SAINT-DENIS: Bintang Top Gun, Tom Cruise melompat dari bumbung stadium Stade de France sebagai gimik kepada acara penutupan Sukan Olimpik Paris 2024 pada Ahad.

Cruise berlari membawa bendera Olimpik dalam satu penyerahan dramatik bagi menandakan bermulanya detik ke Sukan Los Angeles pada 2028.

Cruise turun 160 kaki sebelum melompat ke atas motosikal dan keluar dari stadium di hadapan 80,000 peminat.


Majlis penutup itu akan menampilkan persembahan daripada Red Hot Chili Peppers, Billie Eilish dan Snoop Dogg.

Lebih daripada 8.8 juta tiket telah terjual untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2024. Rekod sebelum ini sebanyak 8.3 juta tiket terjual dicatatkan semasa Sukan Olimpik 1996 di Atlanta.

Sukan Olimpik Musim Sejuk akan diadakan di Milan dan Cortina d'Ampezzo, Itali, dari 6 hingga 22 Feb 2026.

Sukan Olimpik Musim Panas berikutnya akan berlangsung di Los Angeles, California, dari 14 hingga 30 Julai 2028