KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong berada pada landasan terbaik untuk mencipta 'magis' di Terbuka Malaysia 2023 selepas mempamerkan peningkatan prestasi dan menutup tirai musim ini dengan penuh bergaya.
Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann berkata persiapan pemain di ranking ke-27 dunia itu untuk menghasilkan keputusan positif pada kejohanan berkenaan yang dinaikkan status kepada Super 1000 oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Jun lepas, sedang giat dilaksanakan bersama jurulatihnya Hendrawan.
"Tze Yong baru sahaja masuk senarai 30 terbaik dunia dan buat pertama kalinya dia akan main di kejohanan bertaraf Super 1000, jadi kena bersedia dari segi mental untuk semua jenis perlawanan. Kadang-kadang mungkin senang tetapi kebanyakan masa susah jadi kena bersedia untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja.
"BAM memang berpuas hati dengan perkembangan dia pada tahun ini dan percaya sekiranya Tze Yong kekal fokus serta komited dia akan terus meningkat pada masa akan datang. Corak latihan juga berada dalam landasan yang betul," katanya ketika ditemui pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini.
Bagaimanapun, menurut Choong Han barisan kejurulatihan BAM enggan terburu-buru untuk menetapkan sasaran buat Tze Yong di Terbuka Malaysia 2023, kerana khuatir akan memberi tekanan kepada juara Cabaran Antarabangsa Bahrain 2022 itu.
Jurulatih berusia 45 tahun itu berkata aspek psikologi dan mental diberi perhatian untuk memastikan Tze Yong berada dalam keadaan bersedia memberikan cabaran sengit kepada pihak lawan.
Pada Terbuka Malaysia 2022, Jun lepas, Tze Yong yang dimasukkan daripada senarai pemain simpanan untuk beraksi di Kejohanan Super 750 Jelajah BWF itu, terkandas seawal pusingan pertama ketika menentang pemain China, Lu Guang Zu, 16-21, 23-21, 18-21.
Namun, beliau berjaya bangkit dengan memenangi pingat perak perseorangan lelaki dan membantu pasukan negara merampas kembali pingat emas daripada India dalam acara berpasukan campuran di Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Pemain berusia 22 tahun itu juga merupakan sebahagian daripada skuad lelaki negara yang menamatkan dominasi Indonesia dengan memenangi gelaran sulung pada Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) di Shah Alam, Februari lepas.
Terbuka Malaysia 2023 akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dari 10 hingga 15 Jan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2022
Aspek psikologi dan mental diberi perhatian untuk memastikan Tze Yong berada dalam keadaan bersedia memberikan cabaran sengit kepada pihak lawan. - Foto BERNAMA
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Kekejaman zionis: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Korea Utara langgar sekatan PBB, import minyak Rusia
Korea Utara telah melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dipercayai menerima lebih 1 juta tong minyak dari Rusia sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
Zii Jia layak ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2024
Lee Zii Jia, berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China bulan depan.
'Cara kau terbang atas gelanggang memang baik'
Shi Feng memerlukan 44 minit untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dan 21-13 dalam pertemuan keempat mereka sepanjang tahun ini.
Cabaran Soon Huat-Shevon di Jepun terhenti
Pasangan nombor 10 dunia itu terpaksa akur tewas kepada Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dari Thailand.
Masters Jepun: Soon Huat-Shevon Lai mudah isi slot ke separuh akhir
Dalam set pertama, pasangan Malaysia ini memimpin perlawanan 11-7 sebelum pasangan Jepun menyamakan kedudukan seketika kepada 12-12.
Zii Jia mandi peluh ke pusingan kedua Masters Jepun
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menafikan tentangan sengit pemain bintang muda negara Justin Hoh sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Masters Jepun hari ini.
Persekutuan Sukan Komanwel tolak permintaan Malaysia anjur badminton
Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menolak permintaan Malaysia untuk menganjurkan sukan badminton di sini bersempena Sukan Komanwel 2026.
Badminton Masters Indonesia: K Letshaana mara ke final
Pemain perseorangan wanita negara, K Letshaana, melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Masters Indonesia.
'Saya bersih' - Kian Meng nafi atur perlawanan
Beliau menjelaskan isu tersebut di laman sosialnya selepas tercetus dakwaan yang mengaitkannya dengan gejala tidak bermoral berkenaan.
Thinaah tak sabar kembali berlatih bersama Rosman
Rosman individu penting yang berjaya mengubah karier Thinaah daripada pemain perseorangan sehingga muncul antara beregu terbaik dunia.
KBS, ISN sedia bantu rawatan Qi Xuan
KBS akan menyediakan bantuan kepada pemain beregu wanita negara Ng Qi Xuan yang mengalami kecederaan ketika menyertai kejohanan badminton Malaysia Super 100.