TIDAK pernah ada dalam kamus hidup untuk menjadi seorang atlet, apatah lagi perlu berjemur di bawah matahari.
Tetapi dia kini antara wakil yang membawa cabaran dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, bermula 23 Julai ini.
Pelari pecut muda negara, Azreen Nabila Alias, meluahkan perasaan bercampur baur kepada wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifly, selepas merealisasikan harapan arwah bapanya yang mahu atlet berusia 21 tahun itu menjadi wakil negara.
Dia menjadi pilihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) selepas mendapat tiket peluang khas yang ditawarkan badan Olahraga Dunia (WA) berikutan kejayaan jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei, layak secara merit.
"Saya memang tidak sangka dapat menyertai Sukan Olimpik sebab pengumumannya dibuat pada penghujung bulan lalu.
"Saya sangat terkejut dapat ke Sukan Olimpik.
"Saya sangat teruja tetapi dalam masa sama gementar sebab ini adalah penyertaan pertama saya," katanya dalam Nadi Arena malam tadi.
Olahragawati Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 itu pada awalnya bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan dalam bidang perniagaan.
Namun, kasih kepada ibu bapa yang selalu memujuknya menyertai sekolah sukan di Setiu, Terengganu, Azreen akhirnya diturutkan jua.
"Pada mulanya saya tidak mahu menyertai Sekolah Sukan Negeri Bukit Nenas pada umur 13 tahun.
"Ibu yang memberi nasihat dan suruh saya mencuba ke sana.
"Sebelum bapa meninggal dunia pada 2014, dia ada memberikan nasihat sebab sebelum itu saya ada juga mendapat tawaran daripada Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ). Tapi masa itu saya macam susah hendak berjauhan dengan keluarga.
"Kemudian saya terus bersekolah di Bukit Nenas hingga tingkatan lima sebelum ke SSBJ kerana memasuki pra-universiti.
"Saya pergi ke SSBJ kerana ingin tunaikan hajat ayah yang hendak sangat (melihat) saya ke Bukit Jalil.
"Kalau dia masih ada, mesti dia berbangga dengan saya," katanya sambil menahan sebak.
Pada usia muda dia bakal beraksi di pentas tertinggi, lebih-lebih lagi dengan cabaran COVID-19 yang mendorong tiada sebarang kejohanan antarabangsa dapat disertainya.
Bagaimanapun, Azreen tetap bersedia daripada segi mental dan fizikal bagi menyahut cabaran di bumi Matahari Terbit itu biarpun dia sebenarnya menyasar untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Astro Arena
Fri Jul 02 2021

Azreen tetap bersedia daripada segi mental dan fizikal bagi menyahut cabaran di Jepun biarpun dia sebenarnya menyasar untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024. - Astro ARENA
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

'Makan berlaukkan keropok, ayah berhutang beli susu' - Anak Salahuddin Ayub
Anak Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub berkongsi kesusahan yang pernah dialami menjadi pendorong kuat kepada arwah bapanya bekerja keras.

Sukan Olimpik Tokyo: Azreen Nabila sebak tunai hajat arwah bapa
Perasaan bercampur baur selepas merealisasikan harapan arwah bapa yang mahu Azreen menjadi wakil negara.