KUALA LUMPUR: Pasukan Terengganu FC (TFC) melonjak ke tangga kedua Liga Super selepas berjaya mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.
Skuad Gergasi Merah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan penalti penyerang import Nigeria, Ifedayo Olusegun pada minit ke-49, selepas bola sepakan kapten pasukan, Brendan Gan terkena tangan Mohd Nasir Basharuddin di dalam kotak penalti.
Namun, skuad kendalian Nafuzi Zain berjaya bangkit menyamakan kedudukan menerusi Engku Muhd Nur Shakir Engku Yacob pada minit ke-72, sebelum tandukan pemain import dari Sepanyol, Carlos de Murga pada minit ke-87 mengesahkan tiga mata penuh buat TFC.
Sementara itu, Sri Pahang FC berjaya mengejutkan Perak FC, yang dilaporkan bergolak dengan masalah tunggakan gaji, menerusi kemenangan 3-2 di Stadium Perak, Ipoh.
Skuad Tok Gajah membuka jaringan menerusi rembatan kencang penyerang kebangsaan Myanmar, Aung Kaung Mann pada minit ke-34 selepas berlaku situasi kelam-kabut di hadapan gawang gol tuan rumah, sebelum mengandakan jaringan menerusi pemain import dari Australia, Kenjok Wal Athiu pada minit ke-57.
Perak FC bangkit menyamakan kedudukan 10 minit kemudian menerusi pemain import dari Brazil Leandro Dos Santos, yang mudah menyempurnakan sepakan penalti selepas rakan sepasukan, Mohd Shakir Hamzah dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pemain pertahanan Sri Pahang FC, Mohd Faisal Mohd Rosli.
Kenjok terus menambah derita buat skuad Bos Gaurus apabila tandukannya pada minit ke-88 berjaya menewaskan Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, manakala jaringan pemain import dari Brazil, Raianderson pada minit ke-90 sekali lagi membantu Perak FC mengurangkan defisit.
Di Stadium Hang Jebat, Melaka United FC sekadar terikat tanpa jaringan menentang Petaling Jaya (PJ) City FC.
Keputusan malam tadi menyaksikan TFC pintas Kedah Darul Aman (KDA) FC (26 mata) di tangga kedua dengan 27 mata selepas 13 perlawanan dan hanya dibezakan tiga mata dengan pendahulu Johor Darul Ta'zim (JDT).
Selangor (19 mata) dan PJ City (14 mata) masing-masing kekal di tempat kelima dan kelapan, manakala Sri Pahang FC (12 mata) keluar dari zon penyingkiran dengan mengatasi Perak FC (12 mata) ke tempat kesembilan, dan Melaka United (11) di kedudukan kedua tercorot carta.
Saingan Liga Malaysia akan berehat selepas ini, di mana Liga Premier dijadualkan bersambung semula pada 18 Jun selepas Hari Raya Aidilfitri dan memberi laluan kepada skuad kebangsaan beraksi dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Liga Super pula hanya akan bermula pada 9 Julai, selepas aksi peringkat kumpulan Liga Juara-juara AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) melibatkan JDT, dan saingan peringkat kumpulan Piala AFC melibatkan TFC serta KDA FC.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 09 2021
![TFC atasi Selangor 2-1, lonjak ke tempat kedua TFC atasi Selangor 2-1, lonjak ke tempat kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71620602615_TerengganuFC.jpg)
TFC melonjak ke tangga kedua Liga Super selepas berjaya mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi. -Bernama
![Maal Hijrah: Umat Islam perlu tekad bersama-sama bangunkan negara bertunjang semangat Al-Falah Maal Hijrah: Umat Islam perlu tekad bersama-sama bangunkan negara bertunjang semangat Al-Falah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81677164470_DrMohdNaimMokhta.jpg)
Maal Hijrah: Umat Islam perlu tekad bersama-sama bangunkan negara bertunjang semangat Al-Falah
Umat Islam perlu bertekad bersama-sama membangunkan negara berasaskan nilai Islam dengan bertunjangkan semangat Al-Falah (kejayaan).
![Maal Hijrah: Ambil iktibar sifat sabar, gigih Rasulullah - Sultan Nazrin Maal Hijrah: Ambil iktibar sifat sabar, gigih Rasulullah - Sultan Nazrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720323819_SultanNazrin.jpg)
Maal Hijrah: Ambil iktibar sifat sabar, gigih Rasulullah - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, perkara baharu perlu disampaikan melalui daya komunikasi dan penyampaian yang berkesan.
![Lelaki maut tercampak nahas tiga kenderaan Lelaki maut tercampak nahas tiga kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720324071_Kemalangan.jpg)
Lelaki maut tercampak nahas tiga kenderaan
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, lelaki berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
![KPM saring semula data PAJSK calon SPM 2023 tercicir markah KPM saring semula data PAJSK calon SPM 2023 tercicir markah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720323661_BangunanKementerian.jpg)
KPM saring semula data PAJSK calon SPM 2023 tercicir markah
KPM mengambil tindakan menyaring semula data PAJSK pelajar lepasan SPM 2023 yang tercicir markah.
![Maal Hijrah: Agong gesa kerajaan tingkat penguatkuasaan terhadap kandungan ajaran sesat Maal Hijrah: Agong gesa kerajaan tingkat penguatkuasaan terhadap kandungan ajaran sesat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720320509_sambutanmaalhijrah.jpg)
Maal Hijrah: Agong gesa kerajaan tingkat penguatkuasaan terhadap kandungan ajaran sesat
Sultan Ibrahim bertitah, semua kaum mempunyai budaya dan agama sendiri dan mesti hidup dengan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
![Video muzik 'Rockstar' Lisa Blackpink didakwa ciplak Travis Scott Video muzik 'Rockstar' Lisa Blackpink didakwa ciplak Travis Scott](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720322711_MuzikRockstarLisa.jpg)
Video muzik 'Rockstar' Lisa Blackpink didakwa ciplak Travis Scott
Antara babak dalam video muzik yang didakwa ketara 'diciplak' team Lisa adalah pada bahagian penari latar memakai serba putih.
![Menang emas di WCOPA: Fadhlina ucap tahniah kepada Ummi Umairah Menang emas di WCOPA: Fadhlina ucap tahniah kepada Ummi Umairah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720321585_umairahsairahtarudi.jpg)
Menang emas di WCOPA: Fadhlina ucap tahniah kepada Ummi Umairah
Kejayaan pelajar Tingkatan Satu SSeMKL itu diharapkan mencetus inspirasi kepada semua pelajar untuk terus mengejar impian.
![Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720321369_kontinjennegara.jpg)
Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas
Kontinjen negara menamatkan kempen di temasya AUG 2024 dengan aksi terpuji apabila membawa pulang 38 pingat emas selepas 11 hari berjuang.
AWANI Ringkas: Susulan PRK DUN Sungai Bakap
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![EURO 2024: Selepas kejadian bersama Jose Mourinho, Anthony Taylor terima lagi 'serangan' EURO 2024: Selepas kejadian bersama Jose Mourinho, Anthony Taylor terima lagi 'serangan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720320065_SpainsDaniCarvaja.jpg)
EURO 2024: Selepas kejadian bersama Jose Mourinho, Anthony Taylor terima lagi 'serangan'
Anthony Taylor menerima penghinaan ketika di bilik persalinannya oleh barisan kejurulatihan pasukan Jerman.
![Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720137688_tbStadiumShahAlam.jpg)
Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ
Rumah pasukan Selangor itu kini sedang dalam proses untuk dirobohkan selepas lebih empat tahun tidak digunakan.
![NSFC buka pusat fisioterapi kepada atlet, orang awam NSFC buka pusat fisioterapi kepada atlet, orang awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720043312_pusatfisioterapi.jpg)
NSFC buka pusat fisioterapi kepada atlet, orang awam
Pusat berkenaan menyediakan fasiliti terbaik kepada para pemain NSFC selain menjadi antara cabang perniagaan untuk kelab bola sepak itu.
![Sanusi terima kekalahan di padang, yakin menang PRK Sanusi terima kekalahan di padang, yakin menang PRK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719759401_MuhammadSanusiMdN.jpg)
Sanusi terima kekalahan di padang, yakin menang PRK
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerima kekalahan pasukannya dalam perlawanan persahabatan bola sepak menentang pasukan pilihan Akmal Nasrullah.
![“Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda ‘Tokong’ sebenar bola sepak Malaysia” - TMJ “Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda ‘Tokong’ sebenar bola sepak Malaysia” - TMJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719506434_HRHCrownPrinceof.jpg)
“Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda ‘Tokong’ sebenar bola sepak Malaysia” - TMJ
Menerusi status dimuat naik di Facebook rasmi Tunku Ismail, baginda turut mengimbau tindakan denda sebelum ini yang dikenakan terhadap beliau dan juga pasukannya, JDT.
![Selangor FC belum fail rayuan ke MFL, hanya akan buat rayuan terhadap keputusan baharu Selangor FC belum fail rayuan ke MFL, hanya akan buat rayuan terhadap keputusan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719490820_selangorfc.jpg)
Selangor FC belum fail rayuan ke MFL, hanya akan buat rayuan terhadap keputusan baharu
The Red Giants hanya akan membuat rayuan terhadap keputusan yang telah dipertimbangkan semula oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL.
![Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi bola sepak Euro 2024 Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi bola sepak Euro 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi bola sepak Euro 2024
Dua lelaki tempatan berusia 40 dan 44 tahun itu serta seorang warga asing berumur 34 ditahan di tiga lokasi sekitar Cheras.
![SUKMA 2024: Selangor buru 61 pingat emas, Negeri Sembilan sasar 20 emas SUKMA 2024: Selangor buru 61 pingat emas, Negeri Sembilan sasar 20 emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81698828303_NajwanHalimi.jpg)
SUKMA 2024: Selangor buru 61 pingat emas, Negeri Sembilan sasar 20 emas
Selangor menyasarkan 61 pingat emas sementara kontinjen Negeri Sembilan optimis meraih lebih 20 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos depan.
![EURO 2024: Fullkrug selamatkan maruah Jerman di Frankfurt EURO 2024: Fullkrug selamatkan maruah Jerman di Frankfurt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719183216_tbEuro.jpg)
EURO 2024: Fullkrug selamatkan maruah Jerman di Frankfurt
Walaupun telah memastikan kelayakan ke peringkat kalah mati, Nagelsmann menurunkan kesebelasan utama Jerman yang sama bertemu Hungary.
![Liga Super: Selangor naik tangga kedua, Kijang Emas raih kemenangan sulung Liga Super: Selangor naik tangga kedua, Kijang Emas raih kemenangan sulung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719178012_AlexanderAgyarkwaA.jpg)
Liga Super: Selangor naik tangga kedua, Kijang Emas raih kemenangan sulung
Penyerang import Ronnie Fernandez muncul wira Gergasi Merah selepas mencetak dua gol pada separuh masa pertama.
![FAM bakal kembangkan Liga Bolasepak Puteri B-15 FAM bakal kembangkan Liga Bolasepak Puteri B-15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719051082_majlispenyampaianh.jpg)
FAM bakal kembangkan Liga Bolasepak Puteri B-15
Ia misi melahirkan lebih ramai bakat baharu bagi meningkatkan mutu bola sepak wanita di negara ini.