Malaysia mara ke perlawanan akhir Siri Super Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) Malaysia 2013/2014 selepas mengalahkan Jepun 3-0 pada peringkat separuh akhir di Kompleks Sukan Likas pada Ahad.
Pada perlawanan akhir yang dijadualkan petang ini, Malaysia akan bertemu sama ada Thailand atau Indonesia yang turut mara ke perlawanan separuh akhir selepas masing-masing memenangi perlawanan peringkat suku akhir Sabtu.
Dalam perlawanan set pertama memburu tempat di peringkat akhir pagi ini, Malaysia yang menurunkan tekong utama Noor Azman Hamid dan dua pengapitnya Syazreen Qamar Salehan dan Hanafiah Dollah mendapat tentangan hebat daripada regu negara Matahari Terbit itu.
Dari awal permainan, Jepun yang menurunkan Hiroki Takahashi sebagai tekong dan pengapitnya Tsubasa Sato dan Masanori Hayashi, kedua-kedua regu saling berkejar dalam pungutan mata sehingga sukar untuk meramalkan siapa bakal memenangi set berkenaan.
Bagaimanapun permainan Malaysia yang kemas berjaya menjarakkan pasukan itu dari segi pungutan mata pada mata ke-13 dengan meninggalkan regu Jepun dua mata di belakang dan akhirnya menamatkan permainan dengan kemenangan 15-11.
Persaingan pada set kedua lebih menarik apabila kedua-dua pasukan saling bersaing dalam pungutan mata dari awal permainan sehingga beberapa kali terikat pada mata yang sama seperti 3-3, 4-4, 5-5, 7-7 dan 8-8.
Bagaimanapun, dalam perlawanan peringkat separuh akhir yang mengggunakan sistem Terbaik Daripada Lima, Malaysia mula mengorak langkah agresif selepas mata ke-8 dengan memperoleh tujuh mata berturut-turut sebelum menamatkan set kedua dengan kemenangan 15-8.
Dalam set ketiga, permainan Malaysia kian kemas dengan setiap pemain mempamerkan persembahan cemerlang dengan tidak memberi ruang mudah kepada Jepun untuk mengutip mata sejak awal permainan.
Meninggalkan Jepun dengan 4-2 pada awal permainan, Malaysia terus mengorak langkah mengaut pungutan mata melalui kombinasi libasan, servis serta tampanan kemas yang sukar diatasi regu Jepun yang seolah-olah sudah tidak bermaya.
Akhirnya Malaysia memastikan tempatnya ke peringkat akhir menumpaskan Jepun 15-2 dalam perlawanan set ketiga.
Satu lagi perlawanan peringkat separuh akhir antara Thailand dan Indonesia sedang berlangsung.
Bernama
Sun Nov 03 2013


Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Sepak takraw: Hanafiah Dollah digantung 6 bulan
Pemain sepak takraw negara, Hanafiah Dollah digantung selama enam bulan oleh jawatankuasa pembangunan skuad elit selepas gagal menghadiri sesi latihan skuad negara sejak Oktober.

Takraw: Malaysia ke perlawanan akhir siri super ISTAF
Malaysia mara ke perlawanan akhir Siri Super Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) Malaysia 2013/2014 selepas mengalahkan Jepun 3-0.