KUALA LUMPUR: Sebut sahaja sukan tinju, nama bekas petinju profesional, Floyd Mayweather Jr. pastinya meniti di bibir pencinta sukan itu.
Mana tidaknya, Mayweather adalah petinju terhebat sepanjang zaman dengan rekod sempurna 50 perlawanan berturut-turut tanpa tewas sebelum mengumumkan persaraannya pada 2017.
Maka, tidak hairanlah figura dari Amerika Syarikat itu menjadi ikutan petinju-petinju dari luar termasuklah atlet muda Malaysia, Muhammad Abdul Qaiyum Ariffin.
Muhammad Abdul Qaiyum mengakui sering merujuk video Mayweather sebagai panduan baginya untuk cuba membuat kejutan pada penampilan pertamanya di Sukan SEA Hanoi, Vietnam bulan depan.
"Mayweather adalah idola saya dalam sukan tinju. Beliau mempunyai cara tersendiri dalam aspek tumbukan, serangan serta mengelak.
"Walaupun Sukan SEA mahupun Sukan Olimpik di bawah kategori amatur dan Mayweather pula beraksi di peringkat profesional, namun kemahiran dimilikinya boleh diguna pakai dalam gelanggang," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.
Walaupun belum pernah beraksi di pentas Sukan SEA, petinju berusia 20 tahun itu dilihat bersemangat tinggi dan berazam untuk cuba merangkul emas dalam kategori 52 kilogram (kg) di Hanoi.
Bagaimanapun, atlet dari Perak itu menjangkakan bakal menghadapi tentangan sengit dari petinju tuan rumah, Thailand dan Filipina dalam usahanya untuk mencipta kejayaan manis dalam acara yang dijadual berlangsung di Gimnasium Bac Ninh itu.
"Saya bukanlah yang terbaik tetapi apa yang pasti saya akan buat sehabis baik dan termampu saya untuk hadiahkan pingat emas buat negara," tambahnya.
Beliau yang berpuas hati dengan latihan bersama kem tinju kebangsaan di Nilai, Negeri Sembilan berkata tidak berdepan sebarang cabaran biarpun terpaksa menjalani persiapan akhir di bulan Ramadan menjelang Sukan SEA Hanoi.
Sukan SEA Hanoi dijadual berlangsung dari 12 hingga 23 Mei ini.
Berikut adalah profil Muhammad Abdul Qaiyum:
Nama: Muhammad Abdul Qaiyum Ariffin
Umur: 20 tahun
Tarikh lahir: 2 Disember 2001
Tempat lahir: Ipoh, Perak
Bilangan adik beradik: Enam (anak ketiga)
Hobi: Memancing
Mula wakili negara: 2017
Pencapaian terbaik: Juara Pesta Tinju Pulau Pinang 2018
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 26 2022

Walaupun belum pernah beraksi di pentas Sukan SEA, petinju berusia 20 tahun itu dilihat bersemangat tinggi dan berazam untuk cuba merangkul emas dalam kategori 52 kilogram (kg) di Hanoi. - Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Sukan SEA: Mayweather inspirasi Qaiyum cipta kejutan di Hanoi
Muhammad Abdul Qaiyum mengakui sering merujuk video Mayweather sebagai panduan baginya untuk cuba membuat kejutan.