JUARA bertahan Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS), Emma Raducanu, tersingkir seawal pusingan pertama selepas tewas 6-3, 6-3 kepada Alize Cornet hari ini.
Raducanu bergelut ketika melakukan servis dan pukulan rendah sepanjang perlawanan menentang wakil Perancis berkenaan.
Dia memenangi hanya 40 peratus (10 daripada 25) mata servisnya dalam set pertama selain melakukan 18 'unforced error' ketika memenangi tujuh winner dan tiga kali servisnya dipatahkan lawan.
Berdasarkan rakaman yang menunjukkan dia mengalami kecederaan tangan dalam sesi latihan sebelum ini, bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Raducanu beberapa kali terpaksa menjalani rawatan di tepi gelanggang sepanjang perlawanan itu.
Pemain berusia 19 tahun berkenaan juga sedang menghadapi satu musim suram, di mana kali terakhir dia memenangi tiga perlawanan berturut-turut adalah dalam Terbuka AS tahun lalu.
Cornet, dalam pada itu, akan bertemu Katerina Siniakova dalam pusingan kedua esok. -- Stadium Astro
Astro Arena
Wed Aug 31 2022

Raducanu bergelut ketika melakukan servis dan pukulan rendah sepanjang perlawanan menentang wakil Perancis berkenaan.- AP

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tenis Terbuka AS: Caroline Wozniacki lakar kejutan benam Petra Kvitova
Wozniacki menewaskan pemain pilihan ke-11, Petra Kvitova 7-5, 7-6 (5).

Tenis Terbuka AS: Murray lakar kemenangan ke-200 saingan Grand Slam
Andy Murray memenangi perlawanan grand slam yang ke-200 dengan kemenangan tiga set ke atas wakil Perancis, Corentin Moutet, di Terbuka AS.

Tenis Terbuka AS: Serena Williams tinggalkan gelanggang dengan penuh emosi
Serena Williams beremosi dalam wawancaranya selepas tewas kepada Ajla Tomljanovic dalam pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Tenis Terbuka AS: Thiem penuhi impian dengan gelaran grand slam pertama
Thiem menewaskan Alexander Zverev 2-6, 4-6, 6-4, 6-3, 7-6 di Flushing Meadows.

Terbuka AS: Thiem bertemu Zverev di final
Dominic Thiem mara ke final grand slam kedua tahun ini hasil kemenangan straight set ke atas Daniil Medvedev dalam Terbuka AS.