KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri dijangka menyalurkan peruntukan lebih besar kepada kelab bola sepak Terengganu bagi menghadapi Liga Malaysia dan saingan Piala Konfederasi Asia (AFC) musim 2023.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya telah memberi suntikan dana sebanyak RM20 juta pada tahun ini dan hasilnya, beberapa pencapaian dilakar termasuk kejayaan Terengganu FC beraksi di pentas akhir Piala FA serta mara ke Piala AFC.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) itu berkata berdasarkan perkembangan ekonomi semasa, kerajaan negeri yakin mampu memperoleh lebih banyak penajaan untuk disalur kepada kelab bola sepak supaya lebih berjaya dan digeruni.
"... lebih banyak tajaan swasta akan kurangkan kebergantungan kelab kepada kerajaan negeri. Kita akan gerakkan lagi usaha untuk dapatkan tajaan daripada pihak syarikat lebih besar.
"Dengan perkembangan ekonomi yang baik, kita percaya akan dapat dana yang lebih besar untuk kelab menghadapi cabaran Piala AFC pada September depan," katanya selepas Kongres Tahunan PBSNT pada Isnin.
Ahmad Samsuri juga berkata PBSNT akan memperkenal Liga Bolasepak Terengganu (TFL) di pelbagai peringkat bagi mencungkil lebih banyak bakat muda tahun depan.
Beliau berkata kerjasama ahli gabungan PBSNT di peringkat daerah amat diperlukan bagi merealisasi dan melancarkan penganjuran TFL demi kemajuan bola sepak negeri.
"Sebelum ini, TFL kita hanya ada Piala Menteri Besar tetapi untuk 2023, kita akan anjurkan Liga Super TFL, Liga Premier TFL, TFL Bawah 16 tahun dan Bawah 12 Tahun untuk cungkil bakat serta pelapis baharu dalam sukan bola sepak.
"Setiap daerah perlu menghantar pasukan untuk menyertai pertandingan yang diadakan di peringkat negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2022
Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (tengah) berucap pada Kongres Tahunan PBSNT 2022. - Foto BERNAMA
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
DUN Terengganu lulus Belanjawan 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentang Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
Terengganu salur RM4.2 juta baik pulih rumah rosak akibat ribut
Ahmad Samsuri Mokhtar berkata 75 peratus rumah yang kebanyakannya mengalami kerosakan pada bahagian bumbung dan atap, telah dibaiki.
Pembinaan ECRL Terengganu capai 86 peratus - Ahmad Samsuri
Tahap kemajuan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu mencapai 86 peratus setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
MB Terengganu kini bergelar jurutera profesional
Impian yang pernah disimpan Ir Ahmad Samsuri sejak darjah satu kini menjadi kenyataan.
Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu
Petronas hanya membuat pembayaran tunai lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu sekiranya petroleum didapati dan diperoleh di negeri itu.
Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
Menteri Besar dan Ketua Menteri mmenzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.
PM Anwar, MB Terengganu adakan perjumpaan tertutup
Perdana Menteri hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Kerajaan Terengganu sentiasa jalin hubungan baik dengan Persekutuan - MB
Kerajaan Terengganu sentiasa menjalin hubungan dan kerjasama baik dengan Kerajaan Persekutuan serta menerima reaksi positif daripada kementerian termasuk pelbagai dana menerusi program berkaitan.