KUALA LUMPUR: Tiga lagi perlawanan minggu pertama Liga Malaysia (Liga-M) 2022 terpaksa ditunda berikutan jangkitan COVID-19 dalam kalangan pemain dan pegawai pasukan.
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan hari ini mengesahkan tiga perlawanan itu membabitkan satu aksi Liga Super antara Sri Pahang FC dan Terengganu FC (TFC) yang dijadual berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan esok.
Menerima nasib sama adalah dua aksi Liga Premier yang dijadual berlangsung esok iaitu antara UiTM FC dan TFC II di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu serta Perak FC menentang Kelantan United FC di Stadium Perak, Ipoh.
MFL memaklumkan 20 pemain serta pegawai pasukan Sri Pahang dijangkiti COVID-19, UiTM (12 pemain positif dan baki pemain kontak rapat bergejala) dan Perak sebanyak enam pemain diuji positif manakala 14 pemain kontak rapat bergejala.
Menurut badan pentadbir Liga-M itu, situasi tersebut menyaksikan aksi kedua Liga Super Sri Pahang menentang Selangor FC pada 8 Mac dan perlawanan pusingan pertama Piala FA menentang Manjung City FC pada 12 Mac juga terpaksa ditunda.
Dua aksi pusingan pertama Piala FA masing-masing UiTM bertemu Kuching City FC pada 15 Mac dan pertemuan Perak menentang Kijang Rangers FC pada 14 Mac juga terpaksa ditunda susulan perkembangan hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam berkata prosedur operasi standard (SOP) terbaru MFL adalah kelab layak memohon penangguhan perlawanan sekiranya 50 peratus atau lebih daripada jumlah pendaftaran skuad utama pada hari perlawanan dijangkiti COVID-19 atau kontak rapat bergejala.
"Hari ini kami menerima laporan berhubung pasukan yang berdepan masalah positif COVID-19 antaranya Sri Pahang FC, Perak FC dan UiTM FC dan perlawanan ketiga-tiga pasukan ini terpaksa ditunda sehingga mereka selesai menjalani tempoh kuarantin," katanya.
Tiga perlawanan ditunda itu menjadikan lima aksi minggu pertama Liga-M terjejas berikutan COVID-19.
Semalam, MFL memaklumkan dua perlawanan Liga Premier melibatkan Selangor FC 2 menentang Skuad Projek FAM-MSN di Stadium UiTM, Shah Alam pada esok dan PDRM FC berdepan Kuching City FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras (7 Mac) terpaksa ditunda akibat jangkitan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 04 2022
Stuart berkata SOP terbaru MFL adalah kelab layak memohon penangguhan perlawanan sekiranya 50 peratus atau lebih daripada jumlah pendaftaran skuad utama pada hari perlawanan dijangkiti COVID-19 atau kontak rapat. - Gambar fail
10 projek berkaitan aeroangkasa bernilai RM500 juta diluluskan sehingga 2023 - MITI
Syarikat industri aeroangkasa Malaysia juga telah berjaya membida pakej kerja baharu untuk sektor pembuatan aeroangkasa.
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
80 perlawanan Liga Malaysia guna VAR - Sivasundaram
Sebanyak 80 perlawanan membabitkan aksi Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA, dan Challenge Cup bagi musim 2024-2025 telah menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) setakat ini.
Liga-M berpotensi melingkup andai isu tunggakan gaji berlarutan
Pekan berkata, pendekatan MFL juga seolah-olah gagal memberi kesan dalam mendidik pemilik kelab untuk lebih bertanggungjawab mengurus kewangan.
Timbalan Presiden, CEO KDNFC letak jawatan
Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) meletakan jawatan masing-masing, berkuat kuasa hari ini.
MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Keselamatan pemain jadi keutamaan sepanjang musim Liga Malaysia - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keselamatan pemain serta seluruh pasukan menjadi keutamaan polis sepanjang musim Liga Malaysia yang bermula semalam.
Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
Piala Sumbangsih: Enggan kompromi soal keselamatan, Selangor FC nekad ‘tidak hadir’
Selangor FC berkata, keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan mereka memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman.
KDNFC kecam tindakan individu, kumpulan serang pemain bola sepak
Insiden yang berlaku merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan perlu dibendung dengan kadar segera.
FAM buat persiapan awal aksi menentang Krygystan, Taiwan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat perancangan awal dalam usaha membantu skuad Harimau Malaya mencipta sejarah mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia buat kali pertama.