PSG 7 MACCABI HAIFA 2

Paris Saint-Germain (PSG) layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas membelasah kelab Israel, Maccabi Haifa, 7-2 di Parc des Princes awal pagi tadi.

Lionel Messi dan Kylian Mbappe menjaringkan gol berganda dalam perlawanan itu sambil Neymar dan Carlos Soler turut berada dalam senarai penjaring sewaktu memastikan kemenangan mudah buat PSG.

Maccabi beraksi baik di depan gawang lawan tetapi rangkaian tiga penyerang PSG jelas berada dalam prestasi tersendiri.

Messi, dalam penampilannya yang ke-50 bersama PSG, muncul pemain paling menyerlah dengan empat penglibatan gol, di mana dia menghasilkan dua jaringan dan dua bantuan.

Kemenangan buat PSG itu menyaksikan mereka mengumpulkan 11 mata dalam saingan Kumpulan H untuk layak ke pusingan 16 berbaki satu perlawanan menentang Juventus pada 2 November ini.