KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menuntut pemain Harimau Malaya agar kembali fokus dengan menampilkan aksi sebenar bagi mengharungi baki dua perlawanan Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Katanya anak buah skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu perlu bangkit daripada mimpi ngeri selepas mengalami kekalahan besar 0-4 di tangan UAE, Jumaat lepas, bagi mengembalikan keyakinan peminat yang kecewa dan mengecam persembahan pasukan kebangsaan dalam perlawanan tersebut.
Beliau berkata walaupun Harimau Malaya tewas di tangan pasukan lawan, peminat sudah semestinya akan berasa puas dan memberi pujian terhadap skuad kebangsaan sekiranya mereka mempamerkan corak permainan menarik.
"Aksi Harimau Malaya pastinya menjadi perbualan peminat, ada kalanya kalah namun aksi ditampilkan menjadi sanjungan tetapi ada juga situasi di mana pasukan tewas tetapi aksi itu tidak sampai ke tahap yang mereka ingin lihat.
"Saya tak dapat tutup perasaan rakyat melihat (prestasi) Harimau Malaya, namun saya yakin mereka (pemain) mampu menunjukkan aksi yang terbaik," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan ke Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kampung Pandan di sini, bagi meninjau program latihan berpusat secara kuarantin barisan atlet negara yang menyertai Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik di Tokyo, bulan depan.
Secara peribadi, Reezal Merican mengakui mahu melihat Harimau Malaya kembali 'mengaum' ketika menentang Vietnam pada 11 Jun dan Thailand (15 Jun).
Malaysia kini menduduki tempat keempat dalam Kumpulan G, berkongsi sembilan mata bersama UAE di kedudukan kedua dan Thailand (ketiga) sementara Vietnam mendahului dengan 11 mata manakala Indonesia di tempat tercorot selepas hanya mengumpul satu mata.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 07 2021
Reezal Merican mahu melihat Harimau Malaya kembali 'mengaum' ketika menentang Vietnam pada 11 Jun dan Thailand (15 Jun). - Gambar fail
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
Siapa bakal TKM, barisan Exco Pulau Pinang diketahui Rabu ini
Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang memaklumkan majlis mengangkat sumpah dijangka diadakan pada Rabu ini di Dewan Sri Pinang, George Town.
PRN: 'Menang biarlah dengan peratusan keluar mengundi yang tinggi' - Reezal
Kemenangan seseorang calon itu dianggap tidak bermakna sekiranya peratusan keluar mengundi rendah, kata calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican.
PRN: Wujudkan daya huni yang tinggi, Reezal tekad terus rancakkan ekonomi Bertam
Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican akan memastikan kawasan itu mempunyai daya huni yang tinggi melibatkan kesemua peringkat golongan.
PRN: Rundingan UMNO, PH Pulau Pinang berlangsung baik- Reezal Merican
Belum sampai masa untuk perkembangan rundingan diumumkan kerana belum dimuktamadkan dua pihak.
Reezal Merican dilantik Pengerusi MATRADE baharu
Reezal Merican yang mempunyai rekod prestasi yang luas dalam perkhidmatan kerajaan, pernah berkhidmat sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2021-2022).
PRU15: Reezal Merican gagal pertahan Kepala Batas
Reezal Merican gagal pertahan kerusi Kepala Batas
PRU15: Reezal Merican, Zii Jia saling beri semangat
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Lee Zii Jia, mengambil kesempatan memberi kata-kata semangat antara satu sama lain, hari ini.
Bertam Resort & Water Park bakal jadi tarikan baharu di wilayah utara
Bertam Resort & Water Park yang akan dibuka tidak lama lagi bakal menjadi mercu tanda dan tarikan pelancongan baharu di Kepala Batas dan wilayah utara.
Persediaan banjir: Cuti 14,000 anggota, pegawai bomba dibekukan
Jadual penugasan dirombak dengan memanjangkan waktu bertugas anggota daripada 12 jam ke 24 jam.
PRU15: Isu pendidikan jaminan berharga ditawar dalam manifesto BN - Reezal Merican
Manifesto BN pada PRU15 mencakupi semua dan bersifat inklusif dalam membantu rakyat Malaysia, kata Reezal Merican.