Kesilapan percaturan gear berikutan cuaca mendung menyebabkan jaguh trek negara Azizulhasni Awang gagal meraih pingat gangsa dalam acara pecut lelaki pada Sukan Asia ke-17 di sini, hari ini.
Pelumba dengan nama jolokan 'The Pocketrocket Man', sekadar mendapat tempat keempat selepas tewas kepada pelumba China, Bao Saifel 2-1 dalam penentuan gangsa.
Terdahulu, pelumba berusia 26 tahun itu gagal ke final selepas kalah 2-0 kepada pelumba Jepun, Tomoyuki Kawabata pada saingan separuh akhir.
"Kecewa dan sedih sebab saya datang dengan penuh semangat, rasa semua okay dan sasaran untuk bersaing pingat emas. Mungkin silap menggunakan gear kerana susah nak ramal hari ini sebab cuaca mendung dan keadaan angin tidak menentu. Saya masih pakai gear yang sama semalam. Lepas habis perlumbaan, baru dapat tahu pelumba Jepun itu pakai gear lebih besar," katanya.
Katanya beliau juga kecewa kerana gagal menghadiahkan pingat seperti yang dijanjikan kepada anak kesayangan beliau, Amna Maryam yang berusia hampir dua tahun.
"Insya-Allah, saya akan sumbang pingat dalam acara keirin," katanya yang akan mempertahankan pingat emas dalam acara kegemarannya itu esok.
Sementara itu, pelumba wanita negara Fatehah Mustapa mempunyai peluang menambah pingat selepas pingat perak dalam acara keirin apabila mara ke separuh akhir acara pecut esok.
Pada saingan suku akhir hari ini, Fatehah menewaskan pelumba Korea Selatan Lee Hyejin 2-0 dan akan berdepan pelumba China, Zhong Tianshi pada separuh akhir.
Astro Arena
Wed Sep 24 2014

Tukaran gear punca Azizulhasni terlepas pingat
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tokyo 2020: Keluarga tumpang bangga kejayaan Azizulhasni
Azizulhasni tentu sekali akan mendedikasikan pingat perak Olimpik Tokyo 2020 yang dimenanginya itu buat ayahnya yang berusia 72 tahun itu.

"Saya harap tiada yang kecewa dengan keputusan ini" - Azizulhasni Awang
Ketika berlumba, sayu hati Azizulhasni memikirkan ayahnya diserang angin ahmar ketika beliau berlepas ke Tokyo untuk memikul tanggungjawab buat negara.

Tokyo 2020: "Perak untuk Malaysia, terima kasih Jijoe!" - Reezal Merican
Menteri Belia dan Sukan berterima kasih kepada Azizulhasni Awang kerana menghadiahkan pingat yang terlalu tinggi nilainya kepada negara.

Azizulhasni jadikan gelaran 'Datuk' motivasi bawa pulang pingat emas pertama
Semangat Azizulhasni semakin membara untuk mencipta sejarah membawa pulang pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo.

Basikal: Azizulhasni raih emas acara pecut di New Delhi
Jaguh trek negara, Mohd Azizulhasni Awang meraih pingat emas acara pecut individu elit lelaki pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) ke-35 di New Delhi, India.

'Selesai molek-molek, jumpa sendiri MB,' saran bapa Azizulhasni
Awang Muda berkata beliau masih lagi terkejut dengan tindakan anaknya itu setelah dimaklumkan pihak lain.

Rio 2016: 'Ada peluang untuk menang kali ini, ayah' - Azizulhasni
Awang berkata biarpun anaknya hanya menduduki tangga ketiga dan memenangi pingat gangsa bagi acara Keirin yang berlangsung awal pagi tadi, kejayaan tersebut cukup membanggakannya.

Tukaran gear punca Azizulhasni terlepas pingat
Jaguh trek negara Azizulhasni Awang gagal meraih pingat gangsa dalam acara pecut lelaki pada Sukan Asia ke-17 di sini, hari ini.

Sarung tangan 'Save Gaza' Azizulhasni buat penganjur panas
Sarung tangan yang digunakan oleh pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang tidak menggembirakan pihak penganjur Sukan Komanwel.