Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah berkenan dilantik sebagai Penaung Diraja bagi Persatuan Tinju Johor.
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) membuat pengumuman perkara tersebut menerusi entri terbaru dalam laman Facebook rasmi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), 'The Southern Tigers', pada Khamis.
Menurut PBNJ, pasukan tinju Johor turut diberi nafas baharu dan dijenamakan semula dengan nama 'Johor Darul Ta'zim Boxing Team', selain turut menggunakan logo yang sama dengan kelab JDT.
"Baginda berhasrat mencontohi modul di Eropah, seperti (kelab bola sepak) Barcelona, di mana pelbagai sukan diselaraskan di bawah satu jenama. Dari masa ke semasa semua sukan di Johor akan dijenamakan semula serta diselaraskan," demikian menurut PBNJ.
Usaha tersebut merupakan sebahagian daripada langkah baginda untuk memartabatkan sukan-sukan lain selain memberikan masa depan yang lebih cemerlang kepada sukan di negeri berkenaan, kata PBNJ.
Dalam pada itu, bekas petinju kebangsaan, Mohd Farkhan Haron, yang kini merupakan petinju profesional negara, berterima kasih atas kesudian Tunku Ismail menerima pelantikan tersebut.
Mohd Farkhan turut menghargai bantuan TMJ dalam membantunya menjalani latihan selama dua tahun bermula tahun depan di kelab tinju terkemuka Amerika Syarikat iaitu Wild Card Boxing Club di Los Angeles yang dimiliki legenda tinju dunia, Freddie Roach.
"Saya mewakili atlet tinju negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen baginda. Semoga negeri Johor terus berjaya melahirkan petinju bertaraf dunia," katanya dalam Facebook tersebut.
Mohd Farkhan meraih gelaran sulung dalam karier profesionalnya selepas memenangi tali pingat Persatuan Tinju Asia Pasifik ketika berdepan bekas juara Asia, Hendrik Aritonang dari Indonesia di Batam, Indonesia, Mac lepas.
Astro Arena
Fri Dec 04 2015
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) membuat pengumuman perkara tersebut menerusi entri terbaru dalam laman Facebook rasmi pasukan JDT. - Gambar Astro ARENA
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
TMJ ke gelanggang tinju
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah berkenan dilantik sebagai Penaung Diraja bagi Persatuan Tinju Johor.