Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bersedia untuk mempertimbangkan semula keputusan menggugurkan lapan acara daripada sukan olahraga dalam temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar menegaskan Persekutuan Olahraga Malaysia (MAF) dan mana-mana persatuan olahraga kebangsaan dari negara ASEAN perlu memberi alasan kukuh sekiranya mahu merayu terhadap keputusan itu.
"Buat masa ini, kami masih mengekalkan 38 acara dalam olahraga. Setiap acara tambahan yang dipertandingkan memerlukan bajet tambahan. Sebagai negara tuan rumah, kita mempunyai hak untuk menyertai mana-mana acara.
"Pemilihan acara untuk dipertandingkan bukan sahaja mengambil kira potensi pingat untuk negara tetapi atlet yang bersaing dalam sesuatu acara itu perlu kompetitif," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Bulan lepas, MOM mengumumkan lapan acara olahraga iaitu maraton, 10,000m dan 3,000m lari berhalangan lelaki dan wanita, dekatlon dan heptatlon telah terkeluar daripada senarai sementara 34 jenis sukan dan 342 acara untuk Sukan SEA 2017.
Untuk rekod, Malaysia tidak memenangi sebarang pingat dalam lapan acara yang digugurkan itu dalam Sukan SEA Myanmar 2013 dan Singapura tahun lepas.
Sejumlah 38 acara tersenarai dalam olahraga adalah 12 acara padang, iaitu lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang, lompat bergalah, lontar peluru, lontar cakera, lontar tukul besi dan lontar lembing,lelaki dan wanita.
Sebanyak 22 acara balapan adalah 100m, 200m, 400m, 800m, 1,500m, 5,000m, 4x100m, 4x400m, dan 400m lari berpagar lelaki dan wanita, 110m lari berpagar lelaki, 100m lari berpagar wanita, 20km jalan kaki lelaki dan 10km jalan kaki wanita.
Senarai terakhir acara sukan yang akan dipertandingkan di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 akan diputuskan pada Mesyuarat Majlis Persekutun Sukan SEA (SEAGF) pada 13-14 Julai depan.
Sukan SEA 2017 dijadualkan dari 19-31 Ogos merupakan kali keenam Malaysia menjadi tuan rumah kepada acara sukan terbesar di Asia Tenggara selepas tahun 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001.
Bernama
Wed Mar 02 2016
MOM mengumumkan lapan acara olahraga iaitu maraton, 10,000m dan 3,000m lari berhalangan lelaki dan wanita, dekatlon dan heptatlon telah terkeluar daripada senarai. - Gambar hiasan
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
4 lokasi santai di Kuala Lumpur gamit ibu bapa bawa anak-anak
Kaji selidik Klook mendapati lebih separuh rakyat memilih Kuala Lumpur selain Pulau Pinang dan Melaka sebagai destinasi pelancongan domestik.
Pusat beli-belah di ibu kota jadi tumpuan ramai menjelang Krismas
Pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelancong asing tidak melepaskan peluang cuti hujung minggu untuk bersama-sama berkongsi kemeriahan.
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Labuan dan beberapa negeri
Negeri-negeri yang terlibat termasuk Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah, dan Sarawak.
Kebanyakan insiden banjir kilat kerana isu kebersihan - Aiman Athirah
Menurut Aiman Athirah, masalah ini memerlukan kesedaran awam di peringkat komuniti untuk sama-sama menangani isu banjir kilat.
Walk The Doc 2024 fokus tarikan lama Kuala Lumpur
Nurashikin Zaharuddin berkata festival tahun ini menyasarkan untuk menerokai aspek baharu pembuatan filem dokumentari.
Imigresen selamatkan dua wanita Bangladesh disyaki mangsa eksploitasi seks
Jabatan Imigresen (JIM) menyelamatkan dua wanita warga Bangladesh berusia 30 dan 34 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks, dalam satu operasi di Kuala Lumpur semalam.
Legenda irama disko Boney M temui peminat Malaysia tahun depan
Kumpulan legenda popular era irama disko 1970-an, Boney M bakal membawa semula jalur muzik kegemilangannya ke Malaysia pada 12 Jan depan.
Beberapa laluan utama Lembah Klang dilanda banjir kilat
Beberapa laluan utama negeri ini menuju Kuala Lumpur dilaporkan mengalami kesesakan susulan banjir kilat serta kemalangan pada Selasa.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Rangka kerja Bandar Pintar Malaysia capai hasil memberangsangkan - Gobind
Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia, yang bertujuan memacu bandar-bandar tempatan mencapai standard bandar pintar global, menonjolkan hasil yang memberangsangkan.