KUALA LUMPUR: Semangat jaguh berbasikal trek, Datuk Mohd Azizulhasni Awang kini semakin membara untuk mencipta sejarah membawa pulang pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo yang akan membuka tirai pada 23 Julai hingga 8 Ogos.
Ia selepas juara dunia keirin 2017 itu mendapat motivasi tambahan menerusi penganugerahan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) yang membawa gelaran Datuk.
Pelumba berusia 33 tahun yang terkenal dengan julukan 'The Pocket Rocketman' itu adalah antara enam individu termasuk Penagrah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus yang dikurniakan darjah kebesaran oleh Sultan Terengganu, Sultan Zainal Abidin semalam.
"Pengurniaan ini sesungguhnya akan patik jadikan sebagai sumber motivasi untuk beraksi dengan cemerlang di temasya Sukan Olimpik Tokyo dan merealisasikan impian membawa pulang pingat emas pertama untuk Malaysia," katanya menerusi ciapan di akaun Twitternya.
"Terima kasih kepada pihak Istana Negeri Terengganu dan juga Kerajaan Negeri Terengganu serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Saya berharap semua terus mendoakan kejayaan saya di Sukan Olimpik Tokyo nanti. Terima kasih semua," katanya.
Mohd Azizulhasni bersama seorang lagi atlet berbasikal trek Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang akan berlepas ke Tokyo pada 25 Julai ini, mengambil bahagian dalam acara keirin dan pecut individu bermula 4 Ogos ini.
Mohd Azizulhasni melakar sejarah tersendiri apabila menjadi atlet berbasikal trek pertama negara memenangi pingat di Olimpik selepas berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara keirin pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. - BERNAMA
Bernama
Mon Jul 19 2021

Semangat Datuk Mohd Azizulhasni Awang kini semakin membara untuk mencipta sejarah membawa pulang pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo yang akan membuka tirai pada 23 Julai hingga 8 Ogos. - Gambar BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tokyo 2020: Keluarga tumpang bangga kejayaan Azizulhasni
Azizulhasni tentu sekali akan mendedikasikan pingat perak Olimpik Tokyo 2020 yang dimenanginya itu buat ayahnya yang berusia 72 tahun itu.

"Saya harap tiada yang kecewa dengan keputusan ini" - Azizulhasni Awang
Ketika berlumba, sayu hati Azizulhasni memikirkan ayahnya diserang angin ahmar ketika beliau berlepas ke Tokyo untuk memikul tanggungjawab buat negara.

Tokyo 2020: "Perak untuk Malaysia, terima kasih Jijoe!" - Reezal Merican
Menteri Belia dan Sukan berterima kasih kepada Azizulhasni Awang kerana menghadiahkan pingat yang terlalu tinggi nilainya kepada negara.

Azizulhasni jadikan gelaran 'Datuk' motivasi bawa pulang pingat emas pertama
Semangat Azizulhasni semakin membara untuk mencipta sejarah membawa pulang pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo.

Basikal: Azizulhasni raih emas acara pecut di New Delhi
Jaguh trek negara, Mohd Azizulhasni Awang meraih pingat emas acara pecut individu elit lelaki pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) ke-35 di New Delhi, India.

'Selesai molek-molek, jumpa sendiri MB,' saran bapa Azizulhasni
Awang Muda berkata beliau masih lagi terkejut dengan tindakan anaknya itu setelah dimaklumkan pihak lain.

Rio 2016: 'Ada peluang untuk menang kali ini, ayah' - Azizulhasni
Awang berkata biarpun anaknya hanya menduduki tangga ketiga dan memenangi pingat gangsa bagi acara Keirin yang berlangsung awal pagi tadi, kejayaan tersebut cukup membanggakannya.

Tukaran gear punca Azizulhasni terlepas pingat
Jaguh trek negara Azizulhasni Awang gagal meraih pingat gangsa dalam acara pecut lelaki pada Sukan Asia ke-17 di sini, hari ini.

Sarung tangan 'Save Gaza' Azizulhasni buat penganjur panas
Sarung tangan yang digunakan oleh pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang tidak menggembirakan pihak penganjur Sukan Komanwel.