CRISTIANO Ronaldo berkata tiada alasan di sebalik kekalahan 3-0 Juventus di laman sendiri kepada Fiorentina tetapi optimis juara Serie A itu akan bangkit pada tahun hadapan.
Gergasi Turin itu mengalami kekalahan terbesar sejak berpindah ke Stadium Allianz sembilan tahun yang lalu ketika Viola melakar kejutan semalam.
Juve sudah ketinggalan selepas Dusan Vlahovic membuka jaringan ketika Juan Cuadrado dilayang kad merah selepas perlawanan melewati minit ke-18 kerana melakukan terjahan terhadap Gaetano Castrovilli.
Jaringan sendiri Alex Sandro dan sentuhan mudah Martin Caceres melengkapkan kemenangan Fiorentina, menyaksikan skuad kendalian Andrea Pirlo kini ketinggalan tujuh mata di belakang Milan dan menghuni tangga keempat.
Ronaldo mengetahui persembahan mereka tidak dapat diterima dan mahu The Bianconeri kembali bangkit bagi baki saingan.
Menerusi Instagram, Ronaldo berkata, "Semalam, dengan persembahan yang hambar dan keputusan yang tidak dapat diterima. Kami menamatkan 2020, tahun istimewa dengan pelbagai situasi. Stadium kosong, protokol-protokol Covid, perlawanan yang ditunda, berehat panjang dan jadual padat.
"Tetapi ini bukan alasan untuk apa-apa. Kami mengetahui perlu memberikan lebih lagi, untuk beraksi dengan cemerlang anda perlu kekal konsisten. Kami adalah Juventus! Dan tidak mudah untuk menerima kurang daripada beraksi cemerlang di atas padang!"
Astro Arena
Thu Dec 24 2020
Reaksi Cristiano Ronaldo ketika perlawanan Serie A antara Juventus dan Fiorentina di Stadium Allianz, Turin, Itali, 22 Dis, 2020. REUTERS
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Neymar sepatutnya menang lima Ballon d'Or - Buffon
Gianluigi Buffon percaya Neymar seharusnya memenangi sekurang-kurangnya lima anugerah Ballon d'or dalam karier bola sepaknya.
Gol akrobatik Cristiano Ronaldo warnai kemenangan Portugal
Pemenang Ballon d'Or lima kali itu melengkapkan hantaran silang Vitinha dengan jaringan akrobatik mengatasi Marcin Bulka.
Cristiano Ronaldo tidak letak pelan jangka masa panjang
Cristiano Ronaldo telah mengakui tidak boleh memikirkan terlalu jauh lagi ketika dia menghampiri usia 40-an.
ACLE: Arif Aiman tangga teratas jumlah percubaan tepat, Cristiano Ronaldo keempat
Arif Aiman kekal sebagai pemain yang mempunyai jumlah percubaan tepat terbanyak dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) ketika ini.
Ronaldo nafi beraksi di Liga Pro Saudi kerana wang
Ronaldo menjelaskan bahawa perpindahannya ke Liga Pro Saudi bukan kerana wang, sebaliknya kerana minatnya yang tinggi terhadap bola sepak.
ACLE: Arif Aiman di tangga kedua, Cristiano Ronaldo kesembilan
Bintang JDT Arif Aiman kini berada di tangga kedua dalam senarai penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.
Lelaki China sanggup berbasikal tujuh bulan jumpa Cristiano Ronaldo
Seorang pemuda sanggup berbasikal dari China ke Arab Saudi untuk bertemu bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo.
ACLE: Ronaldo, Laporte pacu kemenangan Al-Nassr
Selepas tiga perlawanan, ketiga-tiganya masih belum kalah - Al-Hilal dan Al-Ahli menduduki dua tempat teratas; Al-Nassr pula di tangga keempat.
Liga Pro Saudi: Penalti Cristiano Ronaldo selamatkan maruah Al-Nassr
Jaringan Ronaldo, pada minit ke-97 memberi kemenangan 2-1 dalam perlawanan dramatik ketika menentang pasukan tuan rumah, Al-Shabab, awal pagi tadi.
Cristiano Ronaldo bantu Al-Nassr raih kemenangan kedua musim ini
Ronaldo menjaringkan gol pembukaan untuk membantu kemenangan kedua mereka dalam saingan Liga Pro Saudi musim ini.