KUALA LUMPUR: Pemain badminton perseorangan lelaki utama negara dan harapan pingat Olimpik, Lee Zii Jia terus dikecewakan apabila tersingkir awal pada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023.
Pemain ranking 10 dunia itu, gagal melepasi cabaran pusingan pertama dalam kejohanan Super 750 di Stadium Tertutup Singapura apabila tumpas 20-22, 21-16, 19-21 selepas beraksi selama 74 minit menentang pemain nombor 27 dunia, Weng Hong Yang dari China, malam tadi.
Dua minggu lepas, pemain berusia 25 tahun itu tersingkir pada pusingan kedua Masters Malaysia, tumbang di tangan pemain Taiwan, Lin Chun Yi 19-21, 21-16, 15-21.
Kekalahan itu ditambah dengan beberapa prestasi buruk sejak awal tahun ini, menyaksikan dia jatuh dua anak tangga ke tempat ke-10 dalam ranking dunia, selepas menduduki ranking nombor dua dunia Oktober tahun lepas.
Hong Yang, naib juara Masters Malaysia 2023, seterusnya akan menentang rakan senegara dan penyandang juara All England, Li Shi Feng, yang terdahulu menundukkan pemain Malaysia Cheam June Wei 16-21, 21-19, 14-21.
Bekas juara dunia remaja, Goh Jin Wei juga mengalami nasib sama tersingkir awal dalam perseorangan wanita, tewas 11-21, 11-21, di tangan pemain nombor tujuh dunia, Wang Zhi Yi dari China.
Dalam beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengejutkan pemain nombor 15 dunia, Kyohei Yamashita-Naru Shinoya dari Jepun 21-19, 21-11 untuk mara ke pusingan kedua.
Beregu nombor 21 dunia itu, akan bertemu Robin Tabeling-Selena Piek dari Belanda pada pusingan 16 terakhir, hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023
![Terbuka Singapura: Zii Jia terus dikecewakan tersingkir awal Terbuka Singapura: Zii Jia terus dikecewakan tersingkir awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682755867_LeeZiiJia.jpg)
Pemain ranking 10 dunia itu tumpas 20-22, 21-16, 19-21 selepas beraksi selama 74 minit menentang pemain nombor 27 dunia, Weng Hong Yang dari China. - Foto fail/BERNAMA
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Terbuka Singapura BWF: Lee Zii Jia tarik diri sebelum perlawanan pertama bermula Terbuka Singapura BWF: Lee Zii Jia tarik diri sebelum perlawanan pertama bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710312222_TBLeeZiiJiajpg.jpg)
Terbuka Singapura BWF: Lee Zii Jia tarik diri sebelum perlawanan pertama bermula
Naib juara Masters Malaysia, Lee Zii Jia, menarik diri saat terakhir sebelum perlawanan pertamanya di Terbuka Singapura, hari ini.
![Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686442650_SingaporeOpen.jpg)
Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir
Aaron-Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod mereka.
![Terbuka Singapura: Tang Jie-Ee Wei terkandas di separuh akhir Terbuka Singapura: Tang Jie-Ee Wei terkandas di separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686397727_TangJieEeWei.jpg)
Terbuka Singapura: Tang Jie-Ee Wei terkandas di separuh akhir
HASRAT pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk mara lebih jauh dalam Terbuka Singapura 2023 tidak kesampaian pada Sabtu.
![Aaron-Wooi Yik sahkan slot suku akhir Terbuka Singapura 2023 Aaron-Wooi Yik sahkan slot suku akhir Terbuka Singapura 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686215586_TBaaronwooiyik.jpg)
Aaron-Wooi Yik sahkan slot suku akhir Terbuka Singapura 2023
Aaron-Wooi Yik mengambil masa 38 minit untuk mencatat kemenangan straight set 21-18, 21-17 ke atas Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana.
![Terbuka Singapura: Zii Jia terus dikecewakan tersingkir awal Terbuka Singapura: Zii Jia terus dikecewakan tersingkir awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682755867_LeeZiiJia.jpg)
Terbuka Singapura: Zii Jia terus dikecewakan tersingkir awal
Lee Zii Jia terus dikecewakan apabila tersingkir awal pada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023.
![Terbuka Singapura: Tze Yong, Soon Huat-Shevon mara ke pusingan kedua Terbuka Singapura: Tze Yong, Soon Huat-Shevon mara ke pusingan kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686138928_TBNgTzeYong.jpg)
Terbuka Singapura: Tze Yong, Soon Huat-Shevon mara ke pusingan kedua
Perseorangan badminton lelaki negara Ng Tze Yong melepasi pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023 hari ini, selepas mengetepikan cabaran pemain Ireland.
![Terbuka Singapura 2023: Aaron-Wooi Yik bermula langkah kanan Terbuka Singapura 2023: Aaron-Wooi Yik bermula langkah kanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686087817_AaronChiaSohWooi.jpg)
Terbuka Singapura 2023: Aaron-Wooi Yik bermula langkah kanan
Gandingan nombor satu negara itu menumbangkan He Ji Ting-Zhou Hao Dong 21-16, 21-17 dalam pertarungan selama 37 minit.
![Pearly-Thinaah yakin prestasi baik di Terbuka Singapura Pearly-Thinaah yakin prestasi baik di Terbuka Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61685270338_TBastro.jpg)
Pearly-Thinaah yakin prestasi baik di Terbuka Singapura
Thinaah berkata, mereka tidak lagi memikirkan tentang apa yang berlaku di Kejohanan Masters Malaysia minggu lepas.
![Badminton: Soon Huat-Shevon Lai ke separuh akhir Terbuka Singapura Badminton: Soon Huat-Shevon Lai ke separuh akhir Terbuka Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648331046_GohShevon.jpg)
Badminton: Soon Huat-Shevon Lai ke separuh akhir Terbuka Singapura
Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie mara ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Singapura 2022 hari ini.
![Terbuka Singapura: Ng Tze Yong ketuai kemaraan negara, perjuangan beregu lelaki berakhir awal Terbuka Singapura: Ng Tze Yong ketuai kemaraan negara, perjuangan beregu lelaki berakhir awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657791202_TBNGTZEYONGBADMINTON.jpg)
Terbuka Singapura: Ng Tze Yong ketuai kemaraan negara, perjuangan beregu lelaki berakhir awal
Ng Tze Yong mengambil masa 33 minit untuk meneruskan cabaran dalam Kejohanan Badminton Terbuka Singapura.