KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan serta beberapa negeri, hingga 6 petang ini.


Ringkasan AI
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan serta beberapa negeri hingga 6 petang ini.
  • Negeri-negeri yang terlibat termasuk Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah, dan Sarawak.
  • Kawasan spesifik yang diramalkan terjejas termasuk daerah-daerah seperti Kulim, Bandar Baharu, Kerian, Larut, Matang, Selama, Batang Padang, Muallim, Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat, Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol, Tampin, Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Kudat, Pantai Barat, Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau, Tambunan, Tawau, Kunak, Semporna, Telupid, Beluran, Limbang, dan Miri.


Menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada 3.35 petang, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat ialah Pulau Pinang, Melaka dan Kedah di daerah Kulim dan Bandar Baharu serta Perak (Kerian, Larut, Matang, Selama, Batang Padang dan Muallim).

Selain itu, di Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron dan Bentong; Selangor (Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat); Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) dan Johor iaitu di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Kota Tinggi).

Di Sabah, kawasan terlibat ialah Kudat, Pantai Barat, Pedalaman di Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan selain Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Sandakan (Telupid dan Beluran).

Di Sarawak pula, keadaan sama diramalkan di Limbang dan Miri melibatkan kawasan Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi.

-- BERNAMA