IPOH: Pesilat kebangsaan Muhammad Hamzan Halim mengamalkan diet ketat agar tidak terlepas peluang sekali lagi meraih emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 pada 17 hingga 24 Ogos ini.
Muhammad Hamzan yang kali ini mewakili Perak bertanding bagi kategori 75-80 kilogram berkata pada fasa akhir ini dia menitikberatkan penjagaan berat badan selain fokus pada taktikal kerana kesilapan pemakanan boleh menyebabkan berat badan tidak konsisten.
Pemenang pingat emas SUKMA edisi 2022 itu berkata sejak dua bulan lepas dia hanya makan sekali sehari dengan diet protein tinggi.
"Saya akan ambil nasi dan telur rebus serta lauk berprotein tinggi bagi memastikan berat badan kekal untuk kategori yang saya wakili," kata anak jati Semanggol itu kepada Bernama di sini.
Muhammad Hamzan berkata sasaran pingat kali ini amat bermakna bagi dirinya kerana merupakan edisi terakhir dia layak menyertai sukan itu.
Selain Muhammad Hamzan, sasaran emas turut diletakkan pada bahu pesilat wanita Didie Shahira Mohd Sani, yang memenangi pingat gangsa pada edisi lepas.
Jurulatih skuad silat Perak Muhammad Fahmizie Fauzi berkata Didie Shahira dilihat mampu menggenggam pingat emas berdasarkan prestasi ditunjukkan sepanjang tiga temasya yang disertainya sebelum ini.
"Sandaran kita kali ini ialah 16 kategori daripada 20 kategori iaitu sembilan wakil pesilat lelaki dan tujuh pesilat wanita. Sasaran kita pula ialah dua pingat emas pada kali ini," katanya yang turut menyasarkan Mohd Irfan Eruan berpotensi menghasilkan kilauan pingat.
Beliau berkata selain fizikal, latihan pada saat akhir turut menumpukan kepada elemen kerohanian bagi membakar semangat peserta, taktikal untuk mengelak kecederaan dengan memfokuskan pemahaman di dalam gelanggang serta mengelak gerakan perlawanan.
"Turut ditekankan, pemakanan bagi mengawal berat badan untuk kesesuaian bagi setiap kategori dipertandingkan," katanya.
Pada edisi 2022 di Kuala Lumpur skuad silat olahraga Perak berjaya merangkul satu emas, dua perak dan enam gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024
Muhammad Hamzan (dua,kanan) bersama jurulatih Muhammad Fahmizie (dua,kiri) ketika menjalani latihan menjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024. - Foto BERNAMA
Polis tempatkan 40 anggota pastikan kelancaran hukuman sebat
Azli berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mencetuskan provokasi kepada petugas atau pesalah.
Reaktor Iron Man akan dibina di AS menggunakan pelakuran nuklear
Reaktor ARC akan dibina di Virginia, Amerika Syarikat (AS) bagi membekalkan tenaga elektrik bersih hampir tanpa had.
Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.
Tiga maut dalam insiden tembak di pembukaan hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam terbesar di Haiti.
Mogok pekerja: lebih 300 kedai Starbucks di A.S mogok, libat 5,000 pekerja
Mogok pekerja Starbucks di Amerika Syarikat dijangka meluas ke lebih 300 kedai pada Selasa, dengan lebih 5,000 pekerja dijangka mogok lima hari dan berakhir pada malam Krismas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Anak sulung jalani pembedahan, tujuh masih terima rawatan
Datuk Ngwe Hee Sem berkata, dua daripada mereka masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Gagal yakin penaja punca sukar dapat tajaan - Hannah
Beliau berkata kegagalan itu antaranya berpunca daripada cadangan yang dihantar kepada pihak berkenaan turut memasukkan perkara-perkara tidak perlu.
Kaca mata akan jadi platform perkomputeran utama seterusnya - Mark Zuckerberg
Meta dilihat menerajui arena ini buat masa ini, sementara yang lain masih jauh di belakang.
Tiga maut, lelaki lepaskan tembakan di hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam.
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Cadangan PAFA ambil alih skuad SUKMA akan dibincangkan - Exco
Khairudin berkata sebarang keputusan berkaitan cadangan itu akan dimuktamadkan dalam mesyuarat tersebut.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
SUKMA 2024: 'Selamat Jalai' Sarawak, jumpa di Selangor 2026
Sarawak mengucapkan 'Selamat Jalai' atau 'Selamat Tinggal' dalam bahasa Iban kepada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang menutup tirai hari ini.
SUKMA platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah
Katanya, seorang atlet Olimpik tidak muncul begitu sahaja dan prestasi mereka adalah hasil usaha selama bertahun lamanya.
SUKMA 2024: Sarawak terus cemerlang, dahului carta kutipan pingat
Sarawak dengan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' mengumpul keseluruhan lima emas pada Jumaat dengan tiga daripadanya menerusi taekwondo.
Atlet Sarawak raih emas SUKMA, Para SUKMA terima insentif RM15,000
Sarawak menyediakan insentif RM15,000 kepada atlet negeri itu yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA kali ini.
Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.
Wushu hadiahkan Melaka pingat emas pertama SUKMA 2024
Atlet berusia 20 tahun itu meraih pungutan mata tertinggi 9.600 untuk mengatasi 16 lagi pencabarnya.
Nur Farah Aziera tekad bawa kilauan pingat pada penampilan terakhir di SUKMA 2024
Anak kelahiran Pontian berusia 21 tahun itu yakin dan optimis memberikan persembahan terbaik berbekal pengalaman serta latihan yang dilalui.
SUKMA: Terengganu terima tamparan awal, Sarawak langkah kiri di laman sendiri
Ketua pasukan Johor Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-61.