Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan semalam bahawa dua pemain muda, Shola Shoretire dan Hannibal Mejbri, telah dibawa masuk ke dalam skuad senior Manchester United.

Dua penyerang muda itu bermain untuk skuad B-23 United musim ini dan menyerlah dengan baik di bawah kendalian Neil Wood.

Masing-masing baru sahaja mencecah usia 17 dan 18 tahun, Shoretire dam Mejbri kelihatan sudah berada di tahap berbeza berbanding pasukan kedua United itu, dengan kedua-duanya memiliki masa depan yang cerah.

Shoretire kelihatan telah berlatih bersama skuad utama United minggu lalu dan Mejbri dijangka akan menyertainya. dengan Solskjaer mengesahkan ia adalah perancangannya untuk untuk menggabungkan kedua-duanya ke dalam pasukan senior.

"Ya, kami menawarkan tempat buat Shola, Hannibal akan menyertai kami dan kami akan terus bersama mereka buat masa ini," katanya.



"Sememangnya, ia adalah satu keputusan yang perlu kami lakukan -- adakah mereka akan berlatih bersama kami dan melakukan perjalanan sendiri dan tidak menjadi sebahagian daripada kumpulan Bawah 23 Tahun?

"Kami berasakan sudah tiba masa Shola berlatih bersama kami. Bagi perlawanan B-23, dia perlu berkunjung sendiri, dia tidak boleh berada dalam bilik persalinan, tetapi kami berasakan ia adalah yang terbaik baginya."