TOKYO: Barisan atlet negara menampilkan aksi hambar pada hari kedua temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila gagal memberi impak dalam acara masing-masing semalam.
Kem badminton yang menjadi taruhan meraih pingat pada temasya sukan terbesar dunia itu mempamerkan prestasi mengecewakan apabila dua daripada tiga wakil Malaysia beraksi semalam, tumpas kepada lawan mereka dalam aksi pembukaan acara itu di Plaza Sukan Musashino Forest, Tokyo.
Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying terpaksa akur kepada kehebatan gandingan Hong Kong Tang Chun Man-Tse Ying Suet, apabila tumpas 18-21, 21-10, 16-21 dalam aksi Kumpulan D.
Kekalahan tersebut menyaksikan beregu negara itu tidak mempunyai pilihan selain perlu menang ke atas gandingan Jerman, Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich dalam aksi kedua kumpulan hari ini bagi menghidupkan peluang ke pusingan kalah mati.
Sementara itu, beregu wanita negara Chow Mei Kuan-Meng Yean turut gagal mempamerkan aksi terbaik apabila kecundang kepada beregu Indonesia Greysia Polii-Apriyani Rahayu pada Sabtu.
Pasangan negara itu yang membuat penampilan pertama di pentas Olimpik Tokyo, terpaksa akur di tangan Greysia Polii-Apriyani Rahayu 14-21, 17-21 dalam aksi pembukaan Kumpulan A
Kekalahan itu menyaksikan Mei Kuan-Meng Yean berdepan laluan sukar untuk mara ke pusingan kalah mati apabila mereka dijadual bertemu pasangan nombor satu dunia dari Jepun, Sayaka Hirota-Yuki Fukushima esok dan beregu England, Chloe Birch-Lauren Smith yang turut diundi dalam kumpulan sama.
Dalam pada itu, beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik sedikit memberikan keceriaan kepada kontinjen negara hari ini apabila mengejutkan pasangan Korea Selatan yang berada di ranking ketujuh dunia, Choi Solgyu-Seo Seungjae 24-22, 21-15 dalam perlawanan Kumpulan D.
Gandingan Malaysia itu yang menghuni ranking kesembilan dunia, bagaimanapun bakal berdepan tugas getir apabila dijadual bertemu beregu di ranking kedua dunia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia pada Isnin (26 Julai) sebelum melengkapkan jadual kumpulan bertemu pasangan Kanada Jason Ho-Shue-Nyl Yakura paa Selasa (27 Julai).
Hanya dua beregu terbaik setiap kumpulan mara ke peringkat suku akhir.
Sementara itu, hasrat atlet gimnastik artistik lelaki negara, Jeremiah Loo Phay Xing untuk mara ke final acara Individu All-Around tidak kesampaian apabila sekadar menduduki tempat ke-62 daripada keseluruhan 66 peserta dalam acara berlangsung di Pusat Gimnastik Ariake, semalam.
Pada aksi kumpulan pertama melibatkan 22 gimnas, Jeremiah menamatkan saingan di kedudukan ke-19 dengan mengutip keseluruhan 67.498 mata.
Atlet berusia 23 tahun itu, yang membuat penampilan pertama di pentas Olimpik mengumpul 13.100 mata dalam senaman lantai, kekuda berpelana (12.266), gelang roman (7.700), melombol (12.466), palang imbangan (10.200) dan acara palang tunggal (11.766).
Hanya 24 gimnas terbaik dengan maksimum dua wakil setiap negara layak ke final bagi acara Individu All-Around yang akan berlangsung pada Rabu depan.
Perenang negara, Welson Sim Wee Sheng turut gagal meloloskan diri ke peringkat akhir acara 400 meter gaya bebas lelaki pada temasya sukan itu.
Atlet kelahiran Sarawak berusia 24 tahun itu menamatkan saingan di kedudukan ke-33 keseluruhan daripada 36 perenang dalam acara berkenaan yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo.
Hanya lapan perenang teratas mara ke peringkat akhir pada Ahad (25 Julai).
Terdahulu, Welson menduduki tempat keenam dalam saringan kedua selepas mencatat masa 3:58.25 saat.
Sementara itu, pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia akan turun beraksi pada perlawanan pertama bertemu pemain Ukraine Artem Pochtarov, hari ini.
Selain itu, aksi melibatkan atlet Malaysia pada Ahad juga menyaksikan ratu gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi akan membuat penampilan dalam pusingan kelayakan acara All-Around Individu Wanita serta Welson bagi acara saringan 200 meter gaya bebas dan Phee Jinq En dalam acara 100 meter kuak dada wanita.
Acara pelayaran turut akan memulakan aksi hari ini melibatkan Nur Shazrin Mohamad Latif dalam acara Laser Radial Wanita dan Khairulnizam Mohd Affendy bagi acara Laser Standard Lelaki.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 24 2021
Chan Peng Soon-Goh Liu Ying perlu menang ke atas gandingan Jerman, Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich dalam aksi kedua kumpulan hari ini. - Stadium Astro
Majlis tontonan Pilihan Raya Presiden AS di Kuala Lumpur
Bersama rakan setugas Khalis Kadir di lokasi majlis tontonan Pilihan Raya Amerika Syarikat yang dianjurkan oleh Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.
Sistem pendidikan asas pembentukan integriti individu - Syed Hamid Albar
Sistem pendidikan negara memainkan peranan utama dalam membentuk konsep integriti yang akan menentukan karakter dan nilai seseorang individu, kata bekas Menteri Luar, Syed Hamid Albar.
AWANI Ringkas: Menangani isu PPR di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 6 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 November 2024
1️⃣ Tumpuan di Sidang Parlimen
2️⃣ Menangani isu PPR di Malaysia
3️⃣ Siapa jadi pilihan antara Trump atau Harris?
#awaniringkas
1️⃣ Tumpuan di Sidang Parlimen
2️⃣ Menangani isu PPR di Malaysia
3️⃣ Siapa jadi pilihan antara Trump atau Harris?
#awaniringkas
AS Memilih: Kesan pilihan raya Presiden AS kepada dunia
Pilihan raya kali ini mungkin akan menjadi antara yang paling sengit dalam sejarah AS. Bagaimana polisi perdagangan Trump dan Harris boleh memberi kesan kepada kedudukan Malaysia dalam hubungan ekonomi dengan kedua-dua kuasa besar ini?
MyCC sudah siapkan laporan kajian kartel padi, beras - Fuziah
Laporan itu adalah antara usaha kerajaan mengawal harga padi dan beras dengan antara tumpuan adalah menumpaskan kartel yang wujud.
Polis tahan dua lelaki disyaki keldai akaun, libat kerugian RM54,000
Polis menahan dua lelaki dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM54,000.
AS Memilih: Jangkaan dasar luar AS pasca pilihan raya Presiden
Perbincangan ini membincangkan strategi Malaysia dalam mengekalkan hubungan keselamatan dan ekonomi dengan Amerika Syarikat di tengah kemungkinan perubahan kepimpinan AS, dengan fokus pada keseimbangan pengaruh kuasa besar di Asia Tenggara dan kerjasama serantau dalam menghadapi cabaran geopolitik.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Ada dua proses atau langkah iaitu:
Pertama, orang awam yang membuang undi.
Kedua adalah Electors yang memilih presiden di Kongres melalui proses yang dipanggil sebagai Electoral College.
Ada dua proses atau langkah iaitu:
Pertama, orang awam yang membuang undi.
Kedua adalah Electors yang memilih presiden di Kongres melalui proses yang dipanggil sebagai Electoral College.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS menjelang keputusan OPR
Ringgit terus mencatatkan kenaikan berbanding dolar AS didorong oleh sentimen yang baik menjelang pengumuman mengenai OPR oleh BNM.
Paralimpik Tokyo 2020: Strategi kami menjadi - Jurulatih
Risiko tinggi dipertaruhkan kem powerlifting negara ke atas Bonnie Bunyau Gustin membuahkan hasil apabila berjaya menghadiahkan emas pertama negara di Sukan Paralimpik Tokyo.
Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie
Bonnie menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hadiah kepada negara sempena hari kebangsaan.
Azizulhasni terima tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor dari UMT
Jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini secara rasmi dipilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor UMT bernilai RM72,000 untuk meny
Sukan Paralimpik Tokyo buka tirai dengan percikan bunga api
Acara kemuncak tersebut ialah perarakan atlet dengan 10 orang mewakili kontinjen negara dengan Malaysia merupakan kontinjen ke-139 memasuki stadium yang mampu menempatkan 68,000 penonton.
Paralimpik Tokyo: Tak kira apa keputusannya, anda tetap wira untuk Malaysia - PM Ismail Sabri
Beliau juga berdoa agar Jalur Gemilang berkibar megah di Tokyo dan lagu Negaraku turut berkumandang di sana bagi meraikan kejayaan mereka.
Tiga wira Rio 2016 ketuai kumpulan ketiga berlepas ke Paralimpik Tokyo
Giliran tiga pemenang pingat emas Rio 2016 mengetuai kumpulan ketiga kontinjen Malaysia berlepas ke Sukan Paralimpik Tokyo pada Sabtu.
Paralimpik Tokyo: Kini tiba giliran atlet para berjuang demi negara
Kini tiba masa bagi atlet para negara untuk berjuang habis-habisan demi Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bermula 24 Ogos ini hingga 5 Sept ini.
Paralimpik Tokyo: Kes pertama COVID-19 dikesan di perkampungan atlet
Kes pertama COVID-19 telah dikesan di perkampungan atlet Paralimpik Tokyo 2020 pada Khamis, hanya beberapa hari sebelum pertandingan bermula.
[PERSPEKTIF] Pencapaian China pada Olimpik Tokyo 2020 cerminan kemajuan fizikal rakyatnya
Mungkin kita boleh lihat prestasi kontinjen China dalam Sukan Olimpik Tokyo sebagai satu sudut untuk mengenali pembangunan kekuatan fizikal rakyat negara itu dan dari aspek hak asasi.
Nama Azizulhasni terpahat lagi dalam Malaysia Book of Records
Diiktiraf selaku rakyat Malaysia pertama memenangi pingat perak dalam acara berbasikal trek di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 8 Ogos lepas.