PHNOM PENH: Kuartet renang lelaki negara merangkul pingat perak dan memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 4x100 meter (m) gaya bebas pada temasya Sukan SEA 2023 di Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo di sini, malam ini.
Pada aksi final yang mendebarkan, kuartet negara yang dibarisi pemenang emas 200m gaya bebas lelaki temasya, Khiew Hoe Yean, Lim Yin Chuen, Arvin Shaun Singh Chahal dan Terence Ng menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan masa tiga minit dan 20.61 saat (s).
Biarpun tidak berjaya membutirkan pingat emas, kuartet negara sekurang-kurangnya boleh tersenyum apabila berjaya meleburkan rekod kebangsaan 3:21.06s yang dilakukan Keith Lim, Welson Sim, Chan Jie dan Foong Wei Tze yang dicipta pada Sukan Asia 2018 di Indonesia.
Emas menjadi milik Singapura selepas mengakhiri perlumbaan dengan catatan masa 3:17.35s manakala kuartet Vietnam meraih gangsa dengan catatan 3:21.09s.
"Ia adalah perlumbaan yang sangat baik, dapat tebus balik kekalahan tahun lepas, jadi rasanya seronok untuk kembali ke podium," kata Arvin Shaun kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah di sini, malam ini.
Sementara itu, Hoe Yean berkata: "Ia agak sukar untuk saya kerana saya menghadapi acara berturut-turut hari ini, tetapi saya melakukan yang terbaik dan.. ya, saya sangat gembira dengan pingat perak,".
Hoe Yean turut menambah koleksi pingatnya pada hari terakhir saingan renang apabila meraih gangsa dalam acara 200m kuak lentang dengan catatan 2:01.74s di belakang Tonnam Kanteemool dari Thailand yang memenangi emas (2:01.29s) dan perenang Vietnam Nguyen Tran Hung kedua (2:01.34s).
Dengan acara renang melabuhkan tirainya malam ini, skuad renang kebangsaan mengumpul keseluruhan satu emas, dua perak dan empat gangsa, selain berjaya mencipta tiga rekod baharu kebangsaan masing-masing dalam acara 4x100m gaya bebas lelaki, 400m individu lelaki medley dan 4x100 lelaki medley.
Kutipan pingat itu sedikit merosot berbanding edisi 2021 di Hanoi, Vietnam tahun lepas apabila Malaysia meraih satu emas, empat perak dan dua gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023
![Sukan SEA: Kuartet renang lelaki raih perak, lebur rekod kebangsaan Sukan SEA: Kuartet renang lelaki raih perak, lebur rekod kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683733726_AtletRenang.jpg)
Atlet Renang negara Khiew Hoe Yean, Arvin Shaun, Lim Yin Chuen dan Terence Ng Shin Jian meraih pingat perak dalam acara lelaki 4x100 meter gaya bebas berganti-ganti akhir sempena Sukan SEA 2023 hari ini. - Foto BERNAMA
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739711296_TBZAMBRY.jpg)
Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Program permukiman KPT selama dua hari mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.
![Sukan SEA: Kuartet renang lelaki raih perak, lebur rekod kebangsaan Sukan SEA: Kuartet renang lelaki raih perak, lebur rekod kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683733726_AtletRenang.jpg)
Sukan SEA: Kuartet renang lelaki raih perak, lebur rekod kebangsaan
Kuartet renang lelaki negara merangkul pingat perak dan memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 4x100 meter (m) gaya bebas pada temasya Sukan SEA 2023.