PHNOM PENH: Skuad badminton lelaki negara mara ke separuh akhir acara berpasukan selepas meraih kemenangan 3-1 ke atas Vietnam pada peringkat suku akhir Sukan SEA 2023 di sini, hari ini.
Perseorangan utama Malaysia Leong Jun Hao merangkul mata pertama apabila pemain nombor 61 dunia itu menumpaskan Nguyen Hai Dang, 21-14, 21-16, dalam perlawanan yang berlangsung di Dewan Badminton Morodok Techo National Stadium itu.
Meskipun diasak sengit beregu Vietnam, Nguyen Dinh Hoang-Tran Dinh Manh, 21-19, dalam set pertama perlawanan kedua, beregu negara Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe kekal tenang untuk memenangi set kedua 21-14, sekali gus menambah mata pendahuluan buat Malaysia.
Bagaimanapun, Lee Shun Yang, pemain ranking ke-93 dunia, gagal meneruskan momentum kejayaan itu selepas tewas kepada pemain nombor 163 dunia, Le Duc Phat, 13-21, 21-16, 7-21.
Dalam perlawanan terakhir, beregu kedua negara Chia Weijie-Liew Xun menundukkan Xun Nguyen Xuan Hung-Pham Van Hai, 21-14, 21-18, sekali gus mengesahkan tiket separuh akhir untuk Malaysia, esok.
Malaysia, yang merupakan pilihan kedua kejohanan, akan menentukan slot ke final dengan menentang Thailand, selepas juara bertahan itu mengalahkan Kemboja 3-0.
Sementara itu, Weijie ketika ditemui selepas perlawanan mengakui mereka kehilangan fokus pada minit-minit akhir set kedua, sekali gus memberi peluang kepada pasangan Vietnam memperoleh lima mata bagi merapatkan jurang hingga 19-18.
Namun Weijie-Liew berjaya menempuh saat-saat genting itu untuk akhirnya meraih mata kemenangan buat Malaysia.
Weijie berkata mereka bersedia untuk 'menggempur' Thailand, selain mahu menebus kekalahan 0-3 kepada pasukan itu pada edisi final 2021.
Kali terakhir skuad negara memenangi pingat emas bagi acara berpasukan lelaki ialah di Manila 2005.
Semalam, pemain negara tewas 0-3 kepada Filipina dalam peringkat suku akhir berpasukan wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2023
Jun Hao merangkul mata pertama apabila pemain nombor 61 dunia itu menumpaskan Nguyen Hai Dang, 21-14, 21-16. -Gambar fail/Bernama
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Mulyo, Jonassen antara calon ketua jurulatih perseorangan lelaki - Rexy
Katanya, sesiapa pun jurulatih terpilih akan menandatangani kontrak hingga Sukan Olimpik 2028.
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izzuddin juarai Terbuka China
Ahmad Zahid menyifatkan kemenangan ke atas He Ji Ting-Ren Xiang Yu pada aksi final semalam sebagai suatu yang bukan mudah untuk digapai.
Sze-Fei-Nur Izzuddin cipta sensasi juarai Terbuka China
Kejayaan menjuarai kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 1000 itu merupakan pencapaian terbesar dalam karier pasangan negara itu setakat ini.
BAM umum skuad negara ke Kejohanan Remaja Dunia BWF 2024
BAM mengumumkan barisan skuad kebangsaan bagi kedua-dua kategori berpasukan campuran dan individu untuk Kejohanan Remaja Dunia BWF 2024.
Aaron-Wooi Yik fokus kembalikan prestasi sebenar
Pemain beregu lelaki nombor satu negara Soh Wooi Yik berazam mengembalikan prestasi sebenar bersama pasangannya Aaron Chia sekembalinya pulih dari kecederaan.
Aaron-Wooi Yik terpaksa lupakan Terbuka China 2024
Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menarik diri daripada menyertai Terbuka China 2024 di Changzhou.
Terbuka Hong Kong: Sze Fei-Izzuddin kandas di pusingan 16, tewas kepada Shohibul Fikri-Daniel Marthin
Pertemuan kali pertama antara kedua-dua pasangan itu menyaksikan wakil Indonesia melakar kebangkitan untuk ke peringkat suku akhir esok.
ABM dijangka buat rombakan dalam masa terdekat - Rexy
Pihak pengurusan tertinggi badan induk itu akan mengadakan mesyuarat pada 24 Sept bagi membincangkan perkara berkenaan secara terperinci.
Lee Zii Jia kini pemain nombor tiga dunia
Ia menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu naik satu anak tangga berbanding di kedudukan keempat dalam kemas kini terdahulu.