan majlis pembukaan pada masa lalu.
Bilangan peserta yang mengambil bahagian dalam temasya sukan yang tertangguh selama setahun itu juga berkurangan berikutan pandemik global, perbezaan yang cukup ketara berbanding temasya sebelumnya, dan kesemua yang hadir pula kini terpaksa memakai pelitup muka.
Bagaimanapun majlis pembukaan berlangsung dalam suasana yang memukau dengan pertunjukan dron, bunga api serta persembahan muzikal, dan seperti biasa negara yang mengambil bahagian berarak memasuki stadium satu demi satu ke dalam stadium, diketuai Greece yang menjadi tuan rumah pertama Sukan Olimpik.
Negara tuan rumah Jepun yang terakhir memasuki stadium, dan yang mengambil bahagian dalam temasya tahun ini melibatkan 206 negara, termasuk pasukan pelarian.
Kesan pandemik COVID-19 turut diketengahkan oleh penganjur, dan suasana bertukar sayu serta menyentuh perasaan buat seketika apabila sesi bertafakur diselitkan dalam majlis malam ini bagi memperingati mereka yang kehilangan anggota keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang meninggal dunia akibat pandemik COVID-19.
Selepas atlet, pegawai dan jurulatih membacakan ikrar Olimpik, ia kemudian disusuli dengan persembahan secara maya lagu ikonik 'Imagine' oleh beberapa penyanyi terkenal dunia termasuk John Legend dan Keith Urban. Lagu itu yang dipopularkan oleh mendiang John Lennon, pada dasarnya menggalakkan para pendengar kepada keamanan dunia, tanpa materialisme, tanpa sempadan yang memisahkan negara dan agama.
Sukan itu secara rasminya diisytiharkan pembukaannya oleh Maharaja Jepun Naruhito, disaksikan oleh pemimpin dunia dan tokoh terkemuka termasuk Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Wanita Pertama Amerika Syarikat Jill Biden.
Ia kemudian disusuli dengan paparan seni yang lebih mengujakan serta perarakan oleh beberapa petugas barisan hadapan yang terlibat dalam memerangi pandemik, diberi penghormatan membawa bendera Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk dikibarkan.
Selepas persembahan yang lebih mengagumkan dan ucapan yang menyentuh mengenai perpaduan, tibalah upacara kemuncak perasmian - menyalakan kawah obor.
Dengan sebahagian petugas barisan hadapan turut terlibat dalam penyerahan obor di sekitar stadium, ia akhirnya diserahkan kepada juara perseorangan wanita tenis Grand Slam empat kali Naomi Osaka untuk menyalakan kawah dengan bergaya.
Bertemakan 'United by Emotion', majlis perasmian Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah melakar sejarah tersendiri, dengan setiap negara mempunyai dua pembawa bendera (lelaki dan wanita) buat kali pertama, manakala bilangan pembaca ikrar telah ditambah daripada tiga kepada enam (dua atlet, jurulatih dan pengadil) untuk menyerlahkan kepentingan perpaduan, keterangkuman, tiada diskriminasi dan kesaksamaan.
Kontinjen Malaysia seramai 13 peserta diketuai pemain badminton Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying sebagai pembawa Jalur Gemilang, merupakan negara ke-177 berarak masuk ke stadium.
BACA: Olimpik 2020: Pengarang tanjak bangga hasil seni jadi tatapan dunia
BACA: Olimpik 2020: Identiti Malaysia terserlah indah di acara perbarisan
Atlet lelaki dan pegawai memakai baju Melayu lengkap dengan tanjak, rekaan inspirasi daripada persalinan pemakaian pahlawan Melayu terbilang, Laksamana Hang Tuah, yang menetap di Melaka semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah pada abad ke-15.
Atlet wanita pula memakai baju kurung, lengkap berdokoh dan pakaian luar yang direka untuk sepadan dengan pakaian atlet lelaki.
Rekaan itu dihasilkan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, dengan memaparkan corak geometri dan warna yang diadaptasi daripada Jalur Gemilang.
Perbarisan Malaysia turut disertai penerjun negara Pandelela Rinong, Nur Dhabitah Sabri dan Ng Yen Yee; perenang Phee Jinq En dan Welson Sim; gimnastik Farah Ann Abdul Hadi serta Ketua Sekretariat Malaysia Datuk Nazifuddin Mohd Najib.
Tokyo sebelum ini pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 1964. Sukan ini akan berakhir secara rasmi pada 8 Ogos apabila Jepun menyerahkan baton kepada Perancis untuk Sukan Olimpik Paris 2024.
Tetapi tidak semuanya berjalan lancar apabila beratus-ratus penunjuk perasaan, membawa pelekat yang tertera 'Lives over Olympics', memprotes di sekitar stadium sambil menjerit 'Hentikan Olimpik' pada sebelah petang.
Pandemik ini masih memberi ancaman besar, dengan lebih 100 orang terlibat dalam Olimpik diuji positif setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 23 2021
Obor Sukan Olimpik Tokyo akhirnya diserahkan kepada Naomi Osaka untuk menyalakan kawah dengan bergaya. (Foto AP)
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Olimpik Paris 2024: The Pocket Rocketman ke pusingan ketiga acara pecut
Pelumba berusia 36 tahun itu mengatasi cabaran daripada wakil Great Britain, Hamish Turnbull dalam perlumbaan saringan ketujuh 1/16.
RTG: Shah Firdaus tak jangka tersenarai
Pelumba berbasikal trek Muhammad Shah Firdaus Sahrom tidak menyangka tersenarai dalam program RTG bagi memburu emas sulung negara pada Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.
Pandelela: MSN nafi laporan pegawai ISN tidak bantu atlet di Olimpik Tokyo
Laporan akhbar mendakwa Pandelela berkata pegawai ISN tidak memberikan sokongan kepada atlet kebangsaan semasa Olimpik Tokyo tidak benar.
Atlet wanita terus berada di puncak kecemerlangan di sebalik pelbagai cabaran
Beberapa tahun kebelakangan ini, prestasi atlet wanita negara semakin menyerlah baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
Pandelela tamat saingan di tempat keenam Piala Dunia 2022
Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong Pamg menamatkan saingan di tempat keenam acara 10 meter (m) platform wanita di Piala Dunia FINA 2022 di Berlin, Jerman, awal pagi ini.
Azizulhasni tolak tawaran lumayan, kemasyhuran demi Malaysia
Azizulhasni mendedahkan beberapa kali menolak peluang berlumba di Eropah dan Jepun yang menawarkan keuntungan besar serta kemasyhuran, demi komitmennya terhadap negara tercinta.
Parlimen: KBS tetap jalankan siasatan lanjut isu Muhammad Ziyad
KBS bersependapat dan percaya dengan pendirian Muhamad Ziyad bahawa dakwaan beliau tiba lewat adalah dakwaan yang tidak berasas.
Azizulhasni terima tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor dari UMT
Jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini secara rasmi dipilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor UMT bernilai RM72,000 untuk meny
Kerajaan Terengganu sedia bantu Azizulhasni pertahan jurulatih - Menteri Besar
Menteri Besar Terengganu beri komitmen perjuangkan Datuk Azizulhasni dapat khidmat jurulatih terbaik sepertimana dikehendaki.
Rumah, wang tunai RM50,000 ganjaran buat Azizulhasni dari kerajaan Terengganu
Kerajaan Terengganu hadiah sebuah kediaman bernilai RM300,000 di Dungun dan wang tunai RM50,000 buat pemenang pingat perak acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020.