KUALA LUMPUR: Pasangan regu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah dan perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong, terkandas dalam pusingan kedua Badminton Terbuka China di Changzhou, hari ini.
Dalam Kejohanan Super 1000 yang berlangsung di Olympic Sports Centre Gymnasium itu, pasangan bukan pilihan Pearly-Thinaah tewas kepada pasangan pilihan kelima dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota, dengan keputusan 16-21, 16-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 47 minit.
Tze Yong pula walaupun berjaya menewaskan pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito dengan 21-18 dalam set pertama, beliau gagal untuk meneruskan persembahan mantap pada set kedua dan berikutnya apabila tumpas dengan keputusan 21-11, 22-20.
Bagaimanapun dua pasangan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing berjaya membawa sedikit sinar keceriaan buat skuad badminton negara apabila berjaya melangkah untuk mara ke saingan separuh akhir selepas menumbangkan lawan masing-masing.
Ia bermula dengan kejayaan Tang Jie-Ee Wei menewaskan pasangan pilihan keenam dari Korea Selatan Kim Won Ho-Jeong Na Eun, 21-15, 15-21, 21-18.
Pasangan bukan pilihan itu akan berhadapan dengan Ye Hong Wei-Lee Chia Sin esok selepas beregu dari Taiwan itu menundukkan beregu tuan rumah yang merupakan pilihan ketiga Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, 21-18, 21-19.
Kian Meng-Pei Jing pula, walaupun tewas dalam set pertama, pasangan itu berjaya menewaskan beregu dari Indonesia Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti dalam perlawanan rubber set dengan keputusan 18-21, 21-19, 21-12.
Dalam perlawanan berikutnya pasangan profesional itu akan bertemu dengan pilihan keempat dari Thailand Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, yang berjaya menewaskan pasangan dari Indonesia Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dengan 21-16, 21-13.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
![Terbuka China: Pearly-Thinaah, Tze Yong terkandas Terbuka China: Pearly-Thinaah, Tze Yong terkandas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694075111_TerbukaChina.jpg)
Pearly-Thinaah tewas kepada pasangan pilihan kelima dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota, dengan keputusan 16-21, 16-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 47 minit. -Facebook BAM
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
Kiswah Kaabah ditukar, petanda permulaan Tahun Baharu Hijri
Meneruskan tradisi turun-temurun, penutup baharu untuk Kaabah, dikenali sebagai Kiswah dipasang pada Ahad, menandakan Tahun Baru Hijrah di Mekah, Arab Saudi.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027.
Sentimen Islam, perkauman punca kekalahan di Sg Bakap
Isu sentimen agama Islam terancam dan perkauman yang dimanipulasi parti pembangkang dilihat sebagai antara punca utama kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap pada Sabtu.
KPM pastikan tiada pelajar cemerlang tercicir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan isu pelajar cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian akan diselesaikan.
Heret pelaku ke muka pengadilan
Membahaskan LKAN di Parlimen tanpa mengambil sebarang timdakan susulan daripada hasil penemuan itu tidak akan memperbaiki tatakelola agensi kerajaan.
Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia
Mengesahkan perkara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata nota diplomatik itu juga turut menjelaskan kedaulatan negara yang merangkumi Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan.
AWANI Ringkas: Nota diplomatik diserah kepada PBB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol 6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720276393_TBpamplona.jpg)
6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol
Seramai enam orang cedera pada hari pertama acara larian lembu tahun ini di Pamplona, Sepanyol, menurut pegawai perubatan pada Ahad.
![Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720357336_TuankuMuhrizATM.jpg)
Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 RSDPMB.
![Lelaki maut ketika main bola keranjang Lelaki maut ketika main bola keranjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720071090_mayat.jpg)
Lelaki maut ketika main bola keranjang
Seorang lelaki meninggal dunia ketika bermain bola keranjang dalam kejadian di sebuah kolej swasta dekat sini pada Rabu.
![Persatuan Badminton Indonesia mohon maaf kematian pemain China di AJC Persatuan Badminton Indonesia mohon maaf kematian pemain China di AJC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719891496_ZhangZhiJie.jpg)
Persatuan Badminton Indonesia mohon maaf kematian pemain China di AJC
PBSI mengambil sepenuhnya tanggungjawab dengan menguruskan penghantaran pulang mayat pemain itu ke negara kelahirannya.
![Pemain badminton China disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung Pemain badminton China disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719891496_ZhangZhiJie.jpg)
Pemain badminton China disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung
Zhang Zhi Jie disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika beraksi dalam Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia pada Ahad.
![Jin Wei 'reda' ke Olimpik Paris 2024 tanpa jurulatih Jin Wei 'reda' ke Olimpik Paris 2024 tanpa jurulatih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719564707_GohJinWei.jpg)
Jin Wei 'reda' ke Olimpik Paris 2024 tanpa jurulatih
Goh Jin Wei akur dengan hakikat bahawa akan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 bersendirian tanpa jurulatihnya Nova Armada.
![Astro raih gelaran Allianz Media Badminton 2024 kali kedua Astro raih gelaran Allianz Media Badminton 2024 kali kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719482031_TBMediaBadminton.jpg)
Astro raih gelaran Allianz Media Badminton 2024 kali kedua
Astro memenangi kejohanan Allianz Media Badminton mereka yang kedua dengan menewaskan juara bertahan dan pemenang dua kali New Straits Times Press (NSTP) 2-1.
![Analisis lawan bekal keyakinan Johnathan ke Olimpik Analisis lawan bekal keyakinan Johnathan ke Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719229312_JohnathanWongGuanj.jpg)
Analisis lawan bekal keyakinan Johnathan ke Olimpik
Penembak negara Johnathan Wong menjalankan analisis terhadap kemampuan penembak lain yang bakal bersaing dalam acara 10 meter (m) air pistol di Sukan Olimpik Paris 2024, bulan depan.
![Peningkatan Hon Jian-Haikal tembusi 20 teratas dunia perkembangan positif - Rexy Peningkatan Hon Jian-Haikal tembusi 20 teratas dunia perkembangan positif - Rexy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718835414_beregubadminton.jpg)
Peningkatan Hon Jian-Haikal tembusi 20 teratas dunia perkembangan positif - Rexy
Beregu muda negara itu mendaki lapan anak tangga untuk menduduki ranking ke-20 dunia, iaitu kedudukan terbaik dalam karier.
![Skuad badminton jalani 'tuisyen' malam menjelang fasa kritikal ke Paris 2024 Skuad badminton jalani 'tuisyen' malam menjelang fasa kritikal ke Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718835707_RexyMainaky.jpg)
Skuad badminton jalani 'tuisyen' malam menjelang fasa kritikal ke Paris 2024
Rexy berkata, latihan tambahan itu akan diadakan dua atau tiga kali seminggu melibatkan semua pemain di bawah Persatuan Badminton Malaysia.
![Malaysia masih dalam hati - Misbun Malaysia masih dalam hati - Misbun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692529104_MisbunSidek.jpg)
Malaysia masih dalam hati - Misbun
Hati Misbun belum 'terbuka' untuk menerima mana-mana tawaran luar negara bagi mendapatkan khidmatnya sebagai jurulatih buat masa ini.
![Prestasi memberangsangkan di Chengdu cetus inspirasi buat Jun Hao Prestasi memberangsangkan di Chengdu cetus inspirasi buat Jun Hao](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718232826_LeongJunHao.jpg)
Prestasi memberangsangkan di Chengdu cetus inspirasi buat Jun Hao
Persembahan meyakinkan termasuk mengejutkan pemain di ranking tinggi seperti Angus Ng Ka Long dan Koki Watanabe, memberi inspirasi kepadanya.