KHABIB Nurmagomedov berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC selepas menewaskan petarung Amerika Syarikat, Justin Gaethje sebentar tadi.
Dalam acara utama UFC 254 di Abu Dhabi pada Ahad, bintang sensasi dari Rusia itu menumpaskan lawannya menerusi kuncian ‘triangle choke’ pada minit 1:34 pusingan kedua.
Pusingan pertama menyaksikan ketangkasan Khabib begitu sukar untuk ditandingi oleh Gaethje.
Pada pusingan kedua, Khabib berjaya membuat ‘takedown’, merebahkan lawannya itu ke kanvas Octagon.
Ia disusuli dengan kuncian ‘triangle choke’ yang membuatkan Gaethje ‘tap out’ dan kemudian tidak sedarkan diri untuk seketika, sekali gus menghadiahkan kemenangan untuk Khabib.
Keputusan pertarungan penyatuan gelaran lightweight ini melebarkan rekod profesional Khabib kepada 29 kemenangan tanpa kalah.
Bagaimanapun, dalam temubual selepas perlawanan, Khabib yang teringatkan arwah bapanya Albdulmanap, dengan sedih memberitahu dia ingin bersara dari sukan MMA.
BACA: Janji kepada ibu, ketiadaan ayah di sisi... antara sebab Khabib bersara
BACA: Bapa Khabib, Abdulmanap Nurmagomedov meninggal dunia
"Hari ini merupakan hari terakhir saya bertarung di UFC. tak mungkin saya ke sini tanpa ayah saya.
"Bila UFC memanggil saya (untuk bertarung) dengan Justin, saya telah berbincang dengan ibu saya selama tiga hari.
"Saya telah berjanji dengan ibu, ini pertarungan terakhir saya. Jika saya sudah berjanji, saya mesti tunaikan. Ini pertarungan terakhir saya," katanya.
Ini merupakan kali ketiga Khabib mempertahankan gelaran lightweight yang disandangnya.
Kali pertama dia mempertahankan kejuaraan tersebut ialah pada Oktober 2018 selepas menewaskan Conor McGregor dalam aksi UFC 229.
Dia kemudiannya menewaskan Dustin Poirier pada September tahun lalu pada acara UFC 242 pula.
Haider Yutim
Sat Oct 24 2020
![UFC 254: Khabib kekalkan kejuaraan lightweight UFC, umum persaraan UFC 254: Khabib kekalkan kejuaraan lightweight UFC, umum persaraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603574080_UFC.jpg)
Khabib Nurmagomedov berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC selepas menewaskan petarung Amerika Syarikat, Justin Gaethje. - Foto Instagram/@UFC
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Islam Makhachev tak tolak kemungkinan lawan McGregor Islam Makhachev tak tolak kemungkinan lawan McGregor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716168542_tbMMA.jpg)
Islam Makhachev tak tolak kemungkinan lawan McGregor
Katanya, dia bukan bercakap besar atau memperkecilkan kemampuan McGregor tetapi keyakinannya berpandukan kepada realiti sebenar.
![Dwayne 'The Rock' Johnson dilantik ahli Lembaga Pengarah TKO Dwayne 'The Rock' Johnson dilantik ahli Lembaga Pengarah TKO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706110021_Dwayne.jpg)
Dwayne 'The Rock' Johnson dilantik ahli Lembaga Pengarah TKO
Dwayne 'The Rock' Johnson dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah TKO Group Holdings, iaitu syarikat yang dibentuk oleh Endeavour yang menggabungkan WWE dan UFC.
![Tuduhan serangan seksual terhadap McGregor digugurkan Tuduhan serangan seksual terhadap McGregor digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697678015_ConorMcGregor.jpg)
Tuduhan serangan seksual terhadap McGregor digugurkan
Jurucakap pejabat pendakwa raya memberitahu agensi berita BBC, segala tuduhan terhadap McGregor telah digugurkan.
![UFC, WWE bakal bergabung, bentuk syarikat gergasi bernilai AS$21.4 bilion UFC, WWE bakal bergabung, bentuk syarikat gergasi bernilai AS$21.4 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71680559641_TheEndeavorGroupH.jpg)
UFC, WWE bakal bergabung, bentuk syarikat gergasi bernilai AS$21.4 bilion
Menerusi gabungan itu, Endeavour Group Holdings Inc akan memegang 51% kepentingan sementara WWE memperoleh baki 49% kepentingan.
![Khabar angin itu benar - Hasbulla sahkan bakal bertarung dalam UFC Khabar angin itu benar - Hasbulla sahkan bakal bertarung dalam UFC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665748752_hasbulla.jpg)
"Khabar angin itu benar" - Hasbulla sahkan bakal bertarung dalam UFC
UFC ketika ini tidak mempunyai kelas berat 40 paun, justeru ramai yang mempersoalkan bentuk pertarungan yang dimaksudkan Hasbulla.
![UFC 274: Oliveira tundukkan Gaethje, gelaran lightweight kini untuk rebutan UFC 274: Oliveira tundukkan Gaethje, gelaran lightweight kini untuk rebutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51651991055_CharlesOliveiraUF.jpg)
UFC 274: Oliveira tundukkan Gaethje, gelaran lightweight kini untuk rebutan
Charles Oliveira menundukkan Justin Gaethje dari Amerika Syarikat menerusi kuncian 'rear naked choke' pada minit 3:22 pusingan pertama.
![UFC 274: Gagal capai berat, Oliveira dilucutkan kejuaraan lightweight UFC 274: Gagal capai berat, Oliveira dilucutkan kejuaraan lightweight](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651899878_CharlesOliveiraUF.jpg)
UFC 274: Gagal capai berat, Oliveira dilucutkan kejuaraan lightweight
Charles Oliveira dilucutkan kejuaraan lightweight miliknya selepas gagal mencapai berat untuk acara utama menentang Justin Gaethje di UFC 274, esok.
!['Akhirnya berbaloi' - Insiden Will Smith tampar Chris Rock cetus komen Presiden UFC! 'Akhirnya berbaloi' - Insiden Will Smith tampar Chris Rock cetus komen Presiden UFC!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648464331_ChrisRockWillSmi.jpg)
'Akhirnya berbaloi' - Insiden Will Smith tampar Chris Rock cetus komen Presiden UFC!
Insiden Will Smith menampar Chris Rock pada Anugerah Oscar bukan sahaja menjadi perbualan di seluruh dunia, malah ia turut mendapat perhatian Presiden UFC Dana White.
![UFC: Islam Makhachev mahukan 'title fight' selepas kemenangan mudah ke atas Bobby Green UFC: Islam Makhachev mahukan 'title fight' selepas kemenangan mudah ke atas Bobby Green](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645934623_IslamMakhachev.jpg)
UFC: Islam Makhachev mahukan 'title fight' selepas kemenangan mudah ke atas Bobby Green
Islam Makhachev mencatatkan kemenangan kesepuluhnya dalam UFC, selepas menewaskan Bobby Green dari dalam acara utama UFC Vegas 49 pada Ahad.
![UFC 271: Tewaskan Whittaker kali kedua, 'Izzy' Adesanya kekalkan takhta middleweight UFC 271: Tewaskan Whittaker kali kedua, 'Izzy' Adesanya kekalkan takhta middleweight](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51644733653_IsraelAdesanya.jpg)
UFC 271: Tewaskan Whittaker kali kedua, 'Izzy' Adesanya kekalkan takhta middleweight
JUARA middleweight UFC Israel Adesanya berjaya mengekalkan kejuaraan yang disandangnya selepas menewaskan Robert Whittaker dalam acara utama UFC 271 pada Ahad.