Jun Hao bersaing dengan pemain ranking kelapan dunia Kodai Naraoka yang juga berasal dari Jepun dan tampak positif pada awal permainan apabila terikat 12-12 pada satu ketika, namun jiwa melawan Jun Hao kekal terserlah apabila berjaya pamer kelebihan tersendiri untuk merampas set ini dengan keputusan 23-21.
Kodai yang hadir sebagai wakil tuan rumah tidak mengalah dalam set kedua apabila berjaya mengikat langkah wakil negara sehinggakan tidak berdaya bangkit untuk akur menyerahkan set ini dengan keputusan 10-21.
Di set ketiga, Jun Hao berjaya mendahului perlawanan 11-9 pada awalnya namun Kodai kembali bangkit menyamakan kedudukan dan mendahului perlawanan 13-11.
Ada sedikit kecederaan yang dialami oleh wakil negara namun tanggungjawab yang digalas untuk negara perlu diteruskan Jun Hao bangkit menyamakan kedudukan 13-13.
Walaupun berjaya mengikat kedudukan, situasi kecederaan yang dialami oleh Jun Hao terus menghantui dirinya sekali gus mengganggu fokus dan gagal layak ke suku akhir dengan kemenangan memihak wakil tuan rumah 21-15 dalam tempoh 1 jam 25 minit. -- Stadium Astro