KUALA LUMPUR: Malaysia meneruskan penguasaan dalam acara perseorangan wanita kejohanan badminton Spanish International 2021 selepas tiga wakil negara mara ke pusingan separuh akhir dengan bergaya pada aksi di La Nucia, Sepanyol, semalam.
Tiga wakil negara itu adalah pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 dan pilihan keempat kejohanan S. Kisona, bekas juara dunia Goh Jin Wei serta Eoon Qi Xuan yang tidak berdepan masalah mengatasi lawan masing-masing di suku akhir, demikian menurut https://www.tournamentsoftware.com.
Kisona cemerlang melepasi cabaran apabila menundukkan pemain tuan rumah Beatriz Corrales 21-15, 21-14 dan dijadual membuat perhitungan ke final menentang wakil Perancis Yaelle Hoyaux.
Jin Wei dan Qi Xuan turut tidak menerima tentangan sengit melangkah ke pusingan separuh akhir sekali gus bakal berentap sesama mereka bagi memburut slot ke final.
Di pusingan suku akhir, Jin Wei menundukkan wakil Switzerland Jenjira Stadelmann 21-15, 21-12 manakala Qi Xuan mencatat kemenangan selesa 21-10, 21-12 ke atas Ania Setien dari Sepanyol.
Pada masa sama, pasangan Tee Kai Wung-Teoh Mei Xing turut mara ke separuh akhir beregu campuran selepas menewaskan Victor Martin-Haidee Ojeda dari Sepanyol 21-17, 21-17 dan bakal bertemu gandingan Rusia Rodion Kargaev-Viktoriia Vorobeva.
Kecemerlangan itu diteruskan beregu lelaki Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang mengejutkan pilihan ketiga dari Austria Philip Birker-Dominik Stipsits 21-18, 21-11 untuk bertemu pasangan England Matthew Clare-Ethan Van Leeuwen di separuh akhir.
Namun, nasib berbeza menimpa satu lagi pasangan beregu lelaki negara Loo Bing Kun-Lwi Sheng Hao yang gagal mara ke separuh akhir selepas tewas di tangan wakil Perancis Lucas Corvee-Ronan Labar 12-21, 16-21.
Dalam pada itu, cabaran negara dalam acara beregu wanita berakhir di suku akhir selepas gandingan Teoh Mei Xiang-Yap Ling yang turun selaku pilihan kedua tewas kepada pasangan bukan pilihan dari England Jessica Hopton-Jessica Pugh 16-21, 21-15, 15-21.
Terdahulu, wakil perseorangan lelaki negara Misbun Ramdan Misbun turut terkandas seawal pusingan kedua apabila gagal menyaingi kehebatan pilihan ketiga dari Sepanyol Pablo Abian 21-13, 21-10.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 18 2021
Dari kiri, Eoon Qi Xuan, Goh Jin Wei dan S Kisona, tidak berdepan masalah mengatasi lawan masing-masing di suku akhir kejohanan badminton Spanish International 2021 di La Nucia, 18 Jun, 2021. - Foto Facebook BAM
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Zii Jia layak ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2024
Lee Zii Jia, berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China bulan depan.
'Cara kau terbang atas gelanggang memang baik'
Shi Feng memerlukan 44 minit untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dan 21-13 dalam pertemuan keempat mereka sepanjang tahun ini.
Cabaran Soon Huat-Shevon di Jepun terhenti
Pasangan nombor 10 dunia itu terpaksa akur tewas kepada Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dari Thailand.
Masters Jepun: Soon Huat-Shevon Lai mudah isi slot ke separuh akhir
Dalam set pertama, pasangan Malaysia ini memimpin perlawanan 11-7 sebelum pasangan Jepun menyamakan kedudukan seketika kepada 12-12.
Zii Jia mandi peluh ke pusingan kedua Masters Jepun
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menafikan tentangan sengit pemain bintang muda negara Justin Hoh sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Masters Jepun hari ini.
Persekutuan Sukan Komanwel tolak permintaan Malaysia anjur badminton
Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menolak permintaan Malaysia untuk menganjurkan sukan badminton di sini bersempena Sukan Komanwel 2026.
Badminton Masters Indonesia: K Letshaana mara ke final
Pemain perseorangan wanita negara, K Letshaana, melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Masters Indonesia.
'Saya bersih' - Kian Meng nafi atur perlawanan
Beliau menjelaskan isu tersebut di laman sosialnya selepas tercetus dakwaan yang mengaitkannya dengan gejala tidak bermoral berkenaan.
Thinaah tak sabar kembali berlatih bersama Rosman
Rosman individu penting yang berjaya mengubah karier Thinaah daripada pemain perseorangan sehingga muncul antara beregu terbaik dunia.
KBS, ISN sedia bantu rawatan Qi Xuan
KBS akan menyediakan bantuan kepada pemain beregu wanita negara Ng Qi Xuan yang mengalami kecederaan ketika menyertai kejohanan badminton Malaysia Super 100.