MELAKA: Ganjaran bagi atlet kebangsaan yang meraih pingat emas pada Sukan Olimpik Paris 2024 dijangka bertambah apabila semakin ramai pihak tampil memberi sumbangan, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Hannah berkata sumbangan tersebut adalah sebagai peluang kepada syarikat swasta memberi semangat dan sokongan kepada atlet negara yang berjaya menaiki podium di temasya empat tahun sekali itu.
"Untuk kerajaan, masih kekal RM1 juta, cuma sekarang ini pihak swasta ada menghubungi jawatankuasa Fast Track Road To Gold (RTG) untuk beri ganjaran kepada atlet yang membawa balik pingat emas.
Bagaimanapun, untuk ganjaran ini, ia akan diumumkan kemudian oleh jawatankuasa program itu nanti," katanya.
Beliau berkata kepada media selepas merasmikan Program Kemahiran Latihan Asas (KLAS): Renang Khas Parlimen Kota Melaka di sini hari ini yang turut dihadiri Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong dan Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri V.P Shanmugam.
Kerajaan sebelum ini menawarkan ganjaran RM1 juta buat atlet yang merangkul pingat emas di temasya yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).
Sebelum ini media turut dilaporkan atlet negara kebangsaan yang membawa pulang pingat pada Sukan Olimpik di Paris bakal menerima habuan sebuah kereta berjenama luar negara.
Mengulas mengenai KLAS: Renang Parlimen Kota Melaka, beliau mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM15,240 bagi pembangunan program yang meliputi tiga kategori iaitu kanak-kanak dari keluarga B50, Orang Kurang Upaya dan warga emas.
"Peruntukan ini akan disalurkan melalui Persatuan Perenang dan Jurulatih Renang Malaysia (MASWIM) dan diharap memberi faedah kepada 40 lagi peserta yang dipilih oleh Khoo, sama ada peserta kanak-kanak atau warga emas. Ini adalah untuk memberi peluang kepada golongan tidak berkemampuan atau akses ke kelas latihan atau kolam renang untuk anak-anak mereka," katanya.
Hannah mahu menjadikan renang sebagai bukan sahaja sukan, tetapi suatu kemahiran menyelamatkan nyawa memandangkan saban tahun terdapat kes lemas dilaporkan terutama ketika musim banjir.
Untuk itu katanya, kerajaan telah memperuntukkan RM3.6 juta dalam Belanjawan 2024 bagi memperluaskan pelaksanaan KLAS Renang bagi tahun 2024.
"Kita telah selesai bagi fasa 1 2024 (Jun) dengan 1,572 peserta, manakala fasa kedua yang bermula 27 Julai nanti akan diadakan di 39 lokasi di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 13 2024
Hannah berkata sumbangan tersebut adalah sebagai peluang kepada syarikat swasta memberi semangat dan sokongan kepada atlet negara. - Gambar fail/Bernama
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.
'Semua orang kenal kami selepas Sukan Olimpik'
PEARLY Tan dan M Thinaah dalam satu temu bual baru-baru ini mengakui bahawa mereka kini lebih dikenali selepas mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat dalam Sukan Olimpik Paris lalu.
Paris 2024: Bonnie penerima terbesar SHAKAM, bawa pulang RM1.02 juta
Atlet berusia 25 tahun itu menerima ganjaran lumayan berjumlah RM1 juta beserta insentif tambahan sebanyak RM20,000.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
Zii Jia tekad tampil aksi cemerlang di Eropah untuk slot Jelajah Dunia Akhir 2024
Zii Jia bertekad menampilkan aksi cemerlang dalam kejohanan di Eropah bagi memastikan kedudukannya kekal selamat untuk melayakkan diri ke Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2024 di Hangzhou.
Penganjur gembira capai jumlah jualan tiket yang besar untuk Sukan Olimpik Paris
Sukan Olimpik Paris menyaksikan satu rekod jualan sebanyak 9.56 juta tiket dan Sukan Paralimpik mencapai jualan tiket sebanyak 2.58 juta.
Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.
Jurulatih renang Australia dipecat kerana sokong atlet Korea Selatan
Kontroversi tercetus apabila Palfrey menyatakan sokongan dengan berharap Woo Min menang acara 400m gaya bebas lelaki.
'Penembak tular' Korea Selatan, Kim Ye-ji, dilamar peraga fesyen Louis Vuitton dalam Majalah W
Persis supermodel hebat. Itu gambaran penembak wanita Korea Selatan, Kim Ye Ji, yang memperagakan fesyen berprestij Louis Vuitton di Majalah W, baru-baru ini.