PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil mendedahkan bahawa pemain kacukan Finland-Malaysia, Nooa Laine terlebih dahulu menghubungi kelab tersebut sebelum membuat keputusan menyertai Selangor FC.
Tunku Ismail berkongsi tangkap layar di laman Insta Story akaun Instagramnya perbualan antara ejen JDT, Kiko Insa Bohigues dan ejen Nooa sebelum perpindahan pemain itu berlaku.
Dalam perbualan tersebut atau lebih tepat sebagai proses rundingan itu, Nooa terlebih dahulu menawarkan diri untuk menyertai JDT.
"Hi Kiko, saya difahamkan Nooa juga sudah cuba untuk menghubungi anda. Sekiranya kami tidak mendengar apa-apa dari pihak anda selepas empat jam, kami mengandaikan bahawa anda tidak berminat.
"Kami akan menandatangani (kontrak) bersama Selangor FC," kata ejen Nooa dalam perbualan dengan Kiko yang dimuat naik oleh Tunku Ismail.
Dalam tangkap layar itu juga, Tunku Ismail menegaskan JDT sentiasa menjadi pilihan pertama untuk mana-mana pemain beraksi di Liga Malaysia (Liga-M).
Sebelum ini, JDT melalui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Alistair Edwards mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan telah menolak seorang pemain kebangsaan yang bermain di luar negara disebabkan harga yang disebutkan tidak munasabah.
Kelab itu percaya ada percubaan untuk meningkatkan nilai pemain dan JDT tidak akan terperangkap dengan perang bidaan itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 10 2024
![TMJ bidas Selangor FC, tegaskan JDT sentiasa jadi pilihan TMJ bidas Selangor FC, tegaskan JDT sentiasa jadi pilihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707528038_tmj.jpg)
Tangkap layar perbualan yang dimuat naik oleh Tunku Ismail di Insta Story miliknya.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Bidoglio akui JDT berdepan kesukaran berdepan MUFT Bidoglio akui JDT berdepan kesukaran berdepan MUFT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719713282_HectorBidoglio.jpg)
Bidoglio akui JDT berdepan kesukaran berdepan MUFT
Hector Bidoglio mengakui skuad kendaliannya itu berdepan kesukaran kelab Liga A1 Semi-Pro, Malaysia University Football Team (MUFT).
![Piala FA: JDT sebelah kaki ke separuh akhir Piala FA: JDT sebelah kaki ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719678926_TBMFL.jpg)
Piala FA: JDT sebelah kaki ke separuh akhir
Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT)meletakkan sebelah kaki ke perlawanan separuh akhir Piala FA 2024/2025 musim ini apabila membelasah pasukan Liga A1, Malaysia University 5-0.
![“Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda ‘Tokong’ sebenar bola sepak Malaysia” - TMJ “Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda ‘Tokong’ sebenar bola sepak Malaysia” - TMJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719506434_HRHCrownPrinceof.jpg)
“Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda ‘Tokong’ sebenar bola sepak Malaysia” - TMJ
Menerusi status dimuat naik di Facebook rasmi Tunku Ismail, baginda turut mengimbau tindakan denda sebelum ini yang dikenakan terhadap beliau dan juga pasukannya, JDT.
![Selangor FC belum fail rayuan ke MFL, hanya akan buat rayuan terhadap keputusan baharu Selangor FC belum fail rayuan ke MFL, hanya akan buat rayuan terhadap keputusan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719490820_selangorfc.jpg)
Selangor FC belum fail rayuan ke MFL, hanya akan buat rayuan terhadap keputusan baharu
The Red Giants hanya akan membuat rayuan terhadap keputusan yang telah dipertimbangkan semula oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL.
![Titah murka Sultan Selangor gambarkan kekecewaan peminat bola sepak Titah murka Sultan Selangor gambarkan kekecewaan peminat bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714725775_AmirudinShari.jpg)
Titah murka Sultan Selangor gambarkan kekecewaan peminat bola sepak
Keganasan jenayah yang berlaku terhadap tonggak bola sepak Selangor, Faisal Halim merupakan titik hitam dalam sejarah bola sepak negara.
![Selangor FC boleh kemuka rayuan - MFL Selangor FC boleh kemuka rayuan - MFL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719385081_StuartRamalingam.jpg)
Selangor FC boleh kemuka rayuan - MFL
Pasukan Selangor FC boleh mengemukakan rayuan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selepas dijatuhkan empat bentuk hukuman.
![Selangor didenda RM100,000, dipotong 3 mata, beraksi tanpa penonton lawan JDT Selangor didenda RM100,000, dipotong 3 mata, beraksi tanpa penonton lawan JDT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719309148_Selangordidenda.jpg)
Selangor didenda RM100,000, dipotong 3 mata, beraksi tanpa penonton lawan JDT
MFL telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan kes ketidakhadiran Selangor ke Perlawanan Sumbangsih yang juga aksi pertama Liga Super pada 10 Mei 2024 menentang Johor Darul Tazim (JDT) Mei lalu.
![Liga Super: Hatrik Heberty julang JDT, Tanigawa sekat hajat Terengganu Liga Super: Hatrik Heberty julang JDT, Tanigawa sekat hajat Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719074714_LigaSuper.jpg)
Liga Super: Hatrik Heberty julang JDT, Tanigawa sekat hajat Terengganu
Jaringan hatrik penyerang import Johor Darul Ta'zim (JDT) Heberty Fernandes memastikan Harimau Selatan mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super selepas menewaskan Sri Pahang FC 3-0.
![Piala FA: JDT laung amaran, Sabah berpesta gol di Likas Piala FA: JDT laung amaran, Sabah berpesta gol di Likas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718466887_FernandoMartinFore.jpg)
Piala FA: JDT laung amaran, Sabah berpesta gol di Likas
Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) melaungkan amaran dalam misi mempertahankan gelaran selepas menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC 4-0.
![Liga Super: Polis mengesan suspek terlibat kekecohan Liga Super: Polis mengesan suspek terlibat kekecohan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716845129_SuspekKekeceohan.jpg)
Liga Super: Polis mengesan suspek terlibat kekecohan
Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kekecohan yang melibatkan penyokong bola sepak di sebuah stadium di Petaling Jaya, selepas tamatnya perlawanan Liga Super, semalam.