Bekas penjaga gol skuad kebangsaan, Syed Adney Syed Hussein mengintai peluang untuk kembali beraksi dalam Liga Malaysia apabila jendela perpindahan pemain kali kedua bagi musim 2019 dibuka awal Mei ini.
Pemain berusia 32 tahun itu berkata beliau serta bekas penjaga gol bawah 23 (B-23) negara, Muhammad Zamir Selamat masih berharap ada pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat mereka.
Untuk rekod, kali terakhir Syed Adney beraksi dalam Liga Malaysia adalah pada 2017 ketika bersama Pulau Pinang, manakala Muhammad Zamir, 29, masih gagal mendapatkan pasukan baharu selepas Melaka memutuskan untuk tidak menyambung kontraknya musim lepas.
"Saya pernah menjalani latihan percubaan bersama Kelantan sebelum ini, tetapi sehingga kini tiada sebarang khabar berita daripada mereka walaupun pada awalnya, saya difahamkan mereka berminat mendapatkan khidmat saya, dan perkara sama turut berlaku kepada kawan baik saya, Muhammad Zamir.
"InsyaAllah, pada jendela perpindahan pemain kedua, saya berharap kita berdua akan mendapatkan pasukan baharu dan saya tidak kisah sama ada pasukan berkenaan dari negeri mana kerana keutamaan kami ketika ini adalah kembali beraksi dalam perlawanan kompetitif," katanya.
Syed Adney berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mewakili pasukan legenda Real Madrid menentang pasukan Nivea Men sempena program Nivea Man - 'My Padang' yang memasuki musim kelima, di sini, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, pemain kelahiran Liverpool, England itu, yang pernah membantu Kelantan muncul juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super 2010, bertekad memberi aksi terbaik sekiranya ada pasukan yang berminat mendapatkan khidmatnya selepas ini.
Dalam perkembangan berasingan, Syed Adney mengakui kemunculan beberapa pemain muda dalam skuad Harimau Malaya seperti Muhammad Safawi Rasid dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid membuktikan semua pemain tidak kira muda atau senior perlu bekerja lebih keras untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.
Beliau pada masa sama mengakui kehadiran pemain naturalisasi negara seperti Mohamadou Sumareh yang berasal dari Gambia, banyak membantu meningkatkan prestasi skuad kebangsaan.
"Bagi saya perkara ini (kehadiran pemain naturalisasi) adalah positif kerana Sumareh banyak membantu meningkatkan kualiti permainan skuad negara," jelas Syed Adney.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2019

SYED ADNEY: Saya pernah menjalani latihan percubaan bersama Kelantan sebelum ini, tetapi sehingga kini tiada sebarang khabar berita daripada mereka. Instagram @syedadney
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.