KUALA LUMPUR:Ujian rasmi musim sejuk Kejohanan Dunia MotoGP 2021 yang sepatutnya berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 19 hingga 21 Feb depan dibatalkan kerana keadaan pandemik COVID-19 yang masih belum reda di Malaysia.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Dorna Sports malam Selasa, keputusan itu dibuat selepas mendapatkan nasihat Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA) dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM).
Dorna Sports ialah pemegang hak eksklusif televisyen dan komersial MotoGP.
Kenyataan itu juga mendedahkan ujian percubaan yang akan berlangsung dari 10 hingga 12 Mac di SIC juga dibatalkan atas faktor yang sama.
Kedua-dua ujian itu dibatalkan berikutan kenyataan terkini oleh kerajaan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri bermula dari 13 sehingga 26 Jan ini untuk mengekang penularan COVID-19.
"Ujian di Qatar yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Losail dari 10 hingga 12 Mac masih kekal setakat ini dan sebarang kemas kini atau perubahan akan diberitahu secepat mungkin," katanya.
Kejohanan Dunia MotoGP akan bermula dengan Qatar GP di Litar Antarabangsa Losail dari 26 hingga 28 Mac depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 12 2021

Ujian rasmi musim sejuk Kejohanan Dunia MotoGP 2021 sepatutnya berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 19 hingga 21 Feb. - Foto fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.

MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang
Pelumba Aprilia Racing itu disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan patah kaki kiri.

MotoGP: Jorge Martin akhiri musim penuh gaya bergelar juara
Jorge Martin berjaya mengakhiri perlumbaan di podium tertinggi kejuaraan berprestij itu.

Barcelona mungkin anjur perlumbaan kemuncak MotoGP 2024 - Dorna Sports
Ezpeleta berkata mereka sedang berbincang dengan kerajaan Catalonia untuk mengadakan perlumbaan terakhir di lokasi berkenaan.

MotoGP perlumbaan Barcelona agak mencabar - Bagnaia
Pelumba kelahiran Itali itu mengakui cabaran Litar de Catalunya selepas melalui pengalaman terjatuh di litar berkenaan pada Jun lalu.

PM Anwar hadir pada perlumbaan GP Malaysia 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa hadir ke perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.

Malaysia bukan destinasi kemuncak MotoGP - Azhan
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berkemungkinan tidak menganjurkan pusingan kemuncak Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang sepatutnya berlangsung di Valencia.

MotoGP: Khairul Idham Pawi patah tangan kiri, terlepas perlumbaan sebenar esok
Khairul Idham Pawi dan Helmi Azman terlibat dalam kemalangan pada penghujung perlumbaan pusingan kelayakan 1 bagi kelas Moto2 MotoGP Malaysia.

MotoGP: Bagnaia pecahkan rekod sepusingan SIC, duduki petak pertama
Juara Dunia Francesco Bagnaia yang sekali lagi mencatatkan rekod baharu sepusingan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Sepang.

FIM MiniGP Malaysia: Qabil Irfan sedia gegar Sepang
Walaupun masih berusia 12 tahun, dia optimis dengan latihan yang secukupnya mampu meningkatkan penggalamannya.