MALAYSIA bakal mempunyai wakil dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Poland 2021 apabila tiga perseorangan lelaki mara menguasai peringkat suku akhir, semalam.

Leong Jun Hao akan berentap dengan rakan senegara, Ng Tze Yong, sementara Aidil Sholeh Ali Sadikin membuat perhitungan dengan pilihan kedua dari Sepanyol, Pablo Abian dalam kejohanan bertaraf Cabaran Antarabangsa itu, awal pagi hari ini.

Walaupun melalui dua pusingan pada Jumaat, Jun Hao mencalarkan ego pilihan kelima dari Sepanyol, Luis Enrique, 21-16 21-12 dalam tempoh 35 minit dan Tze Yong pula memadam kepincangan set pertama sebelum mara selesa 23-25, 21-13, 21-8.


 
Sumber Facebook BAMalaysia
 
Aidil Sholeh turut meraih kemenangan straight set ketika menewaskan Michal Rolgaski 24-22, 21-18 untuk membalas penyingkiran pemain profesional Malaysia, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, yang dikekang Abian 19-21, 21-14, 23-21.

KEPUTUSAN LAIN:

Beregu lelaki

Man Wei Chong-Tee Kai Wun mng Gijs Duijs-Wessel Van De Aar 21-8, 21-18

Beregu campuran

Choong Hon Jian-Toh Ee Wei mng Maciej Matusz- Karolina Szubert (tarik diri)

Perseorangan wanita

Eoon Qi Xuan kk Kristin Kuuba 18-21, 21-19, 21-17