KUALA TERENGGANU: Terengganu akan terus mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (Sukma) bagi membolehkan pelari pecut, Azreen Nabila Alias beraksi pada temasya sukan itu nanti.
Ia susulan pembatalan kelayakan atlet itu pada kejohanan Sukma 2022 di Kuala Lumpur atas alasan beliau telah menyertai sukan Olimpik di Tokyo, tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Wan Sukairi Wan Abdullah berkata pihaknya telah mengemukakan rayuan dan justifikasi tentang perkara tersebut dalam beberapa siri mesyuarat jawatankuasa tertinggi Sukma yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, tetapi ditolak.
"Pada peringkat awal, beberapa negeri menyokong (penyertaan Azreen Nabila ke Sukma 2022). Tetapi apabila dibawa ke mesyuarat pengarah-pengarah majlis sukan negeri, ia dibincangkan kembali di peringkat jawatankuasa tertinggi Sukma.
"Kami berpandangan pengguguran Azreen Nabila sebagai atlet Sukma adalah satu penafian terhadap haknya dan kita tidak akan henti berusaha untuk itu," katanya di sini, hari ini.
Menurut Wan Sukairi lagi, penyertaan atlet berusia 22 tahun pada temasya sukan terbesar dunia itu tidak sepatutnya menjadi halangan untuk beliau beraksi di Sukma kerana pemilihan mewakili negara adalah berdasarkan tiket 'wild card', bukannya secara merit.
Katanya, penyertaan Azreen Nabila ke sukan Olimpik itu juga dalam jangka masa yang pendek kerana hanya diketahui dalam tempoh sebulan dari tarikh pertandingan.
"Menjadi impian semua atlet untuk ke Olimpik, kalau kita halang dia (Azreen Nabila) ke sana dulu, ia adalah satu tindakan kejam kepada beliau.
"Setakat ini, keputusan jawatankuasa tertinggi masih tidak membenarkan, tetapi kita lihat apa lagi yang boleh dibuat dan ruang yang ada untuk memastikan pelumba pecut kita dapat beraksi," katanya.
Dalam pada itu, Wan Sukairi berkata beliau berharap 46 atlet Terengganu yang terpilih mewakili negara dalam Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam pada 12 hingga 23 Mei ini akan berjaya membawa pulang sekurang-kurangnya pingat gangsa dan menjanjikan insentif kemenangan untuk yang berjaya.
"Bagi acara individu, mereka yang membawa pulang pingat emas bakal mendapat insentif sebanyak RM4,000 dan RM2,500 acara berpasukan, perak RM3,000 acara individu dan RM2,000 berpasukan manakala pingat gangsa RM2,000 bagi individu dan RM1,500 berpasukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 13 2022

Penyertaan atlet berusia 22 tahun pada temasya Olimpik Tokyo tidak sepatutnya menjadi halangan untuk beliau beraksi di Sukma.- Gambar fail/BERNAMA
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Selangor jamin tiada unsur budaya songsang dalam penganjuran SUKMA 2026
Selangor memberi jaminan tiada sebarang unsur promosi atau normalisasi budaya songsang seperti LGBT sepanjang penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.

Melaka salur insentif RM99,775 kepada atlet Para SUKMA Sarawak 2024
Kerajaan negeri hari ini menyalurkan insentif RM99,775 kepada atlet, pengurus pasukan dan jurulatih yang berjaya membawa pulang pingat pada temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024.

SUKMA 2026 di Selangor dijangka berlangsung Ogos - Exco
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor dijangka berlangsung pada bulan Ogos, kata Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi.

Cadangan PAFA ambil alih skuad SUKMA akan dibincangkan - Exco
Khairudin berkata sebarang keputusan berkaitan cadangan itu akan dimuktamadkan dalam mesyuarat tersebut.

SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.

SUKMA 2024: 'Selamat Jalai' Sarawak, jumpa di Selangor 2026
Sarawak mengucapkan 'Selamat Jalai' atau 'Selamat Tinggal' dalam bahasa Iban kepada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang menutup tirai hari ini.

SUKMA platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah
Katanya, seorang atlet Olimpik tidak muncul begitu sahaja dan prestasi mereka adalah hasil usaha selama bertahun lamanya.

SUKMA 2024: Sarawak terus cemerlang, dahului carta kutipan pingat
Sarawak dengan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' mengumpul keseluruhan lima emas pada Jumaat dengan tiga daripadanya menerusi taekwondo.

Atlet Sarawak raih emas SUKMA, Para SUKMA terima insentif RM15,000
Sarawak menyediakan insentif RM15,000 kepada atlet negeri itu yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA kali ini.