KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan meneruskan penganjuran kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2021 selagi kuota pemain mencukupi.
Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh berkata kejohanan berstatus Super 750 yang juga platform kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu masih diteruskan walaupun ada negara yang menarik diri daripada kejohanan yang dijadual berlangsung pada 25 hingga 30 Mei ini.
"Selagi ada 32 pemain dan pasangan, kita akan teruskan," katanya kepada Bernama pada Ahad.
Berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 dalam negara ketika ini, Kenny berkata BAM akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi meneruskan kejohanan di samping membantu mengekang penularan wabak itu.
Kejohanan Terbuka Jerman pada Mac lepas menjadi kejohanan kelayakan Olimpik pertama dibatalkan manakala kejohanan Terbuka India yang dijadualkan pada 11 hingga 16 Mei di New Delhi ditangguhkan susulan peningkatan kes COVID-19 di negara berkenaan.
Sebagai rekod, pemain nombor dua dunia Viktor Axelsen dari Denmark hari ini dilaporkan diuji positif COVID-19 dan terpaksa menarik diri daripada aksi final Kejohanan Badminton Eropah berlangsung di Kyiv, Ukraine.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 02 2021

Berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 dalam negara ketika ini, BAM akan mematuhi SOP ditetapkan kerajaan bagi meneruskan kejohanan. - Gambar hiasan

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.

BAM akui gagal capai sasaran di Olimpik Paris 2024
BAM akui pemain-pemain di bawah naungannya yang beraksi di Olimpik Paris 2024 tidak mencapai sasaran ditetapkan selepas gagal membawa pulang pingat emas.

BAM sasar skuad negara ke separuh akhir BATC 2024
BAM meletakkan sasaran sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir untuk skuad negara di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.

BWF perlu kaji semula model penganjuran Piala Thomas dan Uber - Kenny
Kenny berkata perbincangan dalaman perlu mengenai hak penganjuran untuk kejohanan berpasukan dunia lelaki dan wanita.

Saman Kenny terhadap Roslin Hashim selesai
Muhammad Roslin mengaku kesal atas kenyataan yang ditimbulkan selain menyebabkan kesulitan kepada Kenny.

BAM yakin Misbun mampu perbaiki prestasi skuad remaja
Misbun perlu bentang rancangan terperinci secepat mungkin bagi mengukuhkan bahagian kejurulatihan dan program latihan pemain remaja.

Final Jelajah Dunia BWF: Malaysia tidak tolak batal penyertaan
Ia bergantung kepada mesyuarat badan induk negara itu dengan pihak berwajib, bagi mengumpul semua maklumat diperlukan.

Badminton Terbuka Malaysia terima sambutan, tiket hampir habis dijual
Tiket kejohanan badminton Terbuka Malaysia yang bakal berlangsung dari 28 Jun hingga 3 Julai ini hampir habis dijual.

Kenny dipilih ahli majlis BWF, cadangan tukar sistem pemarkahan gagal
Kenny mendapat 218 undi dan antara 20 yang dipilih sebagai ahli majlis.

Terbuka Malaysia 2021 diteruskan selagi ada penyertaan
Kejohanan berstatus Super 750 yang juga platform kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu masih diteruskan walaupun ada negara yang menarik diri.