KUALA LUMPUR: Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.

Bagaimana pelanggan Astro boleh menikmati acara Sukan Olimpik? 

Peminat sukan dan pelanggan Astro boleh menikmati siaran terbaik Sukan Olimpik Paris di Astro, terutama di Astro ARENA (Saluran 801 dan 802 HD] bermula 24 Julai sehingga Ogos 11, 2024. 

* Sejumlah 18 saluran eksklusif disediakan dalam format HD. 

* Pelanggan Sooka juga dapat menikmati 18 saluran melalui pelan yang telah dilanggani. 

* Pelanggan NJOI boleh mengaktifkan Pek Pemula (Starter Packs) untuk menikmati acara Sukan Olimpik Paris 2024 ini menerusi 12 saluran. 

* Langgan New Astro dari harga RM41.99/sebulan dan nikmati diskaun 30 peratus (pemasangan adalah percuma) atau kunjungi astro.com.my untuk maklumat lanjut.

Menurut Ketua Saluran Sukan Astro, Nicholas Teh, menerusi tawaran yang tersedia melalui platform berbeza dan wartawan yang akan berkampung di Paris, Astro bersedia membawakan liputan komprehensif pelbagai acara sukan ini.

"Setiap kejayaan, setiap yang tercicir, kesemua cerita akan kami ranbgkumkan untuk membuat liputan Sukan Olimpik edisi ini menarik," menurut Teh.

"Selain dari itu, kami turut memahami setiap individu bakal menikmati acara Sukan Olimpik dengan cara berbeza. Oleh sebab itu, kami menawarkan pengalaman tontonan fleksibel untuk pelanggan Astro menikmati Sukan Olimpik menerusi alat peranti pilihan mereka," tambahnya.

Antara sukan yang akan menjadi tumpuan peminat sukan tempatan termasuk acara berbasikal, badminton dan renang. 

Pada Ahad, anggota kumpulan BTS iaitu Jin membawa obor Sukan Olimpik Paris 2024 pada Ahad di sini dengan disambut oleh ribuan peminat yang bersorak memberi sokongan kepada penyanyi berkenaan.

Penyanyi Korea Selatan itu mengetuai larian pembawa obor berganti-ganti di Muzium Louvre di Paris, bermula kira-kira 8 malam, Ahad. 

Obor Olimpik yang tiba di Paris pada Ahad akan melalui pelbagai bahagian ibu negara Perancis sehingga Isnin dan kemudian kembali ke wilayah sebelum kembali ke Paris untuk upacara pembukaan pada 26 Julai.

Ayuh Malaysia!

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, hulurkan sokongan anda kepada 25 atlet Malaysia termasuk Datuk Azizulhasni Awang, Lee Zia Jia, duo Aaron Chia - Soh Wooi Yik and Nurdhabitah Sabri yang akan mengibarkan bendera Malaysia ke arena Olimpik tidak lama lagi.