PETARUNG kontroversi dari Amerika Syarikat, Colby Covington berjaya meraih kemenangan dalam pertarungan terbarunya menentang bekas juara kelas welterweight, Tyron Woodley.
Persembahan dominan sepanjang empat pusingan akhirnya terpaksa ditamatkan pengadil perlawanan selepas Woodley mengalami kecederaan tulang rusuk sekali gus memberikan kemenangan secara TKO buat Covington.
Apa yang menarik, semasa sesi temu ramah secara langsung bersama saluran ESPN, Covington menerima panggilan peribadi oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Covington yang sememangnya menjadi penyokong kuat Trump nampak begitu teruja dan terus menerima panggilan dan meneruskan perbualan telefon tersebut selama dua minit.
"Saya bangga dengan kamu, saya adalah peminat kamu dan saya amat berbangga," kata Trump kepada Covington.
"Kamu seorang yang kuat, kamu mempunyai semangat yang kental. Jadi sekarang kamu perlu menang pada pertarungan yang seterusnya dan teruskan menang buat masa yang lama, simpan kejuaraan itu untuk masa yang lama.
"Tetapi kamu adalah istimewa. Saya juga menghargai sokongan anda malam ini. Saya peminat kamu dan kamu juga peminat saya," kata Trump lagi.
Selain peminat Trump, Covington juga menjadi petarung UFC pertama dijemput ke Oval Office di White House oleh Presiden Trump.
Ia susulan kemenangan Covington ke atas Rafael dos Anjos pada June 2018 sekali gus mengangkat Covington sebagai juara interim welterweight pada ketika itu.
Covington yang menduduki ranking kedua kelas welterweight, kini dalam usaha mendapatkan pertarungan merebut kejuaraan welterweight buat kali kedua.
Pada Disember lepas, Covington diberi peluang mencabar kejuaraan tersebut yang dipegang Kamaru Usman namun tewas menerusi TKO pada pusingan kelima.
Hilmi Ismail
Sun Sep 20 2020
![UFC: Selepas pamer aksi cemerlang, Colby Covington terima panggilan dari Trump UFC: Selepas pamer aksi cemerlang, Colby Covington terima panggilan dari Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/71600614110_ColbyCovington.jpg)
Colby Covington berjaya meraih kemenangan dalam pertarungan terbarunya menentang bekas juara kelas welterweight, Tyron Woodley. - Foto Instagram/@UFC
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![UFC: Selepas pamer aksi cemerlang, Colby Covington terima panggilan dari Trump UFC: Selepas pamer aksi cemerlang, Colby Covington terima panggilan dari Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71600614110_ColbyCovington.jpg)
UFC: Selepas pamer aksi cemerlang, Colby Covington terima panggilan dari Trump
Colby Covington berjaya meraih kemenangan dalam pertarungan terbarunya menentang bekas juara kelas welterweight, Tyron Woodley.
![Kamaru Usman, Amanda Nunes kekalkan kejuaraan di UFC 245 Kamaru Usman, Amanda Nunes kekalkan kejuaraan di UFC 245](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41576425521_KamaruUsmanAmanda.jpg)
Kamaru Usman, Amanda Nunes kekalkan kejuaraan di UFC 245
Kamaru Usman berjaya mengekalkan kejuaraan dunia welterweight UFC yang disandangnya selepas menundukkan Colby Covington.