UBON RATCHATHANI (Thailand): Gelaran ratu pecut temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 menjadi milik pelari pecut negara, Azreen Nabila Alias selepas beliau memenangi acara 100 meter (m) wanita yang berlangsung di Stadium Sisaket City, hari ini.
Azreen pada acara itu merekodkan catatan masa 11:88 saat (s) menewaskan seorang lagi wakil negara, Nor Sarah Adi yang menamatkan saingan dengan meraih perak dengan catatan 11:97s.
Manakala gangsa diraih atlet tuan rumah Thailand, On-Uma Chattha yang menamatkan saingan dengan catatan masa 12:41s.
Azreen berkata kemenangan ini dalam masa sama menebus kekalahannya pada atlet Thailand berkenaan pada Sukan SEA Vietnam 2021.
"Saya tak jangka saya dapat menang hari ini kerana saya tak berapa sihat dari semalam. Saya cuma nak lakukan yang terbaik dan pegang kata-kata jurulatih," katanya.
Dalam pada itu, kem olahraga kempunan dalam merebut gelaran raja pecut pada temasya itu selepas Jonathan Nyepa menamatkan saingan di kedudukan keempat.
Sukan olahraga turut berhasil meraih satu lagi pingat emas menerusi Kamal Farhan A Rahman bagi acara lontar peluru lelaki menerusi lontaran sejauh 16.47m menewaskan dua wakil Thailand.
Dalam perkembangan sama, lima lagi pingat perak diraih kem olahraga pada hari ini menerusi Nurul Hidayah Lukman (baling tukul besi), Mohamad Amirul Arif Mohd Azri (1,500m), Teoh Kim Chyi (400m), Muhammad Firdaus Mohamad Zemi (400m) dan R Kirthana (lompat kijang).
Sementara Savinder Kaur Joginder Singh menghadiahkan gangsa dalam acara 1,500m wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 27 2022

Azreen pada acara itu merekodkan catatan masa 11:88 saat (s) menewaskan seorang lagi wakil negara, Nor Sarah Adi yang menamatkan saingan dengan meraih perak dengan catatan 11:97s. - Foto Sinar Harian

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Sukan Universiti ASEAN: Gelaran ratu pecut milik Azreen Nabila
Gelaran ratu pecut AUG 2022 menjadi milik Azreen Nabila Alias selepas beliau memenangi acara 100 meter (m) wanita, hari ini.

Tokyo 2020: Positif guna HGH, atlet pecut Nigeria digantung
Pemenang pingat Kejohanana Dunia dan Sukan Olimpik gagal ujian doping di luar pertandingan yang dilakukan pada 19 Julai.

Tokyo 2020: Pecutan Azreen Nabila berakhir di pusingan pertama
Atlet olahraga, Azreen Nabila Alias, menamatkan perlumbaan pusingan pertama 100m wanita Sukan Olimpik Tokyo di tempat ketujuh.

Olimpik: Azizulhasni ketuai kumpulan terakhir atlet negara ke Tokyo
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut berlepas ke Tokyo menaiki pesawat sama bagi memberikan sokongan kepada atlet negara yang berjuang di bumi Tokyo.

Tokyo 2020: Azreen Nabila tumpu teknik garisan penamat
Atlet kelahiran Setiu itu komited untuk memperbaharui catatan terbaiknya, 11.81s, yang dilakar dalam Sukma Perak 2018.

Kerajaan negeri beri ganjaran atlet negeri layak ke Olimpik
Dua atlet tersebut ialah pelari pecut wanita negara, Azreen Nabila Alias dan atlet sukan paralimpik, Zuhairie Ahmad Tarmizi yang bakal mewakili negara dalam sukan berbasikal bagi acara lebuh raya.

Sukan Olimpik Tokyo: Azreen Nabila sebak tunai hajat arwah bapa
Perasaan bercampur baur selepas merealisasikan harapan arwah bapa yang mahu Azreen menjadi wakil negara.

Terengganu cuti 30 September
Ia bagi meraikan kejayaan kontinjen Terengganu yang dinobatkan juara keseluruhan Sukma 2018 di Perak.