LIONEL Messi akan terlepas perlawanan tahunan MLS All-Star di Columbus pada hari Rabu kerana kecederaan buku lalinya, MLS telah mengesahkan.

Kapten Argentina itu mengalami kecederaan semasa kemenangan final Copa America ke atas Colombia pada 14 Julai.

Messi kemudiannya meninggalkan padang dengan air mata, dan menyaksikan dari ruang rehat apabila pemain gantian Lautaro Martinez menjaringkan gol kemenangan masa tambahan di Miami.

Pemenang Ballon d'Or lapan kali itu dijangka menjadi sebahagian daripada pertembungan tahunan antara MLS XI dan Liga MX XI.

Bagaimanapun, dia disenaraikan sebagai tidak dapat beraksi di laman web MLS bersama-sama dengan penyerang Inter Miami, Luis Suarez, walaupun rakan sepasukan mereka Jordi Alba dan Sergio Busquets kedua-duanya bakal membuat penampilan.

Pemain seperti Hugo Lloris, Christian Benteke dan Federico Bernadeschi turut disenaraikan dalam senarai MLS, manakala Andre-Pierre Gignac dan Salomon Rondon akan beraksi untuk Liga MX All-Stars. - Stadium Astro