KUALA LUMPUR: Perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia mencuba elemen Perancis untuk diterapkan dalam sesi latihannya, kira-kira enam bulan menjelang temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Pemain berusia 25 tahun itu kini berlatih bersama pemain adik-beradik dari Perancis - Toma Junior Popov dan Christo Popov - bagi mendapatkan pengalaman berdepan berlainan pemain dengan corak permainan yang berbeza-beza menjelang kejohanan Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena bermula hari ini.
Menetapkan Olimpik Paris sebagai sasaran utama, pemain di ranking ke-11 dunia itu berkata sesi latihan berkenaan membantu beliau mendapatkan pengalaman dan keupayaan untuk menghadapi lawan dengan gaya permainan dan kemahiran berbeza untuk menguasai perlawanan.
"Amat baik untuk bermain dengan pemain dari negara lain kerana kita boleh membantu satu sama lain (meningkatkan prestasi). Mereka adalah antara barisan pemain perseorangan terbaik di Eropah. Adalah bagus untuk mempunyai rakan seperlatihan yang berbeza-beza," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan rasmi di sini semalam.
Menduduki tempat ke-11 ranking Race to Paris, juara All England 2021 itu berharap dapat mengesahkan slot ke Sukan Olimpik lebih awal supaya dapat mengurangkan jumlah kejohanan yang akan disertainya tahun ini.
"Buat masa ini, saya akan beraksi dalam kejohanan peringkat Asia, Masters Thailand (30 Jan hingga 4 Feb), dan kemudian di Eropah. Kita tengok macam mana, bergantung juga kepada prestasi saya, kalau layak awal, saya akan kurangkan kejohanan disertai.
"Bertanding dalam banyak kejohanan pun, kalau keputusan tak baik tak guna juga, tak ada kesan. Ranking ke Paris pun ambil 10 kejohanan terbaik sahaja, kalau bertanding 30 kejohanan pun, semua setakat pusingan pertama tidak guna juga," katanya.
Zii Jia dan seorang lagi pemain negara Ng Tze Yong yang menduduki tempat ke-13 dalam kelayakan ke Paris, mempunyai peluang cerah untuk layak kerana setiap negara mempunyai kuota dua wakil dalam acara perseorangan jika kedua-duanya berada di tempat ke-16 dan ke atas pada tempoh berakhir kelayakan 28 April depan.
Pemain kelahiran Kedah yang akan memulakan kempen Terbuka Malaysia berdepan lawan dari China, Lu Guang Zu hari ini berharap dapat mempamerkan aksi lebih baik kali ini selepas gagal melepasi pusingan kedua sejak penampilannya pada 2019, manakala pada edisi lepas, dikejutkan dengan kekalahan kepada Kodai Naraoka dari Jepun pada pusingan pertama.
Sementara itu, pemain di ranking ke-25 dunia Toma Junior memberikan komen positif berhubung sesi sparring bersama pemain profesional Malaysia itu selepas pernah berlatih bersama untuk kejohanan lain.
"Ia bagus dapat meluangkan masa berlatih bersama kerana saya perlu meningkatkan permainan untuk menjadi dalam kalangan terbaik dunia. Biasanya saya berlatih bersama adik saya, dan kami hampir sama dalam gaya permainan tetapi bagus untuk ada beberapa perubahan. Ini lebih memberikan motivasi.
"Tahun lepas adalah baik bagi saya, berjaya mengejutkan beberapa pemain di ranking lima teratas, dan mara ke separuh akhir beberapa perlawanan. Ini penting untuk beraksi Olimpik di tanah air sendiri. Persediaan ke Olimpik agak panjang dan buat masa ini, kami berdua cuba untuk layak dalam acara perseorangan dan beregu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 08 2024

Lee Zii Jia menjalani sesi latihan bagi menghadapi Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Kuala Lumpur, 8 Jan 2024. --fotoBERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Bin Shen tetap bangga walaupun tiada 'hadiah perpisahan'
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Tan Bin Shen tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya di Terbuka Malaysia 2025.

Mental belum cukup kuat punca Tang Jie-Ee Wei tersingkir - Nova
Katanya, jika mahu pergi lebih jauh, mereka perlu segera atasi masalah berkenaan terutama ketika berdepan beregu campuran handalan dunia.

Terbuka Malaysia: Impian wakil tunggal negara di final tidak kesampaian
Pemain Malaysia terakhir yang berjaya melangkah ke final dan memenangi Terbuka Malaysia adalah Datuk Lee Chong Wei pada 2018.

Terbuka Malaysia: Aksi ulangan final Antonsen-Yu Qi
Tahun lepas, Antonsen menumpaskan jaguh China itu dalam straight set 21-14, 21-13 di pentas final.

Aaron-Wooi Yik cemas sebelum ke pusingan kedua
Pasangan pilihan kelima itu memulakan kempen di Axiata Arena Bukit Jalil dengan permulaan cerah, meraih kemenangan set pertama 21-15.

Terbuka Malaysia: Kebangkitan menakjubkan bawa Ee Yi-Yew Sin ke pusingan kedua
Teo Ee Yi-Ong Yew Sin bangkit selepas permulaan yang sukar untuk mengejutkan pasangan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.

Terbuka Malaysia: Hanya tiga pasangan negara lepasi pusingan pertama
Walaupun sebahagian besar wakil negara terpaksa berputih mata pada hari pembukaan Terbuka Malaysia 2025, tiga pasangan termasuk beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta beregu lela

Nova harap beregu campuran negara manfaatkan peluang pada Terbuka Malaysia 2025
Nova berharap anak buahnya dapat membuktikan kelebihan mereka dan memberikan persembahan terbaik.

Zii Jia terpaksa tarik diri dari Terbuka Malaysia minggu depan
Lee Zii Jia menarik diri daripada pembukaan musim Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Selasa ini.

Skuad kebangsaan mampu raih kejayaan di Terbuka Malaysia - Rexy
Skuad kebangsaan mampu membuka lembaran 2025 dengan kejayaan meraih gelaran Terbuka Malaysia berdasarkan komitmen positif yang dipamerkan setiap pemain.