KUALA LUMPUR: Perseorangan nombor satu badminton negara Lee Zii Jia sekali lagi digasak hari ini dalam perlawanan menentang Christo Popov dari Perancis, sebelum berjaya menempah tempat pada suku akhir Terbuka Jerman.
Pemain berusia 23 tahun di ranking ketujuh dunia itu terpaksa berkerja keras selama 61 minit untuk menyingkirkan pemain ke-62 dunia Popov 21-13, 18-21, 21-12, dalam pusingan kedua kejohanan itu di Westenergie Sporthalle, Muelheim.
Pada aksi suku akhir esok, Zii Jia akan berdepan cabaran dari pemenang perlawanan antara Zhao Junpeng dari China dan pemain Korea Selatan Heo Kwanghee.
Semalam, juara bertahan All England itu terpaksa bermain perlawanan rubber set sebelum menewaskan Mark Caljouw dari Belanda 19-21, 21-13, 21-8 selepas 52 minit.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 10 2022
Perseorangan nombor satu badminton negara Lee Zii Jia berjaya menempah tempat pada suku akhir Terbuka Jerman. - Gambar fail
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Jun Hao akui terkejut galas tanggungjawab besar di pentas final BATC 2024
Jun Hao mengakui terkejut apabila terpaksa memikul tanggungjawab besar sebagai pemain pertama pada aksi final menentang China pada BATC di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.
Lee Zii Jia kembali hampiri kelompok 10 terbaik dunia, Tze Yong naik dua anak tangga
Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, kini kembali menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila menduduki tangga ke-11 dalam kemas kini terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Pasangan Aaron-Wooi Yik tewas di final Terbuka China
Aaron Chia-Soh Wooi Yik terlepas peluang untuk merebut gelaran juara BMW apabila tewas kepada pasangan dari China dalam aksi final Terbuka China di Changzhou Olympic Sports Centre hari ini.
Badminton Terbuka Jepun: Ng Tze Yong lunas dendam ke atas Loh Kean Yew
Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, melunaskan misi balas dendam apabila menewaskan bekas juara dunia 2021 dari Singapura, Loh Kean Yew.
Zii Jia bergelut cari momentum, tersingkir awal saingan Badminton Terbuka Jepun
Hasrat jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengubati kekecewaannya pada Kejohanan Badminton Dunia minggu lepas tidak kesampaian selepas tewas seawal pusingan pertama Terbuka Jepun, hari ini.
BAM terus kerja keras lahirkan jaguh perseorangan lelaki
Barisan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sentiasa bekerja keras untuk melahirkan jaguh perseorangan lelaki negara seterusnya, yang mampu memberi cabaran di peringkat antarabangsa.
Lee Zii Jia sahkan penyertaan dalam Terbuka Singapura 2022 - SBA
Jaguh badminton perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia akan beraksi dalam kejohanan Terbuka Singapura 2022 yang dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 17 Julai ini di negara seberang tambak itu.
Terbuka Jerman: Zii Jia melangkah ke suku akhir
Perseorangan nombor satu badminton negara Lee Zii Jia berjaya menempah tempat pada suku akhir Terbuka Jerman.
Zii Jia akan beraksi dalam Terbuka Indonesia - Wong Choong Hann
Pemain badminton perseorangan lelaki terbaik negara Lee Zii Jia sudah bersedia untuk beraksi dalam Terbuka Indonesia 2021 yang dijadualkan berlangsung dari 23 hingga 28 Nov di Bali, Indonesia.
Olimpik Tokyo: Soniia Cheah intai kejutan
Soniia Cheah, menjadikan amanat dari bekas jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei sebagai azimat untuk dia yang bakal memulakan kempen Sukan Olimpik Tokyo 2020, esok.