KUALA LUMPUR: Pemain nombor tujuh dunia Kodai Naraoka tinggal selangkah lagi untuk menjadi wakil pertama Jepun berpeluang merangkul gelaran juara perseorangan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di sini.
Bagaimanapun, untuk memperolehnya pemain berusia 21 tahun itu perlu menewaskan pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen dalam final kejohanan Super 1000 di Arena Axiata hari ini.
Naraoka, pemenang pingat gangsa Olimpik Remaja 2018 beraksi dalam satu daripada perlawanan badminton paling lama dalam sejarah selepas mengambil masa 113 minit (satu jam 35 minit) untuk menewaskan wakil Thailand Kunlavut Vitidsarn 21-17, 19-21, 21-17 dalam perlawanan separuh akhir yang dikenali sebagai "Pertarungan Bintang Meningkat Naik", semalam.
Untuk rekod, perlawanan badminton paling lama pernah direkodkan ialah semasa separuh akhir beregu wanita Kejohanan Badminton Asia 2016 antara wakil Jepun Kurumi Yonao-Naoko Fukuman dengan beregu Indonesia Greysia Polii-Nitya Krishinda Maheswari yang mengambil masa selama 161 minit.
Sementara itu, perlawanan perseorangan lelaki paling lama ialah antara pemain Denmark, Peter Rasmussen yang menewaskan wakil China Sun Jun dalam final Kejohanan Dunia 1997 di Glasgow yang berakhir selepas 124 minit.
Perlawanan separuh akhir antara Naraoka dan Kunlavut semalam amat sengit tetapi wakil Jepun itu muncul sebagai pemenang biarpun ini merupakan kali keempat beliau terpaksa bermain dalam set penentuan berturut-turut.
Beliau sebelum ini menyingkirkan pemain negara Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong masing-masing dalam pusingan pertama dan kedua sebelum menewaskan HS Prannoy dari India dalam aksi suku akhir Jumaat dengan kesemua perlawanan ditentukan menerusi set penentuan yang memakan masa keseluruhan 362 minit di gelanggang.
"Bukan strategi saya untuk bermain dalam perlawanan yang lama tetapi saya terus beraksi (berjuang sehingga tamat permainan) kerana saya sememangnya mahukan kemenangan. Memakan banyak nasi dan daging serta mendapatkan rehat secukupnya membantu saya untuk kekal cergas dalam pertarungan yang lama ini.
Baru-baru ini (sepanjang 2022), tiada pemain Jepun yang berjaya menewaskan Axelsen. Sejujurnya saya mahu menang tetapi saya pasti ia merupakan pertarungan yang sukar," kata Naraoka.
Axelsen memenangi kesemua tiga perlawanan berhadapan Naraoka tetapi pemain Jepun itu hampir mengejutkan jaguh Denmark itu dalam pertemuan akhir mereka sebelum tewas 23-21, 19-21, 18-21 dalam pertarungan epik selama 83 minit semasa aksi separuh akhir Final Jelajah Dunia bulan lepas.
Sementara itu, Axelsen mempamerkan kehebatannya dengan menundukkan seorang lagi pemain Jepun, Kanta Tsuneyama - 21-7, 21-15 dalam masa 46 minit dalam satu lagi aksi separuh akhir.
"Saya rasa selesa dan bagus. Beliau menunjukkan peningkatan dalam set kedua tetapi saya mendapat kembali rentak dan saya berpuas hati dengan kemenangan saya.
"Saya menjangkakan satu perlawanan yang sengit (dengan Naraoka). Kali terakhir kami bertemu ia sangat mencabar dan saya sedang melakukan persiapan untuk satu lagi perlawanan yang hebat esok (Ahad)," kata Axelsen.
Bekas pemain nombor satu dunia dari Jepun Kento Momota hampir memenangi gelaran juara Terbuka Malaysia dua kali sebelum ditewaskan oleh jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei pada 2018 dan Axelsen pada 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2023
Kodai Naraoka ketika beraksi menentang Kunlavut Vitidsarn pada separuh akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena Bukit Jalil semalam. -- fotoBERNAMA
85 peratus penjawat awam telah tandatangan opsyen SSPA - KSN
Sebanyak 85 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam telah menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat ini.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah tunggakan bil elektrik di seluruh negara melonjak kepada RM 1.08 billion setakat September 2024, melibatkan 627,491 akaun yang bekalannya telah dipotong, menurut statistik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peguam Khas AS gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump
Kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida dengan Smith pada ketika itu merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Axelsen berazam kembali 'gerunkan' lawan pada Paris 2024
Beliau yakin beliau akan kembali pada tahap terbaiknya untuk temasya sukan terbesar dunia itu dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Se Young lakar sejarah buat Korea dengan gelaran Terbuka Malaysia
Pemain wanita nombor satu dunia, An Se Young mencatatkan sejarah sebagai pemain Korea Selatan pertama memenangi gelaran Terbuka Malaysia.
Terbuka Malaysia: Harapan Aaron-Wooi Yik teruskan cabaran negara punah
Kemarau kejuaraan dalam kejohanan terbuka di laman sendiri masih lagi tiada noktahnya.
Tujuh wakil negara mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia
Chan Peng Soon-Cheah Yee See jadi wakil terakhir negara mara ke pusingan 16 selepas menewaskan wakil Taiwan, Chang Ko-Chi-Lee Chih Chen.
Cabaran negara dalam perseorangan lelaki berakhir di Terbuka Malaysia
Cabaran negara pada acara perseorangan lelaki terpaksa berakhir lebih awal apabila Ng Tze Yong menarik diri ketika menentang pemain Jepun, Koki Watanabe pada pusingan pertama Terbuka Malaysia.
Paris 2024: Zii Jia terap elemen Perancis dalam latihan
Zii Jia berlatih bersama Toma Junior Popov dan Christo Popov bagi mendapatkan pengalaman berdepan pemain dengan corak permainan berbeza.
Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mampu rangkul gelaran terbuka Malaysia 2024 - Chong Wei
Chong Wei optimis Zii Jia dan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, masing-masing mampu mencipta magis merangkul gelaran juara pada Terbuka Malaysia 2024, di Axiata Arena esok.
Rexy harap pemain negara tamatkan kemarau enam tahun kejuaraan Terbuka Malaysia
Pemain negara seharusnya tidak melepaskan peluang untuk memburu gelaran Jelajah Dunia Super 1000 itu sekali gus kembali menjejak podium tertinggi di laman sendiri sejak 2018.
Aaron sasar permulaan positif di Terbuka Malaysia 2024
Aaron Chia berharap dapat mengharungi kempen musim ini dengan sempurna, bermula dengan prestasi positif di kejohanan Terbuka Malaysia 2024 pada 9 hingga 14 Jan ini.
'Sepatutnya sudah ada satu kejuaraan'
Katanya, BAM perlu lakukan sesuatu untuk pemain negara bangkit, sekali gus mencipta kejuaraan dalam kejohanan akan datang.