Beregu lelaki utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong meneruskan rentak cemerlang apabila mengulangi kejutan terhadap beregu handalan China untuk mara ke separuh akhir Siri Super Terbuka Korea di Seoul.
Pada saingan suku akhir, V Shem-Wee Kiong, yang menang pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016, mengalahkan beregu nombor empat dunia, Hong Wei-Chai Biao dalam straight set 21-18, 21-13.
Pada temasya Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, bulan lepas, beregu negara itu mengalahkan beregu China itu dalam rubber set 21-18, 12-21, 21-17 pada separuh akhir untuk layak ke final.
Esok, V.Shem-Wee Kiong, selaku beregu nombor sembilan dunia, akan menentang beregu China, Li Junhui/Liu Yuchen pada separuh akhir.
Beregu China itu melakarkan kejutan apabila menyingkirkan beregu nombor lima dunia, Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan dari Indonesia, 21-11, 21-16 pada saingan suku akhir.
Sementara itu, beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut melangkah ke separuh akhir selepas berhempas pulas untuk mengalahkan pasangan Denmark, Anders Skaarup Rasmussen-Sara Thygesen 21-14, 14-21, 21-19.
Peng Soon-Liu Ying, yang turut meraih pingat perak pada sukan Olimpik Rio, bakal berdepan laluan sukar ke final apabila dijadual menentang pilihan utama yang juga ranking nombor satu dunia, Ko Sung Hyun-Kim Ha Na dari Korea Selatan,pada separuh akhir esok.
Kejohanan tersebut menawarkan hadiah wang tunai US$600,000 (RM2.477 juta). - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 30 2016
V Shem dan Wee Kiong pamer permainan mantap ketika perlawanan di antara pemain China, Zhang Nan dan Fu Haifeng di Sukan Olimpik baru-baru ini. - Gambar AFP/Goh Chai Hin
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Memasuki tahun kedua, program larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Laporan Khas: Kita perlu selamatkan lebah, bukan bunuh atau hapuskan
Kajian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati, saban tahun jumlah haiwan itu semakin berkurang, menimbulkan satu masalah baharu kepada dunia.
[TERKINI] Polis buru lelaki cabul kanak-kanak usia 12 tahun
Polis memburu seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan, iaitu anak asuhan kepada isterinya.
Warga emas maut dalam kemalangan libat dua kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
AWANI Ringkas: USS Abraham Lincoln | Operasi pencarian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
9 sekeluarga terperangkap rumah atas air tiba-tiba roboh, tenggelam
Seramai sembilan sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak OKU berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Air, di Semporna tiba-tiba roboh dan tenggelam dalam air.
AWANI Borneo [23/11/2024] – Kerajaan MADANI | Air oh air | Regatta Lepa
AWANI Borneo Sabtu, 23 November 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
V Shem-Wee Kiong tewas di final Terbuka Thailand
Pemain badminton profesional Malaysia Goh V Shem-Tan Wee Kiong mempamerkan aksi yang memberangsangkan sebelum tumpas kepada beregu Lee Yang-Wang Chi-Lin dari Taiwan.
V Shem-Wee Kiong mara final Terbuka Thailand Yonex
Bekas beregu nombor satu dunia, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mara ke final pertama sejak November 2019.
V Shem-Wee Kiong wakil tunggal Malaysia di Terbuka Thailand
Beregu lelaki profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong muncul sebagai penyelamat selepas wakil negara yang lain tersingkir pada Kejohanan Badminton Yonex Terbuka Thailand.
V Shem-Wee Kiong singkirkan beregu No. 2 dunia
Wee Kiong-V Shem mendahului set pertama 21-14 kemudian terpaksa bergelut dalam pertarungan sengit dan tewas set kedua 21-23, sebelum bangkit di set penentuan.
V Shem-Wee Kiong mungkin tidak beraksi di Terbuka Indonesia
Jurulatih beregu lelaki negara, Jeremy Gan berkata keputusan untuk merehatkan pasangan itu adalah bagi membolehkan Wee Kiong menjalani proses pemulihan.
Pasangan V Shem-Wee Kiong mara ke suku akhir Terbuka Singapura
Pasangan beregu lelaki nombor satu negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura yang berlangsung di sini.
Beregu lelaki negara juara Siri Super Dunia Akhir Dubai 2016
Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong muncul juara Siri Super Dunia Akhir Dubai 2016 di UAE selepas menewaskan beregu Jepun Takeshi Kamura-Keigo Sonoda dari Jepun 21-14, 21-19 pada Ahad.
Bergelar suami, Tan Wee Kiong menempuh cabaran baharu
Tan Wee Kiong terus disuntik inspirasi mendukung misi emas Olimpik Tokyo 2020 di sebalik tahun menakjubkan 2016 termasuk peranan baru, bergelar seorang suami.
V Shem-Wee Kiong mara ke separuh akhir Terbuka Korea
Beregu lelaki utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong meneruskan rentak cemerlang apabila mengulangi kejutan terhadap beregu handalan China untuk mara ke separuh akhir Siri Super Terbuka Korea di Seoul
Rio 2016: Kejutan V Shem-Wee Kiong kejutkan pasangan China
Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mencatat keputusan mengejut apabila menjinakkan pilihan keempat Fu Haifeng-Zhang Nan dari China.