KUALA LUMPUR: Walaupun dianggap sebagai atlet elit negara, pelumba berbasikal trek Muhammad Shah Firdaus Sahrom tidak menyangka tersenarai dalam program 'Road to Gold' (RTG) bagi memburu emas sulung negara pada Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.
Muhammad Shah Firdaus mengakui memikul tanggungjawab berat untuk membalas balik kepercayaan diletakkan kepadanya memandangkan beliau kini merupakan antara prospek negara untuk membawa pulang emas dalam temasya sukan terbesar dunia tersebut tahun depan.
"Pertama sekali syukur alhamdulillah saya tak sangka terpilih, kita tahu dalam senarai itu ada juara dunia dan pemenang pingat Olimpik, jadi macam saya ini tiada apa lagi namun ia merupakan penghormatan bagi saya.
"Tekanan memang ada namun apa yang penting saya ambil positif dapat terpilih dalam RTG...bermakna saya perlu beri 100 peratus dan sememangnya ini tanggungjawab saya untuk sumbangkan lebih banyak (di Sukan Olimpik 2024)," katanya kepada Bernama.
Ditanya mengenai apa yang bakal dimintanya dalam program RTG, pemenang pingat gangsa keirin lelaki Sukan Komanwel 2022 itu berkata perbincangan masih dilakukan dengan jurulatihnya John Beasley sebelum memuktamadkan keperluan dimahukan bagi membantunya berlumba di Paris 2024.
Muhammad Shah Firdaus, yang kini sedang menjalani latihan di Eropah berkata beliau akan berjumpa dengan jawatankuasa RTG selepas pulang daripada beraksi pada pusingan ketiga Kejohanan Piala Negara-Negara di Milton, Kanada, awal bulan depan bagi mendapatkan perkembangan lanjut berhubung tawaran yang bakal dinikmatinya dalam program berkenaan.
Selain beliau, pemenang pingat perak keirin lelaki Sukan Olimpik 2020 serta bekas juara dunia Datuk Mohd Azizulhasni Awang juga merupakan antara 15 nama yang tersenarai dalam program RTG.
Sukan badminton pula mendominasi program tersebut apabila seramai 11 pemain tersenarai iaitu juara dunia dan pemenang pingat gangsa beregu lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 Aaron Chia-Soh Wooi Yik, jaguh profesional lelaki negara Lee Zii Jia dan beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah.
Turut terpilih adalah tiga beregu profesional iaitu dua wakil dari kem beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie serta beregu lelaki Ong Yew Sin-Teo Ee Yi manakala dua wakil terjun iaitu Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri melengkapkan senarai atlet dalam program RTG.
Sementara itu, Soon Huat, yang bersyukur kerana terpilih dalam program RTG percaya ia pasti akan memberi mereka motivasi untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik buat kali pertama di Perancis.
Soon Huat berkata beliau dan Shevon kini boleh menarik nafas lega selepas segala usaha mereka untuk mendapatkan bantuan terutama daripada Kementerian Belia dan Sukan akhirnya membuahkan hasil.
"Permintaan utama kami adalah perkhidmatan kakitangan sokongan daripada Majlis Sukan Negara dan juga Institut Sukan Negara untuk perubatan, fisioterapi dan tukang urut semasa kejohanan dan latihan.
"Saingan akan lebih sengit kerana kami akan menghadapi kelayakan Sukan Olimpik 2024 bermula bulan depan serta kejohanan berturut-turut, kami bukan sahaja perlu berada dalam keadaan terbaik tetapi juga untuk mengelakkan kecederaan," katanya.
Dalam pada itu, Yew Sin berkata beliau dan Ee Yi akan memberikan yang terbaik untuk membalas kepercayaan jawatankuasa RTG manakala Thinaah berharap semua proses yang perlu mereka lalui dalam program itu berjalan lancar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 09 2023
![RTG: Shah Firdaus tak jangka tersenarai RTG: Shah Firdaus tak jangka tersenarai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51628071978_TBFIRDAUSSAHROM.jpg)
Perbincangan masih dilakukan dengan jurulatihnya John Beasley sebelum memuktamadkan keperluan dimahukan bagi membantunya berlumba di Paris 2024. - Foto fail/BERNAMA
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Lima kejohanan penentu nasib Andre Anura ke Paris 2024 Lima kejohanan penentu nasib Andre Anura ke Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51685664376_AndreAnuraAnuar.jpg)
Lima kejohanan penentu nasib Andre Anura ke Paris 2024
Atlet lompat kijang negara, Andre Anura Anuar perlu memburu lompatan terbaik dalam lima kejohanan disertai bagi menghidupkan ke Sukan Olimpik 2024 Paris.
![Skuad terjun negara tiada pelapis yang ampuh - Penganalisis sukan Skuad terjun negara tiada pelapis yang ampuh - Penganalisis sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707566372_MohdSadekMustafa.jpg)
Skuad terjun negara tiada pelapis yang ampuh - Penganalisis sukan
Kegagalan skuad terjun kebangsaan menambah jumlah atlet ke Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar menunjukkan ketiadaan pelapis yang 'ampuh' bagi sukan itu.
![Aniq Kasdan diterima masuk program Road To Gold Aniq Kasdan diterima masuk program Road To Gold](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700489313_TBANIQKASDAN.jpg)
Aniq Kasdan diterima masuk program Road To Gold
Aniq masuk, hoki serta Kian Men-Pei Jing, Soon Huat-Shevon Lai dikeluarkan daripada program Road To Gold.
![Hamidin mahu 'tegur' Zii Jia Hamidin mahu 'tegur' Zii Jia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700231701_HamidinMohdAmin.jpg)
Hamidin mahu 'tegur' Zii Jia
Datuk Hamidin Mohd Amin mahu mengadakan pertemuan empat mata dengan Lee Zii Jia bagi membincangkan keputusan perseorangan lelaki negara itu untuk tidak menyertai program Road To Gold (RTG).
![Chong Wei sudah jangka Zii Jia tolak RTG Chong Wei sudah jangka Zii Jia tolak RTG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700041110_LeeZiiJia.jpg)
Chong Wei sudah jangka Zii Jia tolak RTG
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sudah dapat menjangka pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia tidak berminat menyertai program Road To Gold (RTG).
![RTG: Hoki, badminton beregu campuran, digugurkan RTG: Hoki, badminton beregu campuran, digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681281989_FAM.jpg)
RTG: Hoki, badminton beregu campuran, digugurkan
Program Road to Gold (RTG) hari ini mengumumkan pengguguran atlet daripada program itu, termasuk pasukan hoki lelaki kebangsaan.
![Nasib atlet RTG Selasa ini - Hannah Nasib atlet RTG Selasa ini - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698477595_HannahYeoh.jpg)
Nasib atlet RTG Selasa ini - Hannah
Persoalan mengenai nasib atlet yang tersenarai dalam program Road To Gold (RTG) bakal terjawab dalam mesyuarat jawatankuasa penilaian program tersebut Selasa ini.
![LA28: MOM sambut baik lima acara sukan baharu di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 LA28: MOM sambut baik lima acara sukan baharu di Sukan Olimpik Los Angeles 2028](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697463110_olympics.jpg)
LA28: MOM sambut baik lima acara sukan baharu di Sukan Olimpik Los Angeles 2028
MOM memuji keputusan Lembaga Eksekutif IOC untuk menyokong penambahan lima sukan baharu dipertandingkan di temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).
![Speedy Tigers perlu kekal dalam program RTG - Mirnawan Speedy Tigers perlu kekal dalam program RTG - Mirnawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696847769_MirnawanNawawi.jpg)
Speedy Tigers perlu kekal dalam program RTG - Mirnawan
Mirnawan berkata, keputusan di Sukan Asia Hangzhou 2022 tidak sepatutnya dijadikan penilaian mutlak.
![Sukan Olimpik Paris: Cadang atlet angkat berat sertai Program RTG Sukan Olimpik Paris: Cadang atlet angkat berat sertai Program RTG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694130267_tbmashup.jpg)
Sukan Olimpik Paris: Cadang atlet angkat berat sertai Program RTG
Menurut Ayub, PABM akan menghantar surat rasmi kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Jawatankuasa RTG untuk menilai permohonan berkenaan.