KUALA LUMPUR: Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) berdepan pemilihan atlet yang agak terhad bagi mewakili negara pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, pada 5 hingga 17 Mei ini.
Naib Presiden PABM Amirul Hamizan Ibrahim berkata situasi itu berpunca selepas ketiadaan atlet berpotensi dari Terengganu dan Perlis susulan isu doping yang melanda kedua-dua negeri tersebut, tahun lepas.
"Kami faham mereka masih ada masalah doping jadi kami ketepikan dahulu atlet dari dua negeri itu.
"Sehingga kini Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) masih belum panggil untuk jatuhkan hukuman, jadi kami masih tidak mengetahui status atlet terlibat," katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan (JKK) bersama MSN, di sini baru-baru ini.
Sebelum ini, tiga atlet angkat berat -- dua dari Terengganu dan seorang dari Perlis - termasuk seorang berusia 16 tahun disahkan positif penggunaan bahan terlarang jenis Metandienone, Tebutaline dan Oxymetholone sebelum Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 berlangsung pada 16 hingga 24 Sept tahun lepas.
Susulan itu, PABM mengundur diri daripada mengendalikan acara angkat berat Sukma, menyebabkan Majlis Sukan Negara (MSN) mengambil alih sendiri pertandingan, namun sebarang rekod dicipta tidak diiktiraf.
Semalam, PABM meletakkan sasaran awal bagi atletnya untuk meraih pingat gangsa pada temasya di Phnom Penh menerusi dua badangnya, Muhammad Erry Hidayat dan Muhammad Hafiz Shamsuddin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2023

Amirul Hamizan ketika ditemu bual pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 30 Jan. --fotoBERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Sukan SEA: Pemilihan atlet agak terhad - PABM
Situasi itu berpunca selepas ketiadaan atlet berpotensi dari Terengganu dan Perlis susulan isu doping.