KUALA LUMPUR: Cabaran negara pada acara perseorangan lelaki terpaksa berakhir lebih awal apabila Ng Tze Yong menarik diri ketika ketinggalan 8-12 pada set pertama menentang pemain Jepun, Koki Watanabe pada pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena di sini hari ini.
Pemain ranking ke-15 dunia itu disyaki mengalami kecederaan belakang apabila melompat untuk melakukan smash ketika kedudukan terikat 7-7.
Sejurus selepas itu, Tze Yong hampir tidak dapat bergerak dan tidak dapat membalas pukulan daripada Watanabe, memaksanya untuk akhirnya berundur apabila ketinggalan 8-12.
Tze Yong mengakui bahawa beliau mengalami kesakitan yang amat sangat sebelum menarik diri dan mengesyaki bahawa mungkin mengalami kecederaan belakang.
"Ya, (mengalami) kecederaan belakang ketika melakukan smash. Saya berasa kaku dan tidak boleh bergerak. Tidak berasa apa-apa sebelum perlawanan, tetapi ia sangat menyakitkan sehingga kini," katanya sambil menambah beliau kecewa untuk memulakan perlawanan pembukaan musimnya dengan cara yang mengecewakan dan di hadapan penyokong tuan rumah.
Ini adalah penyingkiran awal ketiga berturut-turut Tze Yong di Terbuka Malaysia, setelah tewas 21-19, 19-21, 15-21 kepada Kodai Naraoka dari Jepun pada pusingan kedua tahun lalu dan 16-21, 23-21, 18-21 kepada pemain China, Lu Guang Zu dalam pusingan pembukaan pada 2022.
Watanabe akan bertemu Anders Antonsen pada pusingan kedua selepas pemain Denmark itu menewaskan wakil India, H.S. Prannoy 21-14, 21-11 pada pusingan pembukaan.
Semalam, seorang lagi pemain perseorangan Malaysia, Lee Zii Jia tersingkir pada pusingan pertama selepas tewas 21-16, 19-21, 15-21 kepada Guang Zu.
Sementara itu, pilihan kedua Baek Ha Na-Lee So Hee dari Korea Selatan terbukti terlalu hebat dan sukar ditandingi beregu wanita negara Anna Ching Yik Cheong-Teoh Mei Xing apabila tumpas 14-21, 13-21.
Dalam pada itu, beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mara ke pusingan kedua dengan kemenangan 21-17, 22-20 ke atas Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren dari Thailand.
Sze Fei mengakui bahawa keputusan mereka untuk memperlahankan rentak pada pertengahan permainan set kedua membolehkan lawan mereka mengutip mata.
Beliau berkata mereka bagaimanapun berjaya mendapatkan semula ketenangan untuk melakar kemenangan dan menetapkan kemungkinan perlawanan pusingan kedua menentang rakan senegara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dengan syarat juara dunia 2022 itu boleh mengatasi beregu Denmark, Rasmus Kjaer -Frederik Sogaard lewat hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2024
Pemain ranking ke-15 dunia itu disyaki mengalami kecederaan belakang apabila melompat untuk melakukan smash ketika kedudukan terikat 7-7. - Gambar fail/FB BAM
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Axelsen berazam kembali 'gerunkan' lawan pada Paris 2024
Beliau yakin beliau akan kembali pada tahap terbaiknya untuk temasya sukan terbesar dunia itu dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Se Young lakar sejarah buat Korea dengan gelaran Terbuka Malaysia
Pemain wanita nombor satu dunia, An Se Young mencatatkan sejarah sebagai pemain Korea Selatan pertama memenangi gelaran Terbuka Malaysia.
Terbuka Malaysia: Harapan Aaron-Wooi Yik teruskan cabaran negara punah
Kemarau kejuaraan dalam kejohanan terbuka di laman sendiri masih lagi tiada noktahnya.
Tujuh wakil negara mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia
Chan Peng Soon-Cheah Yee See jadi wakil terakhir negara mara ke pusingan 16 selepas menewaskan wakil Taiwan, Chang Ko-Chi-Lee Chih Chen.
Cabaran negara dalam perseorangan lelaki berakhir di Terbuka Malaysia
Cabaran negara pada acara perseorangan lelaki terpaksa berakhir lebih awal apabila Ng Tze Yong menarik diri ketika menentang pemain Jepun, Koki Watanabe pada pusingan pertama Terbuka Malaysia.
Paris 2024: Zii Jia terap elemen Perancis dalam latihan
Zii Jia berlatih bersama Toma Junior Popov dan Christo Popov bagi mendapatkan pengalaman berdepan pemain dengan corak permainan berbeza.
Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mampu rangkul gelaran terbuka Malaysia 2024 - Chong Wei
Chong Wei optimis Zii Jia dan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, masing-masing mampu mencipta magis merangkul gelaran juara pada Terbuka Malaysia 2024, di Axiata Arena esok.
Rexy harap pemain negara tamatkan kemarau enam tahun kejuaraan Terbuka Malaysia
Pemain negara seharusnya tidak melepaskan peluang untuk memburu gelaran Jelajah Dunia Super 1000 itu sekali gus kembali menjejak podium tertinggi di laman sendiri sejak 2018.
Aaron sasar permulaan positif di Terbuka Malaysia 2024
Aaron Chia berharap dapat mengharungi kempen musim ini dengan sempurna, bermula dengan prestasi positif di kejohanan Terbuka Malaysia 2024 pada 9 hingga 14 Jan ini.
'Sepatutnya sudah ada satu kejuaraan'
Katanya, BAM perlu lakukan sesuatu untuk pemain negara bangkit, sekali gus mencipta kejuaraan dalam kejohanan akan datang.