KUALA LUMPUR: Kontinjen negara menyasarkan 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa pada temasya Sukan SEA Kemboja di Phnom Penh yang bermula 5 hingga 17 Mei ini.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang mengumumkan perkara itu semasa Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini menyifatkannya sebagai sasaran yang realistik.
Malah, Hannah berkata berbekalkan semangat juang tinggi, kontinjen negara disertai 677 atlet, dengan 440 atlet atau 65 peratus daripadanya membuat penampilan kali pertama di temasya dwitahunan itu, diyakini mampu menuai lebih pingat daripada sasaran ditetapkan.
"Selepas melakukan beberapa sesi libat urus selain mengumpul data terkini kemampuan atlet pesaing daripada negara lain yang bertanding kita mengumumkan sasaran ini.
"Turut diambil kira ialah keputusan negara penganjur (Kemboja) yang tidak menyenaraikan 57 acara daripada Sukan SEA Hanoi, Vietnam tahun lepas yang menyaksikan negara hilang potensi 18 pingat emas, 16 perak dan 30 gangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Hannah, kontinjen Malaysia kali ini hanya mengambil bahagian dalam 33 daripada 36 jenis sukan yang dipertandingkan di Kemboja.
Beliau berkata daripada jumlah itu, Malaysia akan mengambil bahagian dalam 340 acara iaitu 58.42 peratus daripada 582 acara dipertandingkan.
Tambahnya, sasaran 40 pingat emas itu juga lebih menjadi keutamaan berbanding menamatkan saingan negara di kedudukan lima teratas secara keseluruhan.
"Bagi kami untuk capai sasaran ditetapkan adalah sesuatu yang baik. Bila kita pergi ke sana dan mereka bertindak tidak menyenaraikan beberapa acara, jadi untuk cakap kita perlu tamatkan saingan di tempat kelima, keempat atau ketiga teratas adalah tidak realistik. Itu bukan fokus kita," katanya.
Sementara itu, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menyokong keputusan mengenai sasaran pingat di temasya berkenaan.
"Saya memuji tindakan persatuan-persatuan sukan kerana berani menghantar atlet pelapis kali ini.
"Sebelum ini, kita ambil langkah selamat menghantar atlet yang sama ke Sukan SEA, Sukan Olimpik tapi disebabkan ketetapan had kelayakan umur bawah 23 tahun (di bawah kategori B) untuk menyertai Sukan SEA, maka kita membuat keputusan menghantar kebanyakannya atlet muda yang akan turut dibantu atlet senior," katanya.
Pada edisi terakhir Sukan SEA di Hanoi, Vietnam tahun lepas, Malaysia mengakhiri saingan di kedudukan keenam keseluruhan dengan mengutip 39 pingat emas, 45 perak dan 90 gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 30 2023

Hannah (dua, kanan) beramah mesra bersama Pembawa Jalur Gemilang, Sharmendran Raghonathan (tiga, kiri) pada majlis penyerahan Jalur Gemilang di Bukit Jalil, hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KBS optimis prestasi di Kemboja boleh diperbaiki menerusi pencapaian Sukan Asia
Hannah Yeoh berkata harapan itu, berdasarkan kepada post mortem yang telah dilaksanakan selain kerjasama erat dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Prestasi di Kemboja tidak pengaruhi Sukan Asia - MSN
Katanya, acara dipertandingkan di kedua-dua temasya sukan berkenaan tidak sama selain mempunyai senario berbeza.

Saravanan yakin skuad Harimau Muda akan bingkas bangkit
Biarpun skuad kendalian E. Elavarasan turun dengan taktikal terbaik serta semangat juang yang tinggi, nasib tidak menyebelahi mereka untuk memenuhi sasaran.

Sukan SEA: Hadkan atlet naturalisasi - CDM
Mohd Nasir cadangkan penggunaan atlet naturalisasi dihadkan kepada 10 atau 20 peratus daripada keseluruhan pemain dalam sesebuah pasukan.

Kontinjen negara lesu pada hari kelapan Sukan SEA 2023
Hari kelapan temasya Sukan SEA 2023 yang berlangsung pada Sabtu menyaksikan suasana suram buat kontinjen negara tanpa kutipan pingat emas.

Kerisauan kriket Malaysia terhadap Sukan SEA ada asasnya - Hannah
Kemboja turunkan 13 pemain asing daripada keseluruhan 15 pemain yang didakwa warganegara secara naturalisasi.

Jangan bandingkan kami dengan Muhammad Azeem - Muhammad Haiqal
Setiap manusia ada kelebihan masing-masing, kata Muhammad Haiqal.

Sukan SEA: Skuad taekwondo negara butir dua pingat emas
Perkhabaran pingat emas buat kontinjen negara hadir menerusi kejayaan skuad taekwondo negara menghadiahkan dua pingat emas dalam acara poomsae di Sukan SEA Kemboja, sebentar tadi.

Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya
Pelumba negara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023.

Sukan SEA: Andre tetap pertahan emas biarpun baru pulih kecederaan
Andre berjaya melakukan catatan sejauh 16.06 meter (m) pada percubaan kelima, sekali gus mengesahkan emas kedua berturut-turutnya dalam acara berkenaan.